Adik beradik pemalas

Assalamualaikum wbt.
First sekali, korang baca tajuk tu.. "Adik beradik pemalas". Haha so basically cerita aku tentang adik beradik aku yg pemalas.
Macam ni sebenarnya, emak aku dah meninggal dunia masa aku kecik lagi, masa aku umur 10 tahun. Masa kecik, aku still boleh ingat mak aku ajar adik beradik aku buat household chores macam cuci pinggan, sapu sampah, mop lantai apa semua tu lah. Pendek kata, rumah aku memang squeaky clean and siapa menyepah rumah memang kenalah dengan mak aku. Maybe sebab mak aku dah tahu dia hidup tak lama (diagnosed with liver cancer) yang membuat dia berusaha untuk didik anak dia surviving skills. Survive at home, at least. Haha
Tapi bila mak aku meninggal dunia, aku tinggal dengan ayah and adik beradik aku lah kan. Tapi, semua macam lupa apa yang mak aku ajar kt dorang. Lelaki punya lah ego, dia ingat kerja rumah tak payah buat. Dia ingat tu semua kerja perempuan semata2. Kau bayangkan dari umur aku 10 tahun, aku urus diri aku sendiri dan SEMUA ORANG DALAM RUMAH. HAHAHAHA . Ye, dari kecik aku basuh baju, sidai baju, lipat, simpan baju. Sapu, mop lantai, pergi kedai beli barang rumah (time kecik ada kakak aku bagi list then tunjuk je kt abg kedai tu).
Aku cuba escape dari rumah weh, aku belajar betul2, masuk asrama then masuk universiti. Bila masuk asrama ni, aku balik memang jarang2 lah, adalah sebulan ke dua bulan sekali. Korang tau tak setiap kali aku balik tu, baju menimbun2 tak berlipat, ada jugak tak berbasuh. Lantai berapa lama tak sapu, pinggan tak payah cakap lah. Buang sampah pun pemalas. Tau makan je dorang ni.
Sekarang aku dah kerja. Tapi aku still duduk rumah ayah aku. Aku hadapi benda ni setiap hari. Tak malu kot lelaki2 dalam rumah aku tu tengok aku buat kerja sorang2. Padahal bila anak bini datang (LDR) , rajin pulak abang aku tu. Haha lawak. Selalu dalam fb dia share pasal agama2 dan pernah 1 hari aku perasan dia share pasal lelaki kena buat baik pada kaum hawa. Pada aku, dia cuma buat baik pada isteri dia dan mertua dia tapi dia terlepas pandang, dia menyepah rumah tu dah menyusahkan aku.
Oh ye, kalau korang nak tau aku duduk dalam rumah tu bersama 5 orang adik beradik. Kau bayangkan aku bujang macam membela 5 anak. Tapi semua dah besar woi. Hahaha.
Baik laki, baik perempuan semua pemalas. Semua kerja rumah aku yang buat. Mungkin sebab aku tak tahan tengok keadaan bersepah but they can stand it. I can't believe this!
Kesimpulannya, nanti korang ada anak, ajalah anak untuk buat kerja rumah (konon2nya kerja wanita sahaja). Puihh. Divide2 lah kerja, tak salah kan. Nabi Muhammad SAW pun bantu isterinya buat kerja di rumah. Jom contohi baginda :) Semoga kita tahu apa tolak ansur dalam hidup bekeluarga yang sebenarnya.
By the way, aku just cerita kat sini as a form of luahan perasaan dan berharap korang dapat buka minda untuk menyedari yang kerja rumah bukan pada wanita saja. Ianya tugas bersama. Wassalam.

– Sherry

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Thank you for sharing this.
    Kadang-kadang mak bapa pun terlepas pandang. Semua kerja rumah nak dibebankan pada anak perempuan saja. Bukan itu caranya nak mendidik anak lelaki yang ringan tulang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *