Karma Untuk Aku

Salam. (Maaf panjang.)

Aku terbaca confession psl isu yang baru dpt tahu ayah beliau kahwin lagi satu. Terus teringat pasal diri aku.

Papa kahwin dua waktu aku sekolah rendah. Waktu kecik kau fikir apa? Fikir kena kongsi kasih sayang. Meningkat remaja, aku jadi anti poligami. Aku x faham kenapa papa sanggup buat mama mcm tu. Kucar kacir hidup kami. Mama keguguran tp papa x pernah abaikan keluarga walau kami pandang hina dengan perbuatan ayah. Masuk uni, aku jd makin memberontak. Aku nak papa ceraikan umi (isteri kedua papa). Aku hina umi dan adik tiri. Semuanya salah di mata aku.

Besar kuasa Allah. Allah nak tunjuk bahawa hanya Dia yang mampu membolak balikkan hati. Apa lagi iman yang rapuh. Aku bercinta dengan suami orang. Waktu aku dapat tahu, aku dah x boleh undurkan diri. (Aku dah buat dosa besar).

Kalau dulu aku selalu salahkan ayah aku bila aku buat salah. Tapi sebenarnya, diri sendiri yang salah. Diri sendiri yang selalu cari kesalahan orang lain. Aku baru nampak kenapa ayah aku buat mcm tu. Ayah aku x mintak. Ayah aku x doa nak kahwin dua.

Mungkin ini cara Allah untuk hukum aku. Sampai mati aku akan bawak rasa bersalah ini.

Satu jelah. Mungkin ibu ayah kau ada salah. Tapi itu bukan lesen untuk kau hukum mereka. Syurga anak sampai bila-bila di bawah keredhaan ibu bapa.

P/S: Komen jelah apa nak komen. Sebab aku dah rasa lagi teruk.

– N

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Sebab tu jangan terlalu lantang apabila membenci dan menghakimi sesuatu. Boleh jadi sesuatu yang ko anggap buruk pada kau itu adalah yang terbaik ditetapkan oleh Allah. Setiap yang terjadi ini ada hikmahnya. You learn your lesson well and be strong ok. All the best and to confessor, pm me if you need someone to talk. Jangan stress sangat. Serahkan semua nya kepada Allah.

  2. Tak perlu menghukum. Kalau x dpt terima xpe. Tp x perlu la buat naya dekat keluarga baru ayah tu. Just let them be. Sbb kalau nk ckp bab terima ni mmg susah. It’s not easy to accept someone in ur life. Apatah lg bila dh berpuluh2 tahun hidup dgn famili, dr rumah sewa ke rumah sendiri, dr rumah papan ke rumah batu, dr zaman susah ke zaman senang. Tup2, after 15 years, 20 years, 25 years, dpt mak baru, lepas tu sambung adik baru etc. Mmg x senang nk terima mereka sbgai sebahagian dr ahli keluarga. Perasaan terhadap mereka tu mmg akan kekal as strangers. Tp jgn smpai aniaya mereka. Kata cik su saya, “tak terima tapi tak marah”. Yes. It’s much better than “tak terima dan marah”. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *