Saya student uia. Just nak tanye. Kat mana nak dapatkan rawatan untuk kemurungan dan sebagainya. Simptom tekanan ni macam nampak sangat sebab pernah check tanda-tanda tu. Tak tahan lah macam ni. Emosi pun tak stabil. Susah nak tidur. Kadang-kadang fikir banyak sangat benda sampai tak boleh tidur. Ada ketika rasa takde tujuan hidup. Rasa mati lagi bagus. Tapi kalau cakap macam tu kat orang, nanti orang kata macam tak ada agama pulak. Maabah pun tak faham situasi saya ni. Kena marah sokmo. Saya tak suka nak bercampur dengan orang sangat sebab mudah rasa irritated, menyampah, serabutnyaa. Baik saya duduk sorang-sorang dalam bilik. Nak baca nota ke buku ke, pun tak boleh nak fokus. Asyik ulang-ulang benda sama last-last tak nak dah study. Macam mana ni. Stress sangat. Saya tak nak go to counselor sebab saya tak caye orang sangat. Kadang-kadang saya boleh termenung lamaa sangat tanpa sedar. Saya tak nak jadi macam ni. Tak mintak pun untuk jadi macam ni. Risaulah kat pelajaran. sometimes saya terfikir nak beli ubat tidur, nak rehat dan tidur nyenyak lama-lama. saya jadi mudah marah dan emosi sangat senang nak berubah. Tak sukanyaaa. Please please. Bagi idea macam mana nak buat.

– kajol

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

17 Comments

  1. main dengan kucing. ada duit pegi vacay. tdo hotel. mandi swimming pool. berendam lama2. ni cara duniawi. cara ukhrawi, solat, nangis atas sejadah, zikir, keep on dgr zikir ulang2 sampai hati jadi lembut. tarik nafas, bayangkan bila bangun esok ada duit 2.6B dlm akaun. hurmm

  2. Watch anime, movies. Lot of anime yg boleh bagi lesson utk kita.

    And pergi jumpa psychiatrist juga.
    I faced the same problem as yours.
    Even I think specialist tak la bantu sgt. But sometimes it’s relieving.

    List of anime yg aku rasa sesuai.
    1. Fairy tail
    2. Nisekoi
    3. Akagami no Shirayuki hime

    List aku bagi ni. Anime yg pasal kehidupan dan masalah yg timbul but always success to overcome.

    Try la. But don’t be too addicted. Haha

  3. kajol..sy prnh alami situasi mcm awk..sy pulih dgn sndri..tp situasi sy lbh teruk dr awk..smpi tdgr suara2 di telinga..setahun sy jd mcmtu..smpi sy hlng ingtn..satu haru tu sy main pisau..antara sedar dan x..sy hiris pergelangan tgn..smbil main darah,sy ketawa..menangis,mrh..dan sbginya..tiba2 sy bgun..lwn sglnya..terus terang sy katakan..sy xmpunyai kwn atau sape2 pun..time tu sy tarik nafas,sy jerit ALLAHUAKHBAR..sy ambil gunting dan niat dlm hati jauhkan aku dari sgl kemurungan dan kekusutan serta bisikkan syaitan..sy potong rambut..dan pengsan..lps sejam sy sedar..sy umpama dlahirkn smula..and sy pergi mndi..keadaan mcm bru lahir..nsht sy..jgn biarkn diri awak keseorangan..cari teman utk bbual..bz kan diri dgn aktiviti bfaedah..percaya pd diri awk sndri..percayalah..awak akan pulih nnti..

  4. Seeking for help is the first step. Minta tolong dari Allah. Minta tolong dari kawan (yang kamu rapat). Minta tolong dari kaunselor atau psychiatrist. Anda jumpa psyhiatrist, bukan bermakna anda gila. Ramai orang prone to depression. Motivasi untuk keluar dari masalah /face masalah itu bermula dalam diri. Kena latih minda jadi positif bahawa ‘aku kena lawan semua perasaan aku ni’. Mainan psikologi yang negatif perlu dilawan dengan psikologi yang positif. Boleh try cari group @depression survivor (malaysia) di facebook. Saya juga dalam tu.

  5. Ramai org yg beranggapan depression ni sama dgn dengan stress je. Sbb tu org suruh awk ubah mindset, be positive dan sebagainya.

    Tak percaya org tu pun kemungkinan besar mmg sebab depression awk tu. Dan juga disebabkan stigma masyarakat yang salah mengenai depression. Insya Allah kalau sis jumpa kaunselor dan psychiatrist, mereka takkan judge sis :)

    Segeralah jumpa pakar sebelum makin teruk ye.

    Sy taktahu sis duduk mana. Tp kalau area KL slgr, hospital kerajaan boleh ke HKL/ HUKM/ Selayang dan byk lagi. Atau boleh rujuk https://mmha.org.my/resources/directory-of-psychiatric-services-in-malaysia/ utk senarai penuh.

    Kebanyakan hospital kerajaan perlukan surat rujukan. Jadi boleh dptkan surat rujukan dulu dimana2 klinik. Pergi klinik cakap nak dptkan surat rujukan utk jumpa pakar psikiatri.

  6. Jangan malu dik , dapatkan rawatan psychiatric. U cannot help it. Makin cepat rawat, Makin cepat sembuh. Dr sangat memahami adik. Ajak lah kawan Atau sesiapa yg rapat temankan. Kalau tidur tak cukup nanti Makin parah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *