Perangkap Cinta III

Aku sendiri pun tak tahu, kalaulah Allah berikan aku kesempatan untuk bertemu dia, apa akan aku cakapkan? Terlalu banyak dosa aku padanya. Dulu selepas kami bercerai, Mak dan Ayah yang paling marah dengan aku sebab aku lepaskan wanita sebaik itu. Waktu tu lagi hati aku berapi, betapa hebat permainan wanita tu. Semua orang tertipu dengan lakonan dia. Aku ambil cuti tanpa gaji seminggu. Aku pergi jauh-jauh dengan harapan balik nanti semua orang dah lupa pasal hal ni.

Tapi aduh,hari pertama di tempat kerja, kawan-kawan pejabat berduyun datang tanya kenapa kami berpisah. Aku diamkan sahaja. Syukur pada waktu itu aku cukup matang untuk tidak mencanang aib dia. Rahsia dia aku simpan baik-baik. Cuma bila aku tak menjawab soalan mereka, mula lah cerita macam-macam aku dengar. Ada suara-suara hitam bercakap sesama sendiri macam "mesti ada tak kena perempuan tu. Orang tudung labuh bukan semuanya baik-baik". “Takkanlah kalau baik kena tinggal, mesti ada yang tak kena dengan perempuan tu.” Aku mula terfikir sebenarnya besar kesan tindakan aku pada dia. Apa dia nak jawab kalau orang tanya kenapa sampai bercerai berai. Besarnya ruang fitnah yang telah aku buka buat dirinya. Dan kalau benar aku tinggalkan dia kerana dia tak cukup baik, kenapa aku rasa marah bila orang cakap yang tak baik mengenai dia? Waktu itu aku abaikan semua persoalan dalam kepala. Aku sibukkan diri dengan pergi kerja, makan tidur aku entah kemana. Asalkan aku tak perlu nak fikir semua tu.

Lebih kurang setahun bercerai, waktu tu kerja tak banyak. Tak ada projek baru masuk, aku pun dah ada junior engineer yang boleh aku suruh ke site. Suatu hari lepas balik kerja, aku tak tahu kenapa tangan aku ringan pulas steering kereta menuju ke rumah sewa dia. Padahal melencong jauh dari kawasan rumah aku. Makan sejam setengah jam jugalah dari situ nak balik rumah aku,kalau dibandingkan, dari tempat kerja ke rumah aku cuma 20 minit saja. Sedangkan waktu tu badan penat kerja seharian. Lalu je kawasan tu, aku berhenti di selang sebuah rumah. Aku tak faham kenapa, bagaikan hilang satu beban dalam dada aku. Seakan-akan bila aku melepaskan nafas, ada rindu keluar bersama. Hari itu aku sedar, aku merindui dia. Aku merindui suaranya, aku rindu tawanya, aku rindu sipunya. Di situlah tempat aku jemput dia untuk keluar dulu sewaktu perkenalan kami. Mulai dari saat itu, aku akan ingat sampai mati bahawa setahun selepas penceraian adalah saat-saat paling gelap dalam hidup aku. Malam-malam menunggu tidur itu waktu paling menyeksakan untuk aku..sebab waktu itulah bayangan dia akan datang. Terutama kalau kepala aku memainkan semula detik dia berdiri di depan aku dengan air mata bergenang merayu diberi satu peluang. Kenapa tak ada rasa kasihan pada dia waktu itu pun aku tak tahu. Aku lebih memikirkan diri sediri, betapa aku terasa tertipu ketika itu. Padahal aku yang mengkhianati dia, mencabul kepercayaan dan harapan dia. Aku memang lelaki yang bodoh, slow, tak ada perasaan. Setahun masa aku ambil untuk mulai menghargai dia. Waktu yang cukup lama, cukup untuk dia pergi menghilangkan jejaknya. Nombor lama tak dapat dihubungi, rumah sewa dah tak ada orang, tempat kerja pun dah bertukar.

Sampai tekad, aku aku hubungi kawan aku Mat. Isteri dia yang kenalkan aku dengan ex-wife aku. Pergi main bowling dekat satu shopping complex. Waktu game tu aku tak berani langsung sebut pasal ex-wife aku. Lepas tu bawak ke kedai makan. Kami minum-minum sambung bersembang. Sampailah satu awkward silence datang.
“Apa khabar dia Mat?” Berat, perlahan suara aku keluar. Sukar pertanyaan itu aku lepaskan dari bibir. Aku terlalu rindu. Mat suruh aku lupakan dia. Tak adil baginya kalau aku mencari dia sekarang. Hanya satu senyuman pahit dapat aku bagi pada dia. “Kat mana dia sekarang Mat?” Mat cakap dia tak tahu dan mencadangkan aku tanya mak ayah mentua aku. Macam mana aku nak pergi Mat. Habis iddah aku tak hantar dia balik pun. Dia balik sendiri. Mak ayah dia telefon dulu pun aku buat tak tahu. Sengaja aku tak angkat call dari sesiapa termasuk mak ayah dia, adik beradik, pakcik makcik, termasuk mat dan bininya masa tu. Besar calit aib aku bagi pada keluarga dia. Memang belum cukup tebal keberanian aku nak pergi jumpa mereka.

Setiap kali aku sibukkan diri dengan bekerja, aku boleh alihkan fikiran aku dari dia. Tapi bila projek dah siap, aku dah tak sibuk, aku dah balik rumah, pergi pejabat macam biasa, bayang-bayang dia datang balik. Aku tak boleh duduk diam. Malam-malam menunggu lena itu waktu paling menyeksakan untuk aku. terutama kalau kepala aku memainkan semula detik dia berdiri di depan aku dengan air mata bergenang. Saya tak berniat nak tipu awak.. berilah saya satu peluang untuk baiki diri saya. Bodoh, Faizin. 2 tahun lepas kau berpisah dengan dia baru kau kenal diri dia, baru kau kenal diri kau.

Dah masuk 3 tahun kami bercerai. Fikiran aku dah boleh lupakan bayang-bayang dia. Tapi tangan aku gatal search nama dia di FB. Ada! Tak private! Ya Allah… Aku dengan rakus scroll timeline dia. Tak ada satu pun gambar dia. Cuma ada gambar kanak-kanak tadika ramai macam beratur nak ambil makanan. Aku scroll lagi. Ada! Ada orang tag gambar dia! Wajah semanis dulu, senyuman semanis dulu, raut malu-malu memang macam dulu. Datang balik memori-memori lama kami.

Rezeki kami kahwin, aku dapat kunci rumah baru dua hari lepas bernikah. Betapa kami excited nak hiaskan rumah. Ini bilik kita, bilik itu bilik tetamu, bilik ni letak almari, bilik lagi satu spare buat bilik baby. Suka aku mengusik dia waktu tu. Aku kata padanya, bilik baby nak letak crib tiga. Biar jadi doa kembar tiga anak sulung kita. Perkataan favourite dia kalau sedang tahan malu ialah “Eleh awak ni.” Waktu tu aku akan pegang pipinya. Sebab waktu tu pipi dia akan merah panas tahan malu. Agaknya panas macam tu jugak waktu dia menangis dulu. Sepanjang perkahwinan, sepanjang menanti tamat iddah, sepanjang dia terfikirkan penghinaan yang aku zahirkan padanya.

Kenapa kau cari pasal, Faizin. Tuhan, rindu aku datang kembali. Aku istighfar banyak-banyak. Aku tutup laptop, pergi wudhu dan mengaji. Satu mukasurat, badan aku dah terhenjut-henjut menahan tangis. Air mata, hidung dan mulut semua keluar. Kali ini tak ada orang dapat menenangkan aku, sebagaimana dulu aku membiarkan dia menahan tangis saat dia menceritakan rahsia aibnya padaku. Balasan ini terlalu pedih ya Allah. Terlalu jauh perjalanan aku untuk berpatah balik ke jalan ini, ya Allah. Terlalu banyak air mata, terlalu banyak hati yang terluka.

Aku call mak aku. Kali ini aku tak tahan dah, aku ceritakan semua kepadanya. Aku jadi cengeng macam budak tak cukup umur. Aku tak peduli apa dah masa tu aku menangis sepuas-puas. Bila dah makin reda, mak panggil nama aku. Faizin, mak nak kau balik rumah mak hari ni. Kemas barang kau cepat. Macam kanak-kanak, aku turutkan kata-kata dia. Malam tu jugak aku balik. Aku sampai je mak dengan ayah dah tunggu kat dalam rumah. Selepas bercerai, memang aku jarang balik rumah mak ayah. Raya je balik, itu pun sehari. Tahun pertama sebab aku marah. Tahun kedua ketiga sebab aku malu dengan diri sendiri.

Mak dan ayak kata mereka tahu apa yang telah berlaku sebenarnya. Selepas kami bercerai, mak selalu telefon dia. Aku tahu memang mak suka dengannya sejak kali pertama aku bawa dia pulang kerumah dulu. Tapi memang aku tak tahu yang mereka masih berhubung. Aku yang tak pernah bertanya. Macam mana nak tanya, balik pun tak.
“Abang nak jumpa dia?”
“Abang kata abang nak minta maaf?”
“sekurang-kurangnya bila abang dah minta maaf secara berdepan, abang boleh berhenti menghukum diri sendiri.”
Tak terjawab soalan-soalan itu. Apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku ni ya tuhan.
“Ambil cuti. Abang pergi Segamat hari ahad ni. Nanti mak bagi alamat.”

– Faizin Islam

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

33 Comments

    • dah cari smpi bln 3.. mungkin tlepas pandang kot… heee.. btw thanks..

      cuma nak tau la kalau awak ikut cite nie, dia nak salahkan diri dia sendiri ke, dia nak salahkan exwife dia? sbb banyak ckp pasal dia menyesal xjaga wife btul2.. tp dalam post ke3 nie, dia ada ckp btapa hebat permainan exwife dia… pandai dia blakon smpi ramai tertipu..

    • Part 1 dia cerita knp dia ceraikan isteri dia. Sbb dari segi penampilan nmpk mcm baik2 alim gitu. Tp bila dah kawen baru dia tahu isteri dia xreti mengaji (& solat juga kot). Umur 25 baru nk start.

      Tp isteri dia baik sgt n sgt struggle nk berubah.

      Masa cerai dia mcm xrasional sbb rasa tertipu.

      Then dia menyesal.

      Lbh kurang cmtu la ceritanya. Xigt sgt. Huhu

    • uik.. mcm tu citanya… hmmm… pada cerita laki tu mmg nak salahkan diri sendiri.. cumanya, bila tgk part 3 nie, dia ada sebut,
      “hebat permainan dia(bini)”
      “ramai yang tertipu”
      mcm dia masih ada sekelumit rasa nak salahkan bini..

      ntahlah… tugas suami nk kena bimbing.. nie isteri dia sendiri yg cari pun dia xleh trima… hmm..

    • Rasanya dia ckp pasal permainan wife dia tu, dari pemahaman, rasanya isteri dia dah buat sampai dia gila talak…bkn sbb penipuan tu…rasanya la

  1. Saye pun rase da trperangkap cinta jugak… Trperangkap cinta dengan pnulis cerita ni… Btw awak nie bgusla tlis crita ade pngajaran tpikan lagi bgus kalo kita berdua kahwin awak… Yela kalo kita da kawin nnti xya awak pning2 nak cri hero novel awak sbb saye bole jdi hero novel awak… Bkan hero dalam novel je dalam realiti pun same… Hero tuk awak sorg ja… ;) ;) ;)… Huhuhu…

  2. Biar la rekaan ke apa ke…yg pnting pngjrn d sebalik cerita
    Tak rugi apa2 pun klau kita tlong doakn yg trbaik..setidak2nya doa utk diri sendiri & keturunan kita..peace no war✌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *