Hanya Mengharapkan Sebuah Kemaafan

Assalamualaikum.

Luahan ini ditulis untuk seorang lelaki di luar sana.

Ya, mungkin seorang.

Tapi untuk menjadikan iktibar buat para lelaki di luar sana.

Hmm.

Balik-balik lelaki.

Balik-balik lelaki yang kena.

Perempuan tak pernah salah.

*Begitulah kata-kata lelaki di ruang komentar. Bukan semua.

Kisah aku mungkin tak seberat derita orang lain.

Alhamdulillah, aku masih boleh meneruskan kehidupan hingga hari ini. Cuma ada satu sudut yang kosong dalam hati ini.

Mungkin ‘mati rasa’ adalah perkataan yang paling tepat untuk digambarkan saat ini.

Kepada seorang lelaki yang aku tujukan buat para lelaki lainnya juga.

Tolong.

Tolonglah.

Turunkan egomu.

Sebelum kifarah menyapa anak isteri ataupun keturunanmu.

Hanya sebuah kemaafan sahaja yang ku pinta.

Ya, hanya sebuah kemaafan sahaja yang aku mahukan.

Berkisar apa dan tentang apa, hanya engkau sahaja yang mengetahuinya.

Tidak kiralah berapa banyak amal kebaikan yang kau lakukan di luar sana, untuk menutup ketidaktenteraman hatimu, kau tetap sedang berhutang maaf dengan seseorang.

Tidak kiralah berapa kali engkau berulang alik ke kota suci untuk menyucikan dosa silammu, jangan lupa dosamu dengan wanita-wanita terdahulumu.

Ya, aku tahu.

Bukan sekadar seorang.

Engkau tidak pernah tahu seberapa banyak air mata yang tumpah kerana perbuatanmu.

Mungkin kau anggap perbuatan itu hanya sepele. Yang kau anggap hanya satu senda gurauan dan permainan di saat kau kesunyian.

“Ahhh.. takkan sebab ‘itu’ sahaja!” bisik hati kecilmu.

“Ya, hanya sebatas ‘itu’ lah yang berjaya menghancurkan seorang perempuan dan masa depannya.”

Bukan itu sahaja, habis punah seluruh keyakinan yang dibina bertahun-tahun menjadi debu-debu krisis yang berserakan.

Tahniah!

Bukan air mata wanita itu sahaja yang kau berjaya tumpahkan, tetapi air mata ahli keluarganya jua.

Air mata adik-beradiknya yang turut tertanam rasa benci dan trauma kepada lelaki dan perkahwinan.

Buat para lelaki, ditegaskan di sini,

“TEST-MARKET adalah satu jenayah dalam dunia PERCINTAAN.”

Hipotesisnya,

Pupusnya wanita yang berhati tulus kerana wujudnya golongan lelaki yang suka TEST-MARKET.

Kau takkan tahu kesan dan akibat TEST-MARKET selagi ia belum kena pada saudara perempuanmu mahupun anakmu.

Duhai anak gadis dan wanita,

Tidak kiralah seberapa bijak dan hebat dirimu, tetaplah berhati-hati menjaga hati dan kehormatanmu.

Yang masih menanti kemaafan,

– Cik Ping Pong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *