Akukah Syaitan Specky??? (PART 3——Akhir)

Hampir 8 bulan aku duduk di rumah keluarga aku ditinggalkan suami aku di sini…….. Masih lagi bergelar isteri. Cuma aku tidak duduk sekali bersamanya.

Macam yang aku cakap dalam Part 2, pergaduhan aku berlaku semasa hilangnya MH370.. begitu jugak lah perhubungan kami suami isteri.. Tenggelam dan timbul……

Pergaduhan aku and suami aku masih ada pasang surutnya… Tapi perhubungan aku and suami makin lama makin jauh.. suami aku bz bertukar kerja and berpindah ke tempat lain.. Dia juga buzy out station berbulan-bulan ke luar negara untuk persediaan kerja di tempat baru..

DOA??

Aku sentiasa berdoa untuk kebahagian rumah tangga aku.. tidak pernah jemu and kenal erti putus asa. Selama 8 bulan. Aku bertahajud malam.. Aku juga sudah mula istiqamah dhuha, taubat, istikarah and tasbih…and juga bersedekah… tetapi rumah tangga kami masih sebegitu…

Aku juga berusaha menjadi isteri yang lebih baik dari sebelum ini…

Pergaduhan aku dan suami tidak siapa tahu kecuali mak, ayah, abang aku, mak mertua, adik beradik ipar and suami aku sahaja yang tahu..

Kami masih buat seperti tidak ada apa-apa berlaku.. Aku masih ke kelas seperti biasa.. Masih dengan muka cool and tidak ada apa2 yang berlaku..

Sepanjang pergaduhan kami suami isteri… pelbagai kata fitnah, makian and kata-kata nista aku dah dapat.. tiada air mata ketika itu.. aku hanya senyap and mendiamkan diri..

Aku percaya dengan ujian yang allah berikan kepada aku adalah disebabkan oleh diri aku sendiri.. Ini semua mungkin adalah kifarah allah berikan kepada aku ke atas segala dosa-dosa aku terdahulu.

Tetapi, aku tetap tidak putus asa.. Solat taubat aku lakukan setiap hari.. Aku berdoa setiap hari kepada ALLAH agar mengampunkan dosa-dosa aku, suami aku and family aku.. aku juga berdoa agar aku dijauhkan dari sifat-sifat mazmumah.. and terbitkan lah sifat-sifat mahmudah dalam diri aku..

Tetapi apabila aku bermuhasabah diri… Cabaran yang aku hadapi adalah dari segi masalah rumah tangga sahaja…

Selepas mengamalkan solat tepat pada waktunya… aku mendapat pelbagai nikmat iaitu;

• Aku mendapat cabutan bertuah bernilai RM200.. hahah.. Seumur hidup aku, tak pernah dapat cabutan bertuah..
• Rezeki aku juga murah, aku sentiasa ada duit… Padahal aku mempunyai hutang yang agak banyak ketika itu yang perlu dilangsaikan.. tetapi subhanallah.. aku dapat survive..
• Aku juga ditawarkan oleh supervisor aku supaya memohon untuk menukarkan kajian master aku kepada PHD..
• Aku juga sudah jarang sakit.. Aku tak pernah dah sakit-sakit pinggang, sakit kepala, or lain-lain.. Aku macam lebih cergas and cerdas.. Alhamdullilah.
• Aku juga jarang menangis bila ditimpa ujian.. Kalau ditimpa ujian, aku lebih mengambil pendekatan cool and percaya semua yang berlaku maybe ada hikmah.
• Otak aku jugak lebih focus and lebih mempunyai aim takde dah serabut and kabut..
• And yang paling aku bersyukur, aku lebih tenang and tenteram. Tiada lagi istilah fragile dalam kamus hidup aku..

So, wajar ka aku bersedih?? Dengan nikmat yang aku dapat.. Aku bersyukur and redha dengan apa yang berlaku.. Aku sentiasa percaya yang ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita and kita tidak perlu khuatir dengan apa ujian yang berlaku and apa yang anda perlu lakukan tenang and sentiasa tak putus berdoa sebab hanya dengan berdoalah senjata rahsia yang dapat menyelamatkan korang.

Kadang kala aku terpikir sejenak…

Adakah mimpi aku pada suatu ketika dahulu merupakan petanda aku akan menghadapi ujian yang paling besar dalam hidupku?? Ramainya lembaga putih bercahaya itu merupakan malaikat-malaikat yang turun dari langit untuk menjaga aku???

Ataupun aku terpikir sejenak kembali….

Adakah HIDAYAH yang Engkau berikan kepadaku ini iaitu perubahan aku menjadi lebih baik ini adakah persediaan bagi aku untuk menghadapi ujian yang engkau berikan kepada ku ni YA allah?

Supaya aku jadi lebih kuat…

Supaya aku faham dengan apa yang berlaku..

Supaya aku redha dengan apa yang berlaku..

Or supaya aku dapat berdakwah or kongsikan dengan apa yang telah aku practicekan ini kepada orang lain…

Aku masih tidak dapat faham dengan apa yang berlaku… Apa yang aku faham, semuanya telah tertulis and aku tak mungkin dapat mengubahnya jika itu yang ALLAH mahukan terjadi aku tak terdaya untuk melarang.. apa yang aku boleh buat hanya redha dengan apa yang berlaku….

Setelah 8 bulan pergaduhan kami.. setelah suami aku pulang dari luar negara setelah hampir 3 bulan dia di sana..

Aku telah mendapat wassap lafaz cerai dengan talak satu daripadanya……

Ketika itu aku terkejut kerana kami telah berbaik and aku wassap dia untuk tanya dia nak makan apa sebab dah lama di luar negara.. tetiba, sms yang aku dapat adalah, msg talak……

Nak dijadikan cerita, ketika aku menerima lafaz tu aku baru 3 hari didiagnos demam denggi tapi doktor tidak suruh warded.. hanya perlu berehat di rumah.. Aku juga dalam keadaan uzur ketika itu, baru hari pertama period… and nak dijadikan cerita lagi, aku ada presentation master yang wajib datang sebab itu merupakan exam bagi aku pada esok hari di university……..

Keadaan aku ketika membaca sms tu…..aku rasa kosong…. Aku berikan sms aku tu kepada ibuku….. Aku menangis and menangis sampai satu tahap tak boleh bernafas…. Bengkak mata giler…Rasa macam nak buta pun ada masa itu.. masih aku ingat, ibu aku peluk aku and suh aku menangis sepuas-puasnya… kerana katanya,

“Menangis lah puas2… keluarkan segala air mata.. takpe.. ibu tahu ko kuat…tak yah risau lah.. esok nak exam ni.. ko rehat dulu..tak payah reply wassap tu..engkau tu dahlah uzur. Nak solat tak boleh.. demam denggi pulak tu… rehat cukup2.. istifar and zikir banyak2.. minum air banyak-banyak.. makan ubat demam dan kemudian pi tido.. jangan dok pikir bukan2..”

Aku tersedu sambil berdoa dalam hati agar Allah berikan kekuatan untuk aku hadapi segalanya ini…

Esok nya aku bangun tido, mata dah bengkak giler………. Kesan menangis macam apatah malam tadi.. tapi nak buat macam mana.. dah exam memang kena pilah.. presentation pulak tu. bukan jawab paper… nasib baik presentation pukul 2 ptg… sempatlah mata bengkak tu kecut sikit.. Kemudian, aku tak menangis dah.. sebab malam tadi dah puas hati dah nagis..

Cuma pagi ni, aku kuatkan semangat tuk terus pandang ke depan….. Takde lagi istilah pandang ke belakang sebab hidup mesti diteruskan…. And aku sentiasa berpikiran positif bahawa apa yang berlaku ini ada hikmahnya…..

Dan sekali lagi aku tahu bahawa ALLAH adalah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.. Dan aku yakin ALLAH telah merancang kehidupan aku, and dia tahu apa yang terbaik untuk aku.. apa yang aku perlu buat sekarang ni adalah SABAR……

Sekarang aku telah melepasi pahit getir dlam hidup aku.. (dah habis iddah).

Aku rasa perhubungan aku and suami aku kemungkinan besar tidak dpat diperbaiki lagi… Diibaratkan seperti hilangnya MH370… Hilang tidak ditemui… hilang jugalah cinta kami berdua…

Tetapi, Alhamdullilah, aku berjaya melaluinya.. Ianya bukan senang, tapi aku percaya segala apa yang anda hadapi, ALLAH akan kembalikan dengan kegembiraaan buat diri anda.

Hasilnya…antara kegembiraan aku adalah;

-Aku dapat belajar di Europe and UK untuk sebulan…

-Pemohonan untuk master aku ditukarkan kepada PHD telah lulus… Viva yang aku buat tu aku telah present kan dengan jayanya…and semua senat telah bersetuju untuk aku menukarkannya kepada PHD terus.. Maksudnya, aku tidak perlukan habiskan master aku, aku terus tukarkan mode pengajian aku kepada Phd. Nikmatnya lagi, Phd aku ni hanya perlu dihabiskan untuk setahun sahaja lagi. Alhamdullilah!!!

-Aku juga mendapat support duit tajaan untuk projek PHD aku..

-Aku juga telah berjaya melangsaikan segala hutang aku. Tiada lagi hutang yang perlu dibayar…

-Aku hanya panjatkan kesyukuran kepada ilahi atas segala nikmat yang telah DIA berikan kepadaku. Alhamdullilah sangat…

So, pengajaran terbesar dalam hidup aku kini adalah aku sedar and percaya dengan perkataan yang selalu dijolok or digunakan oleh orang ramai iaitu;

“Segala yang berlaku ada hikmahnya, Sabar banyak2. Allah akan gantikan yang lebih baik dari sebelumnya”.

Kini, aku percaya 100% quote tersebut dan aku berharap pembaca semua juga percaya dan jangan sesekali menyalahkan takdir or memarahi Allah secara diam kerana menguji anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah;
• Bermuhasabah diri
• Perbaiki diri anda
• Sabar, Sabar, Sabar…..

So, setelah hampir 2 tahun aku bersendirian..

Aku sudah mula mendoakan agar dijodohkan dengan jodoh yang dapat membimbing aku and sentiasa bertaqwa kepada ALLAH agar dapat nanti membimbing aku and zuriat-zuriat kami menjadi khalifah yang berguna di dunia dan di akhirat. Aamiin..

Aku sentiasa percaya bahawa ALLAH telah menentukan jodoh kita. And aku percaya, jodoh itu akan datang.

Walau bagaimana pun aku akan tetap berusaha mencari jodoh aku.

Tetiba terimbas pulak pengalaman aku before this (baru je berlaku 6 bulan yang lepas).. Aku telah mengenali seorang pemuda.. Baru je kenal dalam sebulan, dia dah ajak aku kawen!!!! kemudian, sesi pengenalan juga dilanjutkan ke sesi perjumpaan family..

selepas itu, tetiba dia mendiamkan diri selepas memberikan alasan seperti berikut….

Alasan beliau adalah, aku ni cantik sangat… aku ni pandai sangat…. aku ni berkerjaya….. aku ni duduk jauh sangat dari kampung dia….Sampai sekarang aku tak pasti apa berlaku terhadap dia… Sebab dia mendiamkan diri terus… membisu seribu satu bahasa….

Aku ok ja… Aku ok je kalau kena reject.. aku boleh terima kalau dia beri alasan,

“Saya rasa hubungan kita setakat ni sahaja lah… Saya rasa kita tak serasi…”

Cool!! Aku boleh je terima.. Aku dah cukup dewasa untuk menerima rejection dari orang.. But please don’t bagi alasan sahaja tanpa keputusan, dah macam gantung tak bertali pulak aku..

Motif aku menceritakan pengalaman aku ni…. Aku tak marah dengan apa yang berlaku dekat aku ni.. Cuma aku terkilan sikit lah.. takdelah frust menonggeng ke apa..

Cuma aku rasa dah tugas aku untuk memberikan nasihat kepada pemuda di luar sana and aku berharap sangatlah agar;

Pemuda di luar sana jangan gemar memberikan alasan.. Kita as khalifah di muka bumi ini perlu sentiasa berani menghadapi segala cabaran and dugaan..

Perkahwinan adalah salah satu platform menguji tahap keimanan seseorang pemuda or suami.. Tingginya statistic penceraian pada masa kini salah satu sebabnya kerana mudahnya lafaz cerai dilafazkan oleh si suami.. Goyah nya sesuatu institusi perkahwinan adalah kerana longgarnya tiang agama or solat si suami..

Bakal-bakal suami or suami perlu tahu akan kepentingan pegangan agama and solat adalah kunci kebahagiaan rumah tangga..

Aku tak salahkan suami or pemuda 100 % dalam keruntuhan rumah tangga.

Cuma bagi aku, tanggungjawab lelaki agak berat.. Dan anda perlu sentiasa belajar agar ilmu agama anda tidak di tahap yang sama…

Dan satu lagi, please berhentilah merokok or vape…… tolong hentikan benda haram dari mengalir ke bakal2 zuriat anda… fikirkan generasi apa yang anda hendak lahirkan…bina kan semangat dan azam yang kuat untuk berhenti merokok..

Insyallah mesti anda dapat melakukannya..

Apa2pun aku percaya, umat islam yang berjaya adalah umat islam yang bersatu padu, tidak mudah putus asa and sentiasa mendoakan kebahagiaan saudara mereka yang lain..

Insyallah, aku yakin, kita mampu melakukannya.. Aamiin..

Akhir kata aku, Maafkanlah aku jikalau penulisan aku untuk ketiga-tiga Part ni ada menyusahkan korang untuk membacanya, or ada mengguriskan hati korang.. Aku mohon maaf sgt.

Tapi jika korang dapat pengajaran dari kisah hidup aku ni, aku sudah cukup bersyukur.

Malah, walaupun hanya seorang sahaja yang melakukan perubahan hidup untuk berubah menjadi lebih baik, aku akan sejuta kali rasa bersyukur…

Aku akhiri kisah hidup aku ni dengan motto hidup aku…

"“MENJADI BAIK BUKANLAH SUSAH MANA PUN JIKA KITA TAHU APA NAK BUAT"

– Cahaya

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

46 Comments

  1. Semoga sis terus tabah. In sya allah sis… Akan ada hikmah di sebalik kejadian. Sis org yg disygi Allah sb tu Dia bagi ujian kat sis. Sy akan doakan sis terus tabah.

  2. alhamdulliah penantian sy nak bace kisah awak akhirnya dah terjawab .tq confessor sekurang2nya segala persoalan yang bermain d kepala sy sekarang sudah terjawab …setiap ujian dr Allah ada hikmahnya.in shaa Allah dari semasa ke semasa akan menambah ape yang kurang dalam mencari cinta ilahi

  3. Sy dah baca 3-3.
    3-3 tetap bagi inspirasi. Masya Allah.
    Tme kasih kak sbb berkongsi.
    Byk ibrah yg blh sy ambil & In Shaa Allah manfaatkan. Menarik utk sy share dgn kwn2.
    Selamat mencari jodoh utk akk. ALLAH sgt baik & Akk sgt kuat.

  4. Selalu kita rasa, kita lah hamba yang paling teruk diuji.. tetapi kita lupa ujian Allah datangkan mengikut kemampuan kita.. terima kasih atas inspirasi.. :)

  5. mana sambungan yg ayh dia buang daun tu ? ending part 2 hbis gtu je ayh dia tk cter. msuk part 3 trus cter psl slps tu. hurmmmmm

  6. Kak bagi tips acane kajian master akak ble trus convert ke phd. Msti power ni. Saya nak tips yg tu je kak. Hihi.. soal2 jodoh ni srius da malas nak pkiaq.apa2pon respect gila kat akk. Truskan pjuangan mu kak ! Banyak ibrah yg sy dpt. Alhamdulillah.

  7. Bacalah wahai wanita..utk kuatkn semangat dan iman masing2…lelaki xkn baca..they won’t.they love pictures, all sorts of short msg.dgn kata lain klu yg jahil tu, they can’t digest properly.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *