Boleh Ke Berpoligami?

Salam semua… Biasa jadi silent reader je, harini first time confess sebab memang saya dah buntu untuk buat keputusan.

Okay, straight to the point.. saya baru 5 tahun berkahwin & sekarang sedang mengandung 7 bulan.

Baru² ni, suami mengaku bahawa telah terlanjur dengan rakan sekerja sehingga mengandung dua bulan lebih.

Keluarga perempuan (digelar si A) mendesak suami untuk bertanggungjawab dengan menikahi si A,

Dan saya sebagai isteri dipaksa setuju (oleh keluarga perempuan tu) dengan perkahwinan baru suami bersama A untuk memudahkan nak buka buku pink bayi dan nasab bayi kepada suami.

Suami memang rasa bersalah & meminta maaf bersungguh sungguh akan perbuatannya tu.

Dia pun dalam dilema sama ada perlu berkahwin atau tidak dengan si A sebab dia memang sayangkan perkahwinan kami ni (katanyalaaa).

Katanya lagi, kalau berkahwin pun mungkin tak bertahan lama, lepas si A bersalin mungkin diceraikan sebab dia buat perkara terkutuk tu sebab terikut nafsu, bukan cinta tapi saya pula berfikiran sebaliknya.

Dah nama pun kahwin, mana tau lps kahwin tu muncul perasaan suka pada si A tu sikit².

Entahlaaa… Lagipun perkahwinan ni bukan mende main², kahwin harini esok cerai. Ni soal tanggungjawab, nasab anak lagi.

Kalau berkahwin pun, suami kata takkan beri hak sama macam saya sebab memang suami tak rela dipaksa kahwin dengan A. Mungkin dia terus lepas tangan lepas kahwin nanti..

Suami enggan memberitahu kedua ibu bapanya atas sebab aibnya & kalau diberitahu memang akan ditentang habis habisan perkahwinan baru ni.

Jadi, memang nak tak nak, kami kena hadap berdua untuk masa ni. Lepas suami kahwin baru akan diberitahu kepada keluarganya.

Sekarang suami sedang kumpul dokumen² yang diperlukan mahkamah tetapi pihak mahkamah kata, ambik masa lebih kurang sebulan jugak sebelum dibicarakan.

Jadi soalan saya, boleh ke anak tu nanti dinasabkan pada suami? Sebab masa kahwin nanti mungkin kandungan dah mencecah 3-4 bulan.

Satu lagi, adakah pihak mahkamah boleh untuk tidak membenarkan suami daripada berpoligami atas sebab ketidakmampuan dari sudut nafkah zahir kerana suami bekerja biasa² dan mempunyai banyak hutang?

Sesungguhnya saya pun tidak sanggup untuk bermadu di usia 30 tahun ni tapi saya pun faham dan kesiankan nasib si A bersama anaknya nanti.

Saya dah berdoa, bangun malam solat hajat tapi masih belum berjumpa petunjuk dan solusi yang terbaik.

Mohon pendapat semua.

– Nur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Salam sis,

    Suami sis berzina, mengandungkan anak orang, cuba menipu keluarga sendiri, berniat kahwin sekejap lepas tuh cerai, tak nak tanggung anak luar nikah, sis itu dosa dia. Itu pintu dosa yang dia buka untuk diri dia sendiri, dan dia tambah buka lagi dengan strategi kotor itu ini. Sis, suami lah yang patut selesaikan masalah dia sendiri, ini bukan urusan sis. Nih semua kifarah atas pengkhianat suami pada sis.

    Suami sis sangat licik, sis pandang suami macam dia naif, sampai sudah sis tak tahu suami ada skandal, tiber skandal dia preggy baru benda kantoi.
    Kalau confession sis berbunyi “suami saya berskandal, skandal dia preggy, suami insaf dan nak bertanggungjawab jawab sepenuhnya” nih sedap dengar. Pasti saya suruh sis full support suami.

    Janganlah terikut licik macam suami, value sis bakal jatuh, sis akan bagi kefahaman pada suami dan orang sekeliling bahawasanya sis sama problematik macam suami sis, tak ada beza. Sukarela bantu suami strategize benda buruk.

    Sis takut suami jatuh cinta dengan skandal dia, sis tolong berpijak di bumi yang nyata, suami sis dah main dengan skandal dah pun, dah ada janin, dah kira keluarga dah, cuma tak sah dalam agama islam sahaja.

    Suami sis dan skandal tahu apa akibat perbuatan dorang, tak pilih untuk stop, keep going enjoy sampai preggy, sis dan keluarga skandal jer yang buntu & gigih nak setel masalah mereka. Nak jaga imej keluarga bagai, jaga air muka, takut aib terbongkar. Suami dan skandal santai jer. Ada nampak suami sis tak makan seminggu, akibat terlalu serabut dengan masalah nih, mana ada licin jer pinggan dia.

    Urusan sis kat dunia nih, cuma makan sedap dan berkhasiat, tidur nyenyak, jaga diri sis dan kandungan sis elok elok, yang dalam perut tuh harta sis yang paling berharga. Suami cuba alihkan perhatian sis dari anak dan fokus pada masalah dia. Maaf kata sis. Kifarah suami bukan urusan sis. Jangan salah fokus.

    Tutup salam.

  2. suami yg selfish and tk bertanggungjawab nak sedap diri sndri hancurkan hidup wanita lain dahtu nak hancurkan lg hidup org lain dgn cerai kalau dh kahwin nnt. kalau suami takat curang dgn hanya msej ke ape and belum smpai zina ni maybe la aku boleh lg la utk hidup bersama, tp bila dh zina and smpai mengandung situ dh breach of trust. kalau aku la hilang dh semua rasa kepercayaan dan rasa sayang mmg angkat kaki la. maaf tu boleh tp utk terus hidup bersama erm. itupun kantoi side chick mengandung kalau tk smpai kesudah sis ni tk tahu and dorg masih berterusan. obvious bnde tu salah and suami pon ada akal utk berfikir but he choose to betray u sampai perempuan tu mengandung bagai. for me angkat kaki unless sis ni still syg lg suami and tk kesah kene tipu then up to sis ni punye choice, kita kat sini bagi POV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *