Perang Psikologi Antara Menantu Dan Mentua III

Part 1: https://iiumc.com/perang-psikologi-antara-menantu-dan-mentua/

Part 2: https://iiumc.com/perang-psikologi-antara-menantu-dan-mentua-ii/

LANGKAH 3: USAHA, TAWAKAL & DOA

Jika seseorang ingin mendoakan agar Allah mengambil tindakan ke atas orang yang menzaliminya, maka itu dibolehkan jika benar dia dizalimi.

Ini kerana terdapat banyak riwayat yang mengizinkan hal ini.

Antaranya, sabda Nabi s.a.w“Takutlah kamu doa orang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang),” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Cara berdoa jika rasa dizalimi:

“Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…”, atau mungkin kita sebut: “Jika dia telah menzalimiku, maka…”

Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran. Maka, wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Jika seseorang ingin memaafkan pihak yang menzaliminya, itu merupakan sesuatu yang baik.

Ini berdasarkan sabda Nabi s.a.w, “Sedekah tidak akan mengurangkan harta, Allah akan tambah kemuliaan untuk seseorang hamba disebabkan kemaafannya dan tiada seorang pun yang bertawaduk kerana Allah melainkan Allah akan mengangkatnya,” (Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya).

SELANGKAH KE MAHKAMAH

Saya dan suami beriringan dengan kenderaan yang sama melangkah ke mahkamah syariah. Segala urusan bersama. Cuma sebagai simbol terakhir, saya beli teh ais ikat tepi dan minum sebelum masuk mahkamah.

Kami antara pasangan terawal dipanggil. Bagi yang pernah melaluinya pasti tahu prosedur lafaz cerai secara damai sangatlah mudah dan pantas.

Hakim akan tanya Responden(yang fail cerai, suami) setuju berpisah? Ya

Hakim tanya Defendan(saya) setuju berpisah? Ya

Kemudian bersalaman kali terakhir dan suami akan lafaz cerai.

Plotwist saat akhir terjadi apabila saya ada kepilkan salinan Perjanjian Bersama pada hakim. Dan hakim tanya Apa ni?

Peguam kata kalau ada dokumen ni mudahkan sikit urusan tuntutan selepas bercerai. Yang penting hak jagaan anak.

Hakim minta kami uruskan dokumen pengesahan dari suami mempercayai saya untuk jaga anak di mana-mana pejabat peguam berhampiran dan datang semula untuk lafaz cerai.

Kami pun masukla pejabat peguam yang pertama milik seorang Mantan Hakim. Dan kebetulan waktu tu lengang takda orang mungkin sebab kami antara terawal. Jadi saya dengan suami masih bersembang mesra lagi dan hakim tanya. Nak cerai sebab apa? Ada calon dah ka? Suami jawab sepatah-sepatah. Banyak cover. Saya ni dah fikir alang-alang nak pisah, cakap jujur la. Saya tolong jawab, Mertua tak suka saya.

Terus mantan hakim aka peguam syarie tu minta kami berdua masuk ke bilik konsultasi dia. Elok masuk je dalm tu, tutup pintu sesuatu yang diluar jangkaan saya berlaku. Untuk pertama kali sepanjang saya jadk isteri suami saya, itu pertama kali saya melihat gugurnya air mata jantan dan penuh pengharapan. Terus dari nekad nak bercerai, saya jadi lembut hati. Lemah betula saya ni kan.

Suami saya cakap sekarang mak dengan mak C sedang tunggu dia di kampung ternanti-nanti perceraian kami. Lagipun mak C kebetulan balik kampung nak buat kenduri sebelum pergi umrah. Nak doakan tunjuk kebenaran dan untuk kebaikan suami saya. Amboi jahay sangat saya ni sampai level kena doa depan kaabah. Suami saya tunjuk mesej-mesej pada mantan hakim.

Mantan hakim cakap simple je,

” Kalau kamu bercerai dengan isteri kamu ni dan kahwin lain. Hal ni tetap akan berulang. Kerana sikap orang tua kamu. Saya boleh jamin sebab saya dah lama jadi hakim, macam-macam kes saya urus.”

Suami saya cakap, saya nak jawab apa kalau tak jadi pisah hari ni. Hakim tu ajar la beberapa panduan dan cara kami nak bagi feedback semula pada hakim tadi. Saya dapat rasa tenaga dan semangat suami saya nak halamg perceraian ni.

Berulang-ulang dia pesan takut saya salah cakap depan hakim. Sebab orang yang fail cerai tak boleh cakap tak setuju. Saya je ada hak bantah dan minta tangguh. Dan kami minta untuk Sulh. Wakil saya dan eakil suami akan dipanggil. Walaupun tak dipersetujui hakim, kami merayu tolong adakan.

Mertua terkejut kerana menyangka akhirnya doanya dimakbulkan tiba-tiba diberitahu saya bantah perceraian. Tapi mertua cepat-cepat guna kabel anak sedara dia, seseorang berpangkat tinggi dalam majlis agama Islam negeri yang juga Mantan Hakim Syarie yang dipanggil Abg N.

Tanpa mengira anak sedara tu sibuk ke apa, habis diluah segala permasalahan rumahtangga kami dan minta bantuan untum nasihatkan suami saya agar berpisah. Buka mata suami saya, saya ni isteri yang macamana. Sedarkan dari sihir psikologi tu.

Hari yang sama juga kami terus ke rumah Abg N. Pasti sebagai seseorang yang berilmu dan berpengalaman, tidak ada unsur bias. Bab hukum agama ni takda bias bias sebab kau sedara ka makcik ka apa pangkat yg dihormati. Kalau hukum kata salah, salah la.

Akhirnya abg N yang dipercayai mertua ni berjanji akan bantu kami. Dan nasihatkan suami agar mempunyai sifat qawwam sebagai ketua keluarga jangan sampai menganiaya isteri. Malah beliau juga beritahu, jika tiada tempat meluah, cari saja dia. Tak sepatutnya ibu dan mak C dia mencampuri urusan rumahtangga kami sehingga ke tahap itu.

Dalam suami meluah ada beberapa lagi kezaliman mertua terdedah yang saya taknak tau dan bila saya tau saya lagi susah nak maafkan mertua. Yela orang tengah nak meluah lupa dah siapa di sebelah.

ZALIM 8:

– Suami cakap sebenarnya dia dipaksa oleh mak dia dan mak C untuk berjanji ok ja semua soalan saya masa taaruf tu. Nanti dah kawin saya tak boleh bantah, sebab isteri kena taat suami. Suami cakap dia nak berlaku jukur dengam saya yang dia dipaksa tapi mak C dia halang.

Dan mereka dah atur pun saya ni kena buat macamana ikut acuan mereka. Sebab tu bila perancangan mereka tak jadi, mereka benci saya dan label saya menantu biadap serta pemalas. Ayat cliche nak raih simpati umum dan nak halalkan perceraian.

– Mertua juga menyatakan dia memang tak berkenan cara saya mesej, cara saya cakap dari sesi taaruf lagi. Saya cakap kat suami, kenapa teruskan dah tak berkenan dari awal, kan saya dah bagi peluang banyak kali untuk putus. Sebab mak C suruh dan mak dia cakap yang buat janji dengan saya tu suami saya, bukan dia. Jadi dia tak terikat dengan mana-mana janji. Dah masuk keluarga dia ikut cara mereka la.

Saya ni sebab suami tak izinkan saya balas kata-kata mak dia je. Kalau tak, nak je saya cakap orang yang bersubahat dan mengajar orang lain menipu untuk menzalimi seseorang pun dapat saham dosa.

Kemudian adik lelaki mak tiri saya pula datang nak bagi sokongan pada suami untuk kuat melalui ujian mak dan makcik sebegitu. Sebab asalnya nak minta bantuan adik lelaki mak tiri saya jadi wakil sulh. Tp Abg N tu cakap tak payah. Batalkan terus sebab masalah bukan datang dari kami berdua sampai perlu bercerai.

AMUKAN MERTUA

Suami saya minta nak balik kampung dengan anak sulung. Saya cakap mak dia ok ke lepas tak jadi cerai ni? Suami macam biasa masih cakap ok.

Sepatutnya suami saya balik rumah kami awal tetapi tak sampai lagi. Saya tanya kenapa tak balik lagi? Suami cakap ada masalah besar, mak dia makin teruk dari haritu.

Mak dia suruh pilih dia atau saya. Dan suruh bawak anak sulung saya balik dan jangan datang jejak kaki sini lagi. Kalau suami pilih saya, dia buang suami saya dari keluarga. Suami saya bukan anak dia lagi. Dia suruh bawak segala barang kerja suami keluar dari rumah.

Saya berseloroh dengan suami, “Nak lori berapa tan?” Saya boleh sponsor ruang pejabat untuk suami. Jadi kalau mak dia nekad nak halau, keluar ja dulu. Jaga sikit maruah anak saya tu. Kalau bukan sebab saya ni pemaaf dan tau hukum nafikan hubungan kekeluargaan nenek-cucu. Dah lama saya bertegas taknak bagi cucu tu nalik kampung tau.

Dia patut bersyukur Allah tak balas dia macam doa buat pada ayah mertua saya, nafikan hak seorang ayah nak bertanggungjawab pada anak. Lepastu burukkan bekas suami.

Suami marah saya sebab jadi batu api. Saya kata bukan batu api tapi saya yakin mak dia takkan sanggup pun buang anak kesayangan dia. Cakap mulut saja. Saya ikhlas terima suami saya kerana saya ingat kebaikan dia melebihi keburukan dia. Itulah cara untuk kita mudah memaafkan.

Macam mertua saya, untuk saya tenangkan jiwa. Saya cuba la ingat kebaikan yg pernah dibuat kat saya untuk hapus luka dihati kerana ditipu. Tu je cara saya nak tenang tapi taktaulah kalau cara tu dah kira memaafkan.

Tapi lepastu entah apa suami buat, mertua tak jadi buang suami. Tapi berminggu juga saya tak bagi suami bawa anak balik kampung sebab bagi saya satu penghinaan terhadap anak saya dengan sikap nenek sebegitu. Apa dosa cucu tu? Perangai teruk sikit kata ikut saya, yang baik smeua keturunan dia.

HIDAYAH MILIK ALLAH

Entah berkat nasihat atau doa siapa, atau mungkin juga sebab konsistensi amalan sunat mertua, akhirnya beliau membawa diri ke pondok pengajian agama. Sesekali akan pulang ke kampung.

Malah hingga kini, mertua masih rasa dia teraniaya dan suami saya belum dirawat dari ilmu psikologi. Serta takda rasa nak minta maaf atau bersalah walau sekelumit. Semua yang terlibat menyokong perceraian kami pun masih boleh tak rasa bersalah atau PM tepi minta maaf.

NIKMAT APA LAGI YANG KAU DUSTAKAN? – Surah Ar-Rahmaan 55:73

– Dari awal perkahwinan, saya tak pernah halang suami balik kampung atau berbakti pada mak dia walaupun setelah mertua desak/meluah pada suami macam-macam sampai suami asyik ugut taknak balik rumah kami, nak pisah setiap kali dia pulang ke kampung.

– Saya tetap benarkan cucu balik ke kampung walaupun saya diHARAMkan sehingga kini malah anak-anak saya juga nak dihalau jika tak bercerai tempohari.

– Saya ni masih sedia nak terima mertua kalau dia benar-benar taubat.

– Mak tiri saya ni masih konsisten kirim salam kat mertua melalui suami dan berharap suatu hari saya dilayan selayaknya sebagai menantu.

– Adik beradik saya ketepikan rasa amarah walaupun tahu keseluruhan kisah, dan terima suami saya sebagai ipar selagimana jaga saya elok. Cuma mereka tak ingin nak tengok mertua saya dah. Mereka tak selembut hati mak tiri saya?

– Paling penting, suami saya masih menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik terhadap orang tuanya sehingga kini walaupun dah tahu segala dusta dan perbuatan zalim yang cuba diselindung.

Kalau orang lain, rasanya dah dibiar merenung nasib tinggal di rumah orang tua. Perit perasaan ditipu hidup-hidup dari kecil. Malah ibu kandung sendiri berusaha penuh kegigihan mahu runtuhkan rumahtangga yang dibina atas paksaan mereka juga.

KESAN DARI BERTAHAN DENGAN KONFLIK

– Saya pernah hampir rasa nak bunuh diri dan mati dengan bayi dalam kandungan(dua-dua anak) sebab mulut suami yang suruh saya mati je akibat tertekan desakan dengan mak nya. Masa tu suami cuba lindung stress dan banyak menampakkan dia letih hidup dengan saya.

Walaupun saya dah dapatkan rawatan, sisa post-partum depression masih ada seperti mudah marah dan hilang kepercayaan pada suami. Trauma berulang sebab mertua suka ulang aduan dan desak, sukar nak sembuh tapi boleh jika kita dapatkan bantuan pakar.

– Etika perawat, bila kita sakit, kita kena dapatkan bantuan, jangan cuba rawat sendiri. Level pakar macamanapun kita masih perlukan seseorang.

– Doakan saya sembuh sepenuhnya dan boleh berlembut dengan suami semula. Mujur suami saya penyabar juga orangnya.

“Suara senada seia sekata
Tiba saatnya bercanggah jua
Kita yang bersifat baru
Merubah dengan waktu
Kau dan keangkuhanmu
Mencabar kesabaran ku

Ke mana kelembutan
Bicara yang bersopan
Diriku dikasarkan oleh pengalaman”

– lagu Ku Redha Sendiri

AKHIR KALAM

Islam itu sangat indah…

Kita yang pilih untuk menzalimi diri sendiri dan berdegil untuk bertahan terhadap perkara yang agama dah cakap boleh keluar dari situasi tu…

Bila perlu bertindak?

Kena tahu batas-batas adab menantu terhadap mertua dan juga batas mertua terhadap menantu dalam Islam…

Jika sudah melangkaui, tidak perlu taat…

Paling sukar bahagian anak dan menantu, jika nak menegur mestilah dalam keadaan menyantuni atau kawal tutur kata walau ibu/mertua zalim…

Jika tak tahu, cari bantuan dari saluran betul atau guna prang tengah yang alim…

Jangan cari penasihat berdasarkan usia atau makan garam lebih, ilmu lebih utama…

Jika sakit, rawat sebelum parah…

Kena sayang diri sendiri dahulu sebelum nak dapat aura disayangi…

Bertahan/berkorban sampai terkorban dengan alasan orang tua hidup tak lama tu cuma ayat helah bela diri…

Allah pesan Mati Tak Kenal Usia…

Kalau stress berpanjangan pun boleh kena penyakit seperti serangan jantung/ strok…

QS. Ar-Ra’d Ayat 11

لَهٗ مُعَقِّبٰتٌ مِّنْۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهٖ يَحْفَظُوْنَهٗ مِنْ اَمْرِ اللّٰهِ ۗاِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوْا مَا بِاَنْفُسِهِمْۗ وَاِذَآ اَرَادَ اللّٰهُ بِقَوْمٍ سُوْۤءًا فَلَا مَرَدَّ لَهٗ ۚوَمَا لَهُمْ مِّنْ دُوْنِهٖ مِنْ وَّالٍ

11. Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.

Wallahua’lam…

– Healer (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya doakan agar puan dan keluarga dimudahkan segala urusan. Janganlah puan focus kpd mertua dan keluarganye. Lebih baik fokus kpd org2 yg menyayangi dan mencintai puan, seperti suami, anak2 dan keluarga puan. It is not worth your time and energy nak usaha sayang org yg mmg dah fix their mind tak suka kan puan. Wishing you love & good health. Amiinn…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *