Kalau kita jamu mereka dengan rezeki, Allah jamah kita dengan rezeki.

Sejak saya mula berbisnes, saya tak pernah share apa-apa tips tentang bisnes. Biarpun tidak rancak di facebook mahupun instagram, hanya orang-orang tertentu saja tau betapa banyaknya order yang saya terima.

Saya ingat lagi, ada satu masa tu saya nak menjual tudung syria labuh. Dan masa tu, dalam bank saya cuma ada RM63 sahaja. Nasib baik jugalah sahabat baik saya membantu dari segi modal. Alhamdulillah tanpa disangka-sangka, dengan pembelian hanya 10 helai tudung syria (nak beli banyak, duit tkde) saya terpaksa restock berkodi kodi tudung syria.

Prinsip yang saya pegang sehingga harini, bila kita meraih untung ingat tentang dua perkara:
1- Jangan lupa untuk menjamah ahli keluarga dengan makan free.
2- Jangan lupa jamah kawan-kawan makan free

Apabila kita menjamah mereka dengan rezeki, Allah akan menjamu kita dengan rezeki. Walau sesikit mana pun untung yang kita raih, tapi sekurangnya ada la sikit utk kita jamah mereka dengan apa yang kita ada.

Lagi satu, jangan pernah kedekut dengan apa yang kita ada. Iaitu bersedekah. Jangan pernah kita pandang siapa yang meminta sedekah itu. Tapi berilah sebanyak mana yang kita mahu. Dan, jika ada yang ingin berjaya seperti kita, jangan pernah kedekut untuk kongsi sama-sama.

Memang, bila berbisnes akan ada banyak pesaing. Tapi, jika Allah kata rezeki itu milik kita, ianya akan menjadi milik kita. Tak semestinya kita ni seorang yang berjaya, customer suka dengan layanan kita. So, make your customer be your friend eventho they are strangers at first :)

– Sis Larza

CREATE A POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *