bila aku boleh dapat kerja ni ????

Assalamualaikum…
Aku ada benda nak di luahkan..

Aku cemburu bila tengok kawan2 yg ada kerja bagus2, sambung belajar tinggi2, ada yg berkeluarga.. tp aku ? tak ada apa yg nak di banggakan .. hahaha

Aku sangat tak puas hati dengan majikan yg iklankan jawatan kosong, panggil temuduga dan hanya nak bagitaw permohonan di tolak sbb tak ada pengalaman..
Macam mana pengalaman tu nak datang kalau langsung tak di beri peluang bila sikit2 kena tolak atas dasar " tak ada pengalaman " ..
Nak kerja pam minyak tu pon kena ada pengalaman dik non oi.. haha

Dan penyudahnya aku masih di sini menjadi penganggur terhormat.. hahaha..
Aku dah berusaha mintak kerja sana sini tp bukan rezeki aku..
" tak kerja pon takpa mak abh hg org berduit "
Kawan2 aku tak paham, yg berduit tu mak abah aku bukan aku, aku nak jugak cakap " mak abah nak apa, nak p mana cakap la nanti adik beli/bawak" dengan hasil titik peluh aku sendiri..
Takkanlah aku dan besar2 ni asyik nk mintak duit ja, aku taw malu kot..
Ayat yg aku takkan lupa sampai bila2
" tu la bodoh tolak sambung belajar kan duduk rumah ja sekarang"..
OK , aku bodoh pada pandangan orang tp dah aku anggap bukan rezeki aku, mungkin rezeki orang lain yg lebih berhak..
Mak sakit dan takkanlah aku tergamak nak tinggal mak yg tengah sakit2 masa tu, nak tinggal abah yg tak berapa sihat jgk jaga mak, urus rumah, makan pakai masa tu..
Mak suruh pergi tp aku yg tak mau..
Aku tak sanggup..
Kenapa masa kecik2 mak boleh bela aku, jaga makan minum pakai aku, basub berak aku dab bila besar aku nak tinggalkan dia..
Mak abah harta berharga aku..
Aku ingat lagi waktu mak kena bedah, aku tunggu sorang2 depan bilik bedah dari pukul 2 ptg sampai 10 mlm tak berganjak makan minum sebab aku nak tunggu mak keluar, aku nk cium muka mak, aku takut tu kali terakhir aku tengok mak..
Alhamdullilah dah setahun berlalu mak pon dah semakin sihat dan aku pon boleh lebih pergiatkan usaha cari kerja dan semoga bukalah pintu hati2 majikan2 nk ambik aku bekerja..
Doakan aku :)

*kalau tak dapat jugak kerja, sapa2 yg bujang tu bolehla buat aku jadi bini, aku masak sedap :p.

– anak mak abah yg comel :)

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

4 Comments

  1. relax ja sis, rezeki tu akan sampai.cuma sekarang ada peluang ngadap muka mak abah hari2, ngadap la puas2.tolong mak kat rumah..rezeki bukan setakat kerja.macam2 rezeki ada..femeli bahagia pun rezeki.kalau minat meniaga cuba mula kecik2 dulu.dropship pun ok..jadi freelance proofread thesis pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *