Tolong Saya Dan Isteri

Assalamualaikum semua. Salam Madani. Nama saya Fik. Mestilah bukan nama sebenar.

Saya suami. Ada seorang isteri. 4 orang anak. 2 perempuan 2 lelaki. Umur saya lingkungan 45 tahun.

Sebabkan laman ni isteri saya selalu baca. Saya harap dia terbacalah confession ni. Dan kepada netizen cuba bantu saya, apa yang saya boleh buat lagi.

Isteri saya ni serba serbi sempurna. Orang kampung UK kata “perfect” sokmo lah. Orangnya sejuk mata memandang. Kecil molek. Kulit cerah. Walaupun anak 4 isteri saya masih kelihatan “presentable”.

Bangun awal pagi dia memasak. Jadi saya dan anak anak pergi kerja dan sekolah bawa bekal. Bekal bukan calang calang. Cukup nutrisi, sedap dan menunya macam makan restoran 5 bintang.

Rumah saya terurus dengan baik. Bersih. Habuk pun tak de. Saya balik kerja sampai rumah, rasa tenang sebab rumah saya kemas dan berbau wangi.

Anak sulung saya mendapat tajaan ke US. Dua anak saya berada di SBP. Bab jaga anak ni isteri saya tip top. Ketiga-tiga anak saya ini memang diajar sepenuhnya oleh isteri.

Bacaan dalam solat pun isteri ajar sejak anak berumur 5 tahun. Umur paling mudah untuk menghafal.

Dan mereka ini merupakan tokoh pelajar cemerlang hasil didikan isteri yang membantu mengajar anak-anak semua subjek mata pelajaran sekolah rendah dan isteri memantau perkembangan akademik anak-anak.

Isteri saya suri rumah sepenuh masa walaupun memegang ijazah sarjana kelas pertama dan zaman sekolah dahulu beliau adalah head prefect.

Tinggal seorang anak bongsu lelaki kesayangan isteri saya. Kebetulan anak bongsu ni jaraknya sedikit jauh. Berumur 6 tahun. Sangat manja dengan ibunya.

Jika anak-anak yang lain didik dengan displin, anak yang bongsu ni tidak.

Apa sahaja anak bongsu saya buat ini, semuanya isteri pejam mata. Jadi kelakuan anak bongsu ni berbeza dengan 3 anak saya yang di atas.

Beberapa kali saya mengadakan sesi perbincangan dengan isteri tetapi nampaknya seperti mencurah air ke daun keladi.

Biasanya anak-anak lain dipisahkan tempat tidur sedari awal lagi ketika berusia 3 tahun sewaktu wean off dari breastfeeding. Tapi anak bongsu ini masih tidur bersama kami walaupun telah berumur 6 tahun.

Dan isteri mengalami kesukaran untuk tidur jika tidak memeluk anak bongsu dan mencium bau anak bongsu.

Anak bongsu saya lama-lama menjadi lemak. Karakternya tidak sama seperti anak saya yang lain kerana isteri saya selalu melebihkannya.

Sebagai anak lelaki walaupun bongsu saya mahu anak saya dididik dengan displin yang baik bukan dimanja berlebihan.

Ini bukan persoalan anak bongsu ini anak favourite isteri. Kerana anak-anak yang lain juga dilayan sama rata. Isteri saya tidak lokek memberi ucapan sayang dan memeluk semua anak anak.

Isteri saya ada menyatakan dia mengalami masalah mendidik anak bongsu ini tidak seperti anak kami yang lain kerana sindrom “Youngest child syndrome” atau “baby of the family”.

Saya cuba menidurkan anak bongsu di bilik berasingan. Tapi akhirnya isteri saya yang tak boleh tidur hingga pagi.

Saya pisahkan dulu anak bongsu at least tidur di katil berlainan walaupun di bilik sama, tapi isteri saya pula gelisah tak boleh tidur.

Mohon bantuan agar saya dapat bantu isteri kesayangan saya dan anak bongsu saya dapat membesar dengan didikan yang baik.

Sekian.

– Fik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Salam bro,

    Suka untuk saya ingatkan, anak anak bro bukan robot, bukan component yang pattern nya wajib sama, kalau tak sama itu maksudnya barang reject, bro terlalu familiar dengan kesamaan ketiga tiga anak, sampai bro rasa kekok bila anak bongsu pattern dia lain sikit. Hatta yang lahir kembar pun tak boleh paksa jadi sama, apalah ada kuasa pada ibunya.

    Saya harap bro tak develop negative thought pada anak bongsu bro, dengan alasan dia tak sama macam akak & abang dia di mata bro. Embrace the different, saya faham kerisauan bro. Risau yang tak wujud.

    Soal pisah bilik, once semulajadi anak bongsu dah ada rasa malu, dia sendiri yang tak nak tidur dah dengan isteri bro, tak kira lah isteri ada sindrom anak bongsu ke, apa ke, hari itu akan terjadi juga. Let it happen naturally. Ajar diri bro supaya jadi ketua keluarga yang fleksibel, utamakan kasih sayang dari kekerasan.

    Cuba bro borak dengan kawan kawan, tanya dorang bila dah tua, sakit, atau tiba tiba excident atau strok, anak mana yang akan urus cebok berak dorang, yakin tak akan rebut harta dengan ibunya, yakin tak akan khianat sesama adik beradik. Anak yang mana. Terus dorang akan ubah topik.

    Kids don’t show who the real they are until their parent falling sick. Only the bedridden parent who’s powerless and have less energy facing the truth of them. Seorang bapa tak akan kenal anak dia, macam yang dia fikir dia kenal waktu dia sedang sehat walafiat.

    Just enjoy your marriage bro. Enjoy kerenah your wife, enjoy your 3 kids yang sama pattern and your bongsu yang lain design tuh.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *