Anak Bongsu yang Terhina

Salam semua, aku merupakan anak bongsu 5 orang beradik. Aku tinggal dengan parents aku dari kecik sampai sekarang dan aku merupakan pelajar UIA. Perkara yang aku sangat terasa ialah mengenai topik ini ialah kakak aku suka bercerita dengan aku, bila dia tak puas hati dia akan cerita dengan aku pasal orang yang buat dia tak puas hati kebetulan orang tu anak bongsu, terus dia cakap anak bongsu memang macam tu, mungkin dia tak sedar yang aku pun bongsu. Tak semua anak bongsu teruk okay, tu semua berdasarkan perangai masing2, anak first ke second ke kalau perangai sendiri tak elok, jadi tak elok juga. Tak perlulah wujudkan fakta anak bongsu semua sama je. Kau fikir aku tak terasa?

Aku ni anak bongsu dari kecik sampai besar aku pakai benda yang 2nd hand. Masa aku kecik aku memberontaklah juga nak basikal baru tapi akhirnya aku pakai basikal lama kakak abang aku sebab aku rasa membazir. Tak habis takat tu, kalau kakak aku buat salah contoh sepahkan barang mesti aku yang kena, sedih sebab aku anak bongsu. Aku tak sepahkan barang pun aku kena.

Kakak2 aku berlarutan fikir anak bongsu ni manja, tak berguna, tak pandai (PMR dan SPM aku lagi bagus dari diorang), habiskan duit. Diorang mungkin tak perasan ada keinginan aku masa kecik yang ayah aku tak boleh tunaikan atas sebab diorang, contoh kakak aku 2nd ni masa zaman tak ada telefon bimbit dia pakai telefon rumah call kawan dia sampai bill RM900. Time tu aku mintak ayah aku basikal, akhirnya ayah cakap nak bayar bill telefon tu jadi tak boleh beli basikal.

Perkara nampak simple tapi kesan dekat diri aku macam nak gila dibuatnya. Disebabkan kakak2 aku berpantang dekat rumah parents aku, jadi setiap kali diorang berpantang aku juga yang kena hantar pergi klinik/hospital. Tapi masih, bila berbicara pasal orang lain mereka kata anak bongsu memang macam tu. Aku tersenyum je bila diorang kata macam tu. Sedih. Bila anak2 diorang dah besar, aku jaga dan aku ajar diorang, tak habis dari tu aku tolong diorang kalau pergi shopping mall kalau bawa anak diorang. Sekali lagi bila berbicara dengan orang, diorang masih kata "anak bongsu memang macam tu". Aku sedih, kadang2 aku nangis. Salah aku ke jadi anak bongsu, kenapa kecam anak bongsu macam tu? Memang anak first, second dan selebihnya elok sangat ke? Ini berdasarkan perangai bukan berdasarkan turutan anak nombor berapa.

– Anak bongsu

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

25 Comments

  1. Sy pon anak bongsu dan anak ke-5 jugak. Tapi,takdelah kena macam akak. Dan apa yg sy nampak,tak semua ank bongsu macam ape yg akak kepada akak described. Ada yg sy jumpa,dia bertanggungjawab sgt2. Ikut org la kan.. Anak sulung dan anak kedua tak semestinya bertanggungjawab. Sesuka hati je describe macam tu. haihh. Sabar la kak. Stay strong and calm. ;-)

  2. Aq anak sulung, dr 4 org adik beradik.. semua kami pompuan, sorg je laki.. yg last sekali, adik aq.. dlm pelajaran mmg dia kureng, dia pendiam, ada masalah dia x bg tau org.. pandai masak. dia budak baik. Bila aq baca confession ni aq jadi sedih.. aq takut sgt dia jd terasa mcm ni.. tp, yg aq tgok dia ni murah rezeki, semua org dlm family aq x kokek duit bila dia minta. N untung dia the one n only laki dlm kmi adik beradik, suma brg2 peribadi dia mmg kena beli bru, kmi yg pompuan ni x kisah nak share pun.. Alhamdulillah.. aq sayang semua adik2 aq.

  3. saya sorang kakak sulung..setakat ni,saya berkawan baik pastu berjodoh pula dgn anak bongsu,they never stop surprising me! bijak,bertanggungjawab,independent,manja(hehe),boleh bergantung harap etc..

    abaikan je apa kakak2 tu ckp..org yg negatif mmg gitu :-P myb diorg jelez..tp diorg lupa,anak bongsu x dpt manja lama2 dgn parents..x selama kita yg sulung ni..sob3

  4. Sy ni anak kedua..ada adek bongsu..adek bongsu sy ni jnis membantah..dan sgt dimanjakan mak ayah..jd xde sbnarnye isu ank first..anak second or anak bongsu ni elok or x..tp sbnrnye bgaimana kite mencorakkn diri kite sendiri..

  5. Sy ank sulung..Adk bgsu sy mnja..tp sgt rajinnn..kmi syg dy..apa yg dy nk kmi sdya upaya tunaikan..klu nk cba something new n different kmi akn tggu dy blik dr hostel sbb nk dy join skali..xlengkap rasa xdak Adk kcik kmi nii..Shiham Rozaly

  6. Mak aku bongsu independent gilaa sbb susah adik beradik ramai ayah dah takda.

    Adik aku bongsu adik beradik kitorang pun ramai. manja gilaa suka memberontak kalau taknak skola buat2 tido.

    Nampakkan beza? Cara si bongsu bawak diri. Defend aa diri kalau taknak orang stereotype pasal si bongsu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *