Dugaan Bertunang

Alhamdulillah jika Confession aku disiarkan.. Terima kasih. Aku insan bernama Alin (bukan nama sebenar). Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata.

Kisah yang aku ingin kongsikan hanyalah secebis kenangan pahit ketika aku di usia muda. Waktu aku di fasa-fasa pertunangan. (bukan dengan suami ku yang sekarang).

Perkenalan aku dengan ‘M’ hanya la kawan biasa di bangku sekolah menengah. ‘M’ seorang remaja yang bijak. Aku ketika itu hanyalah gadis biasa sahaja. M mula tertarik dengan aku, walaupun kami berlainan kelas.

Tapi disebabkan subjek pen.islam, ustazah yang mengajar kami adalah ustazah yang sama. Kerap juga lah ustazah itu buat kelas tambahan (kelas fardu ain) sebelum kelas bermula. Disitulah kami mula kenal. Ketika tingkatan 4, kami masing masing pindah sekolah berasrama.

Selepas tamat sekolah,dan tamat pembelajaran kami di ipta. Kami berjumpa buat pertama kali. (Disebabkan aku ada berhubung dengan kawan kawan sekolah menengah.

M dapat nombor telifon aku dekat kawan dia). Disekolah dulu aku anggap dia cuma kawan biasa sahaja,yelah waktu itu belajar pun tak tinggi mana (sekolah menengah) dah sibuk nak bercinta..

Aku pun berjumpalah dengan ‘M’ setelah bertahun tidak ketemu. Terakhir jumpa pun ketika zaman sekolah.. M habis belajar dulu.

Waktu jumpa M, dia dah ada kerjaya sendiri, berkereta. Aku waktu tu baru sahaja habis belajar, belum konvo dan hanya berkerja sementara berstatus kontrak dalam agensi kerajaan..

Bermulalah saat percintaan kami. Dipendekkan cerita, waktu tu kami dah berumur dalam 24tahun. M menjemput aku untuk bertemu dengan kedua dua orang tuanya. M memberitahu pada aku, yang dia hendak bertunang dengan aku. Aku pun usulkan la pada kedua orang tua ku.

Alhamdulillah mereka semua setuju. Maka, bermula la saat aku menjadi tunangan buat si ‘M’. Kami rancang hanya ikat tali pertunangan selama 5 bulan sahaja. Hujung bulan 11 tunang, hujung bulan 4 , majlis pernikahan kami.

Fasa pertama awal pertunangan kami.. Alhamdulillah, indah indah sahaja. Balik kerja dijemput. Sebelum pulang kerumah M ajak aku minum petang bersama.

Kalau tempat yang M nak bawak aku tu diluar kawasan Bandar Kuala Lumpur. M akan singgah surau di stesen minyak atau masjid yang berdekatan. Saat ini aku rasakan beruntungnya aku dapat bakal imam macam M ni..

Hari minggu jika M ada masa lapang dan tiada kerja. M akan ajak aku keluar. Kadang kadang jalan ke ‘Shopping Mall’.

Kalau tidak kesana, M ajak aku kerumah orang tuanya. Minum petang, sembang sembang dengan keluarga dia. Bersyukur sangat keluarga M boleh terima aku dengan kerjaya aku yang biasa sahaja ketika itu.

Bulan kedua fasa pertunangan kami, M dah mula tunjukkan sikit demi sedikit ‘cemburu’ dia pada aku. Mula mula awal pertunangan kami, jari manis aku memang tidak ada sebentuk cincin atau aksesori pada aku. Aku ketika itu hanyalah gadis yang biasa biasa sahaja.

Tidak pandai ber ‘make up’. Fasa awal pertunangan itulah baru aku belajar pakai cincin. Ketika M menjemput aku dari pejabat. M perasan cincin dijari manis ku tiada. Aku betul betul terlupa untuk sarungkan balik selepas selesai solat zuhur tengahari tu.

Aku dah terangkan dekat M, yang aku terlupa dan tertinggal dalam meja pejabat aku. Mula dari inilah M mula buat andaian yang bukan bukan dekat aku.

M kata, ‘Ooo.. silap silap awak tak pakai pun cincin tunang ni kan??. Awak tak nak abang abang pejabat awak tahu awak sudah bertunang dengan saya kan..??’..

M sudah mulai kongkong hidup aku. Nombor kawan kawan lelaki aku dalam telifon bimbit, M dah mula selidik. Tidak lama itu, M belikan aku telifon bimbit dan nombor yang baru.

M tidak bagi aku berhubung dengan mana mana lelaki selain dia. Aku pun tidak tahulah kenapa M cemburu sangat dengan aku. (Seperti yang aku jelaskan tadi, aku hanya gadis yang biasa biasa sahaja, tidak ber ‘make up’ , kulit sawo matang, kurus tinggi 168cm)

M paling tak suka kalau aku terpandang lelaki lain ketika kalau kami jalan bersama. Hanya terpandang bukan sengaja. Itu pun akan jadi punca pergaduhan kami.

Bila sudah masuk fasa bulan ketiga pertunangan aku dengan M. Aku mula rasa tertekan sangat dengan keadaan macam ini. Kadang baik, kadang bergaduh.

Kalau bergaduh bukan biasa biasa M buat dekat aku. M akan buat andaian yang bukan bukan terhadap aku, dia akan tuduh aku ada lelaki lain.

Kalau waktu dia ‘call’. Aku tidak sempat angkat atau balas mesej dia. M kongkong setiap apa sahaja yang aku lakukan dekat pejabat.

Ada suatu hari itu, M ‘follow’ aku sampai ke tangga KELUAR di pejabat aku. (jika staff hendak ke tandas atau ambil wuduk, perlu melalui kawasan tangga itu). Dia call aku, aku bagitahu dia aku hendak solat zuhur.

Aku keluar sahaja ke tandas. Aku ternampak M berdiri kat tangga tu. (M berkerja sendiri, kalau dia tidak sibuk dengan kerja diluar, dia akan pantau setiap gerak geri aku). Allahuakhbar..terkejut aku ketika itu, sampai kesini dia ikut aku.

Dia memang tidak percayakan aku. Kadang kalau aku lambat balas mesej dia. Dia akan kacau kawan rapat sepejabat dengan aku.

Jikalau kami bergaduh, jika waktu itu dirumah, M akan ‘contact’ adik beradik aku pulak. Lama kelamaan aku betul betul tertekan dan serabut dengan masalah aku lalui ini.

Aku malu dengan orang sekeliling aku. Kadang masalah pergaduhan kami kecil sahaja, tapi M akan melibatkan dengan orang sekeliling aku. Aku setiap hari berdoa, minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat aku.

Apa yang aku amalkan selepas solat, aku berdoa mintak Allah permudahkan segala apa yang aku lalui sekarang ini.

Jika M jodohku, engkau permudahkanlah segala kesulitan yang aku tempuhi, jika dia bukan jodoh buat aku, Engkau jauhkan lah dia dari aku dan tunjukkanlah yang terbaik buat hambaMu ini.

Tapi aku dengan M tetap buat persiapan untuk majlis kami. Baju nikah siap ditempah, kad kahwin siap dicetak dan ada yang dah diedarkan pada saudara mara terdekat. Tapi aku tidak sedap hati.

Walaupun kad kahwin dah ada ditangan aku. Aku tak edarkan pun pada kawan kawan waktu aku belajar dulu. Kawan sepejabat aku pun aku tak bagi lagi pada diorang. Kawan kawan aku tahu, yang aku akan berkahwin dengan M lagi 2 bulan sahaja lagi.

Waktu itu, urusan 85% dah selesai, urusan borang untuk kahwin pun kami dah ‘submit’ dekat pejabat agama. Baju persalinan untuk majlis pun kami dah ‘booking’. Aku mula rasa ragu ragu dengan keputusan yang bakal aku buat ni.

Fasa ke empat. Kemuncak bagi aku untuk tamatkan semua masalah ini. Aku dah betul betul tidak tahan untuk tempuhi fasa pertunangan dengan M. Aku dilakukan seperti tunggul, M suka tuduh aku yang bukan bukan.

Aku tidak boleh lupakan saat ini. Waktu itu, M menjemput aku dipejabat, kami bergaduh besar. (kami bergaduh besar dalam kereta. Bahaya sangat,uolls jangan tiru ya!!) Seingat aku kami mula bercakar cakar.

Sampai berdarah tangan aku dan dia. Aku lupa kes apa yang kami gaduhkan. Aku geram. Dah lama aku pendam.

Aku gunakan kudrat yang aku ada aku tertumbuk muka M. Bergegar jugak la kepala dia. Terus M berhenti tepi jalan. Sambil aku menangis sepuas-puasnya, aku beritahu dia yang aku hendak putus tunang dengan dia.

Aku tidak tahan dengan keadaan macam ini. Aku bukan tunggul, untuk dia tuduh aku bukan-bukan, kehidupan aku dikongkong oleh M.

Sampai sahaja dirumah. Aku bagitahu kedua orang tua aku, yang aku tetap hendak putus tunang dengan dia. Ibu ayah aku ikut sahaja keputusan aku, itu sahaja jalan terbaik buat anak dia.

Memang ini kerja paling gila aku pernah buat dalam hidup aku. Majlis lagi sebulan sahaja lagi, semua urusan dah selesai, tinggal untuk hari pernikahan sahaja.

Kalau diikutkan perasaan MALU itu, memang aku malu, malu dengan kawan-kawan sepejabat aku, saudara mara aku dan orang sekeliling aku.

Sifat malu itu aku buang jauh-jauh. Aku tekad, aku dah buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku. mungkin Allah dah bantu aku untuk selesaikan masalah yang sedang aku alami.

Alhamdulillah.. Syukur sangat diatas doa kedua ibu bapa aku.Dan doa aku dimakhbulkan.. Selepas aku putus dengan M, Subhanallah..aku rasa hati ni setenang-tenangnya macam air dekat lautan tu..

Semakin bertambah usia, semakin banyak ujian dan dugaan yang Allah kurniakan buat hamba-hambaNya. Seberat mana pun dugaan dan ujian itu. Bersabarlah, Allah tahu kita mampu untuk tempuhinya..

Tamat…

– Alin (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *