Isteri Yang Terpaling Betul

Jalan jem, dia call marah2 aku. Aku ke punca jalan tu jem? Dia kata tak kira. Tetap salah awak. 

Kereta depan slow, dia call marah aku. Nak lepas stress kat aku. Sebab nak potong tak lepas. 

Cari parking tak dapat, mengamuk kat aku. Sanggup oo dia call aku 4 kali semata2 nak lepas geram kat aku. Ingatkan ada hal apa ke, rupanya sebab stress tak dapat parking. 

Pergi makan, kedai favourite dia tutup salahkan aku. Katanya ni semua salah aku. Aku tanya apasal pulak salah aku. Dia kata biar la.. Memang pun salah awak. Aik??

Pergi isi minyak, nozzle rosak. Tengah isi dah full nozzle tak stop. Minyak melimpah. Salahkan aku.. Katanya aku tak bagitau nozzle tu rosak. 

Aku mana nak tahu.. Aku sendiri pun tak isi minyak kat situ. Dia nak pi isi minyak pun aku tak tau. 

Alasan dia satu ja.. Biar la. Dah ada suami kan.. Salahkan suami la, nak salahkan sapa lagi. Tu fungsi ada suami.. Aik.. 

Aku tanya dia, lepas tu puas hati ke lepas salahkan aku. Jawapan dia kadang puas hati kadang tak. 

Sebab salah aku terlalu banyak. Setiap hari pun rasa tak puas salahkan aku. Ermm

Hari raya salam aku mintak maaf. Ayat dia, saya mintak maaf banyak salahkan awak. Tapi awak kena ingat, sebab awak memang bersalah. So tak salah pun saya salahkan awak. Aik.. 

Kucing jiran berak depan rumah. Dia tanya awak tak tengok ke kucing jiran datang rumah kita. 

Aku kata ingat aku tak de kerja lain ke. Dia kata tak kira. Tetap tu semua salah awak. 

Aku macam apa benda ni. Kucing berak pun salah aku? Dia cakap memang salah awak pun.. Adoi la.. 

Aku jumpa video klip macam orang buat kat tiktok. Lagu Siti Nur Haliza. Kesilapan ku ke apa tah tajuk dia. Tapi macam satu ayat2 la. 

Aku hantar la kat dia.. Supaya dia sedar dia tu yang banyak salah kat aku. 

Boleh pulak dia reply, bagusla awak sedar salah awak memang banyak pun. Don’t forget, kesilapan ku tu kerana kesalahan mu. Sambil letak icon kejit mata. 

Aik… Tak terfikir dek otak aku dia akan reply macam tu.. 

Dalam kereta ada la dia cakap2,aku diam ja. Dia tanya kenapa diam. Aku kata diam lagi bagus dari cakap nanti orang salahkan kita. 

Dia jawab awak diam ke bercakap ke tetap salah.. Semua yang berlaku kat dunia ni semua tu salah awak.. 

Ermm ye la… Laki mana pernah betul.. Aku baru ja kahwin setahun lebih sikit. 

So aku perlukan nasihat otai2 macam mana nak handle bini terpaling betul ni.. Tolong nasihat aku jap. 

Asyik aku ja kalah dengan dia. Sesekali nak jugak rasa menang. Biar aku pulak ada point untuk bash dia. 

Oh lupa, aku ada jugak saja2 buat macam tu.. Pakai ayat yang sama. Call dia marah sebab jalan jem. Aku kata ni semua salah awak. 

Boleh pulak dia jawab, pergi la salahkan kaum awak.. Yang buat jalan tu kaum awak tau. Cuba kaum kami buat jalan, tak denya nak jem. 

Aik… Macam tu pulak.. 

Lepas tu hantar wasap icon sarcastic. Study lebih sikit cik abang kalau nak salahkan saya. Point awak tak bleh lawan point saya.. 

Aku macam…. 

Diam lebih baik dari cakap dengan perempuan. Sebab mustahil untuk menang. 

Kami pergi keja mesti on call. Kalau dia dah sampai, aku kalau cakap bye dulu,terus tu salah aku. Jangan cakap bye selagi dia tak cakap dulu. 

Hari ni aku hantar wasap kat dia. Aku kata kesian pesalah2. Mesti awak jatuh hukuman tak adil. Pilih kasih dan berat sebelah.. Asal laki ja semua salah. 

Dia reply. Saya adil pada profession saya, tapi bukan pada awak. Saya tak salahkan semua lelaki, tapi saya salahkan awak sebab awak tu lelaki saya.. 

Nampak tak ayat mengelirukan dia. Aku tanya, kenapa awak buat macam tu? Kenapa tak nak adil pada saya. Awak sedar tak saya ni suami awak. Awak ni macam sengaja buli saya. 

Dia jawab sedar. Memang saya sengaja sebab saya sangat2 cintakan awak.. 

Adoii.. Lemah betul iman aku.. Terus aku jadi berbunga2.. Sejuk terus hati aku tak jadi marah. Kenapa la aku cepat aku cair dengan dia ni. 

Otw balik kerja asyik sengih2 ja aku. Macam angau. Tak sabar nak jumpa dia.. 

Sebab whole day tu dia sangat behave. Cakap benda2 yang best. Yang penting tak de salahkan aku. 

Ingatkan lepas tu dia berubah. Rupanya tak jugak. 

Malam dia masak spaghetti. Lepas tu kuah dia macam masin sikit. Terus dia cakap, eh masin pulak kuah ni.. Ni semua salah awak la ni.. Tak tengok ke kuah ni masin. 

Aku kata apa pulak salah aku. Kan awak yang masak. Dia kata sebab tu salah awak.. Sebab saya yang masak. 

Cuba kalau awak yang masak, lagi banyak saya boleh salahkan awak. Lepas tu awak yang request nak ni kan.. Sebab tu dia jadi masin. 

So memang salah aku la kan wahai pembaca??

Nak ja aku balas kalau isteri masak masin tu tandanya nak dapat madu. Tapi apa kan daya, kata2 tu sekadar dihati bukan di bibir. 

Bila dah kahwin ni auto ada sikit perasaan takut bini.. Aku pun tak tau kenapa… 

– Am (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

10 Comments

  1. haha… lawak la isteri, awak patut lebih menghargai dia, nanti bila dah ada anak, focus dia akan sedikit teralih. Sabar ye.

  2. awal2 seronok la bunyi mcm nk bergurau kan, tp lama2 menyirap jugak. kalau kene pulak time confessor ni bad mood bini kol ckap salahkan laki dia naya jugak kang tanpa sedar jadi benda lain. so jaga mulut tk kira la gurau ke tak.

  3. Masa bercintun bermadu asmara, tak dpt detect ke perangai terpaling betul dia tu XD. Entahlah awak sbb dh terkawen kan. Banyak2 perempuan yg lembut awak terkawen juga ngn bini awak hahahah

  4. Aku baca pon menyampah ngan bini ko. Lantak ko la, ko je boleh buat keputusan nk ajar bini ko camna. Sok ko ada prob beso kat tempat keje ke apa dia guna ayat camtu time tu ko tgk ko mampu tak tertahan ngan pompuan gila mcm ni

  5. tapi saya rasa wife awk ni sweet la, mungkin dia nak bergurau biasa la gurauan kasar cmtu tnda nak berkasih sayang walaupun sedikit annoying, percayalah cakap saya kalau wife awk xde nanti mesti awak akan rindukan bebelan dia. perempuan bila dah sayang seseorang atau rindu, dia akan sengaja cari pasal sebab rindu nak gaduh, haha
    so, hargailah wife awak setidaknya dia rajin update awak apa yang dia buat dan terimalah seadanya, anggap je semua tu gurauan yang akan mengeratkan lagi perhubungan , selamat berjaya

  6. Saya rasa itu cara wife awk bergurau dan create bonding. Layan ja la. Sesekali cuba gurau kasar dengan dia. “Dah kalau semua benda sy salah dan salah sy, kalau esok sy mati pun awk nak salahkan sy ke?”.

  7. Kalau betul mu nak nasihat hanya satu saja nasihat yang boleh aku beri. Bila dia salahkan mu, mu pergi kat telinga dia mu bisik aku lepaskan kan mu dengan talak sekian sekian. Setel masalah mu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *