Dilema Seorang Lelaki

Assalamualaikum. Aku Taufik(bukan nama sebenar). Aku Seorang lelaki yang berasal dari kampung di sebuah negeri di pantai timur. Sudah lama sebenarnya aku ingin luahkan isi hati ni. Tapi aku xtahu dimana tempat yang terbaik. Tadi sambil aku berfacebook, tiba keluar ruangan ni. Maka aku pun usya dan banyak cerita yang berkisahkan kehidupan disini. Jadi aku ambik inisiatif utk berkongsi disini jika admin izinkan. Jazakallah.

Berbalik kepada kisah aku. Aku seorang lelaki yang berusia lewat 20-an. Aku anak sulung dalam keluarga dari 5 adik beradik. Aku dibesarkan dalam suasana kampung dan sederhana. Ayah dan ibu aku cuma kerja biasa biasa dan kerja kampung. Didikan yang diberi cukup baik dari segi ilmu agama dan ilmu dunia. Aku x salahkan mereka aku jadi begini.

Straight to the point, aku seorang yang telah terlibat dengan dunia songsang, iaitu gay. Aku terlibat secara langsung dan secara serius sejak tahun 2010, selepas aku sambung pengajian di peringkat universiti di ibu kota. Aku mula kenal apa itu dunia gay yang sebenar. Sebelum ni aku cuma ade perasaan meminati kaum sejenis, tidak lagi berani untuk terjebak sejauh ini. Tapi, selepas aku di Universiti, aku terdedah lagi luas dalam dunia songsang ni.

Sebenarnya naluri ni dah ade dalam diri aku sejak aku sekolah menengah lagi. Tapi tidak secara terdedah. Semasa di universiti, sumber dan kemudahan internet ade, jadi aku mulai kenal ape itu term-term yang golongan ini sebut, buat dan gunakan. Website dan Aplikasi-aplikasi yang berkaitan dunia ni boleh di download di Google Play. Gejala dunia gay ni sebenarnya amat merisaukan dan tersebar dengan pesat dalam masyarakat kite skrg. Sepanjang aku terlibat dgn serius dalam dunia ni, sepanjang lebih kurang 6 tahun, macam macam jenis aku jumpe dan lihat.

Serius, masyarakat kite diluarsana dah parah. Cuba bayangkan, aku cuma nk berkongsi pengalaman aku. Aku dikurniakan Allah dgn rupa paras yang boleh dikatakan cukup Ensem dan tidak lembut. Memang org sekeliling aku xkan perasan yang aku ni gay. Ia dipanggil Straight Act dlm dunia gay atapun nama glamer People Like Us(PLU).

Bayangkan, Kalau aku pergi mana program ataupun tempat baru,mesti akan ade golongan perempuan mudah mesra dgn aku dan jika berurusan dlm jngka masa yang lame org cakap comfirm boleh jatuh hati. Sebab aku ni jenis peramah dan mudah mesra dengan org yang baru kenal. Mase kt uni dulu, ramai juga la yang meluahkan perasaan kat aku, tapi syg, aku terpaksa tolak. Sebab nya, aku dah kapel dgn seorang perempuan ni sejak dari sekolah menengah lagi. Bayangkan. Aku jenis yang setia dgn perempuan. Tapi itulah masalah aku. Aku terjebak dgn dunia songsang ni.

Kembali ke cerita tadi, korang percaya tak, ramai golongan suami di malaysia ni terjebak dan ketagih dengan lelaki? Faham x, LELAKI. Bak kata harian metro dulu, Maduku seorang lelaki. Yes. Aku setuju dengan tajuk tu. Ramai sangat golongan yang berstatus suami orang ni ade affair dengan lelaki( Termasuk aku). Aku baru kahwin 6 bulan yang lepas. Berapa ramai yang dah aku korbankan sepanjang penglibatan aku dalam dunia yang x bermoral ni. Melebihi 2000 orang dan LEBIH. Faham x, lebih. Bertapa ramai gile kaum lelaki ni yang terjebak dengan dunia PLU ni. Dimana mana tempat wujud, melalui aplikasi @ melalui pandangan mata dan perwatakkan. Hanya golongan gay kenal gay. Melalui perhiasan di tubuh seorang lelaki pun kite boleh ditect samada dia tu gay @ x. Contoh, subang telinga, gelang kaki, gelangan tangan dan pakaian.

INSAF? Aku sebenarnya lame dah nk Taubat dan nak cuci tangan dalam dunia ni. Tapi, tiap kali aku menyesal, semayang taubat, nk jauhkan diri, tiba datang plk dugaan. Kadang lelaki yang kachak, body tegap, muka ensem, baik dan cukup pakej. Hancur semua penyesalan aku. Aku jenis yang x suka lelaki lembut. Aku fokus kepada lelaki yang dilihat sebagai seorang lelaki. Yer. Lelaki Straight Act. Mcm aku. Aku pun x pasti sampai bila aku akan terlibat. Jauh disudut hati aku, aku nak sangat kembali ke jalan yang diredhai Allah. Jalan yang lurus. Doakan aku yer. Moga aku kuat.

Tapi, dulu, aku terlibat tersangat kritikal dlm dunia gay ni. Seks bebas tanpa kondom. Ia sangat berisiko. Yer, sangat berisiko utk HIV merebak. Tapi, tahun lepas, Allah tegur aku dengan satu teguran. Allah tgk aku semakin jauh. Dia tegur aku dgn penyakit Sifillis. Yer, penyakit kelamin. Tapi penyakit ni boleh diubati. Alhamdulillah Allah x terus bagi aku HIV atas Kebebasan Seks yang aku amalkan. Bila nafsu menguasai diri, otak jadi terencat seketika.

Tapi ni dulu, mase aku tengah lalai dan kusyuk. Sebelum aku berkahwin. Aku bersyukur sangat sangat. Kalau tak, terus gelap masa depan aku. Syukur aku dpt peluang kedua melalui teguran Allah ni. Sekarang, walaupun aku dah berkahwin, tapi naluri utk melihat lelaki yang segak dan kachak tu masih ade. Kadang aku mengaku, aku masih lagi terlibat, tapi tidak seaktif dulu dan mengamalkan seks yang selamat.

Aku tahu, ramai akan cakap aku bodoh dan seangkatan dengannya. Tapi satu je aku nak cakap, kau x duduk dalam situasi aku dan kami, dan kau xkan pernah akan rasa. TAPI, ramai lelaki yang sebelumnya x terlibat dlm dunia gay, setelah dinodai oleh lelaki, xkira secara paksa, ataupun tidak sengaja, ia akan ketagih. Yer, KETAGIH dan akan mencari lelaki juga selepas tu walaupun dah ade isteri. Kepuasan yang dia dapat tak sama. Ini dari pengalam aku sendiri.

Ramai kawan yang aku kenal terlibat dalam kancah ni, pada mulanya bukan sukarela. Ade yang dipaksa, ade yang terjebak disekolah oleh senior, ade yang kerana duit, ade yang kerana sekadar ingin mencuba. Banyak sebab yang mendorong seorang lelaki terlibat dgn dunia ni. Ade juga kerana kecewa dengan seorang wanita.

Sebenarnya aku nak dedahkan lebih lanjut, tapi aku xtahu dimana yang sesuai, sesiapa yang nak terbitkan kisah berkaitan ni, boleh la contact aku melalui email [email protected]. doakan aku guys moga aku dapat berubah kejalan yang diredhai Allah. Sebenarnya aku rindu aku yang dulu, yang dekat dengan Allah. Dengan dgn Rasullulah. Aku pun tgh cari kekuatan ni.aku mohon, doakan aku. Moga Allah berikan sebenar benar hidayah utk aku bertaubat sebelum ajal datang menjemput. In Sya Allah. amin.

– Hamba berdosa

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

130 Comments

  1. Semoga saudara terus kuat dengan dugaan dari Allah dan semoga saudara dibukakan pintu hati utk bertaubat. Allah sgt sygkan hambaNya. Mungkin luahan saudara disini adalah salah satu jalan Allah utk bukakan pintu hati saudara. In shaa Allah. Masih belum terlambat, dan syurga Allah itu bukan percuma. Kuatnya saudara diuji sebegini. Doa kami semoga saudara kembali dan tabahkan hati. Setiap dugaan ada hikmahnya. Amin.

    • In sya Allah saudari. Doakan saye moga terus kuat utk berubah dan istiqamah. Saye tahu bukan senang, tapi tidak mustahil suatu hari nanti. Sy harap, moga dgn perkahwinan ni, Allah kembalikan sy seperti lelaki normal yang lain. Doakan.

  2. Aduh bro. I will never see men the same anymore. Jagalah pemly kau bro. Jgan nak sia siakan. Apapapu keep struggling.

  3. Teringat sorg kawan laki ditegur buncit..die kate kalo nk kempis sgt tu gay…haha..bole tau x ciri lain gay selain berpakaian persis model .sbb pnh de someone yg da kawen pon terjebak gk dgn laki..mmg golongan gay dah teruk n dorg dpn kita cm biase..kwn pompuan pon ramai n peramah..selalu ade rupa xleh la cayer sgt..

    • Hahaha. Berjaga jage dengan lelaki yang suka main gym dan sado. Tapi bukan semua. Part of them. Lelaki yang sintiasa perfectionist dlm pakaian, jgn keterampilan sgt pun mybe. Kiki. Tapi ni bukan semua, sebehagian la. Hehe.

  4. Teruskan melawan nafsu kau tu… Setiap kali nafsu dekat lelaki tu datang, kau bayangkan betapa remuknya hati isteri kau bila dia dapat tahu. Aku yang dapat tahu bf(dah jadi ex) aku gay pun boleh depress setahun dulu(nasib tak gila je), apatah lagi perempuan yg dah berkahwin, isteri yang dah bagi sepenuh hati dia dan kepercayaan dia dekat si suami. Kau boleh bayangkan remuk hati dia macamana? jangan buat orang kecewa teruk bro, tak baik. So all the best, ramai je kes gay yg straight balik bila dah kahwin, lecturer aku cakap perkahwinan boleh jadi salah satu terapi untuk seorang gay balik ke pangkal jalan.

    • Betul tu. Kesian kt isteri saye. Terpaksa berkongsi suami dia dgn org lain. Tq sis. Doakan saye. Moga saye terus istiqamah dlm perubahan. :-(

  5. Ingat Allah dah bagi 1st teguran melalui penyakit sifilis. Even, Taufik amalkan seks yang selamat kalau Allah nak bagi HIV bila2 boleh.

    Dan memang tu dah terjadi dekat salah seorang rakan gay yang saya kenal.

    Muda lagi 24 tahun, menyesal tak sudah sebab dah kena HIV. Dia juga amalkan seks selamat. Yang menanggung skrg dia, kami sbg rakan hanya mampu berdoa utk dia.

    Nasihat saya, Taufik cuba cari kawan2 PLU yg dah kena HIV, apa pendapat mereka. Mungkin dari situ akan timbul ‘tekad’ yang blh buat Taufik betul2 nak berubah dan kembali semula pada fitrahNya.

    • Betul tu sis. Tp x semudah ungkapan. Memnag boleh. Tapi hati kene kental. Sebenarnya saffie iliyas tu jadi inspirasi. Tahu bukan senang dia nk berubah tu. Memang kene bnyk kental, sebelum,semasa dan selepas berubah. Selepas adalah tempoh yg sgt bnyk dugaan. Setiasa ujian akan dtg. Moga kami istiqamah dan diberikan sebwnar benarnya hidayah oleh Allah. In sya Allah. Amin.

    • Allahu..kita semua masing2 adalah pendosa..masing2 dgn ujian….dekatkan diri dengan masjid…sy jg blm cukup sempurna krn masih mengharungi ujian..tp igt dunia ni hanya persinggahan..Apabila duduk d sejadah dan mengamati zikir insyaAllah kita akan terikat dengan tasbih..Cubalah?

    • In Sya Allah. Mungkin solat sy belum sempurna. Tapi sy bukan yg jenis sosial dan bebas. Jika kawan2 dan keluarga tgk, sy cukup baik dan memang menjadi idaman utk dijadikan suami. Tapi, inilah ujian utk saye di dunia ini. Doakan sy. Tq sis.

    • Aku mcm lelaki lain bro. Kawan lelaki straight, duduk rumh pun kawan2 opis aku. Cuma aku ade dunia kedua yang kawan rapat,fmly aku xtahu. Aku rahsiakan serahsia rahsianya. Sbb tu org yg aku kenal bkan dari dunia gay xkan syak.

    • Kahwinlah. Sunguhnya kahwin itu baik. Walaupun aku x baik, tapi banyak kebaikan yang aku dapat setelah berkahwin. Jgn takut saudari. Kite manusia x pernah sempurna. Kite manusia utk diuji, yakin la, kalau saudari x diuji dari sudut ini, akan ade ujian dari sudut lain. Setiap peringkat hidup ade ujian. Hnye patung je yg xde ujian hidup. :-). Btw, terima kasih atas doa saudari. Moga Allah balas dengan kebaikan.

    • Agak la. Menakutkan. Oh. Btw, blh buat saringan HIV / sifilis dulu before nk khwin. Dulu, prmpuan je kena screen kn…skrg, lelaki pun kita blh screen. Khwin ni, utk melindungi seseorg. Jdi mcm ni, mcm kena lindungi diri sndiri je dulu

    • Same la..dah la asyik kena main je dari dulu..ni dah jejak 32 thn mmg lg rase cam.hmm..tak kawen pon takpe kot sb baca kat luar sana mcm2. Huu moga penulis ini diberi hidayah berterusan..

    • Sis Safwah Abd Rahim II – memang sebelum kahwin akan ade saringan HIV di malaysia memang wajib sebelum submit borg nikah kt pejabat agama. Tapi Utk penyakit kelamin, x diwajibkan kt malaysia. Sifilis boleh diubati. Jgn takut utk berkahwin. Ramai yg di luar sana dpt penyakit kelamin swlepas suami curang, buat sex rambang dgn pelacur la, dgn byk pasangan la. Itu berkpmakna bukan sebelum kahwin je kene berjaga jaga, tp lepas kahwin pun lg bnyak dugaan. Kentalkan hati, kuatkan iman. Tidak berakhir disini.

    • Cik Shikin – kene main tu sbb lelaki ni x pernah puas dgn seorang. Terutama dgn pasangan yang membosankan ataupun yang jenis banyak kerenah. Lelaki sgt pantang. Ade pasangan yang menyakitkan hati @ menyerabutkan lg la buat lelaki pasang ramai. Apapin, terima kasih atas doa yg dikirim. in Sya Allah. Amin. Moga Allah balas kebaikan saudari.

    • May I meet my own other “self”. I protect myself, may I meet the same one. Not the trouble maker. Kalau x ready utk komitmen, nk brcintan-cintun tnpa sanggup alami badai ombak turun naik, don’t start the relationship. Live alone, die alone, don’t give trouble / burdens to others. Being in a relationship = giving n taking. Hurts are common. Sbb of course one of both mesti ada yg mengalah in certain things. Pray. Pray. I will keep pray. May Allah guide the best one

  6. Setiap org pn ade dosa. Takde yg bersih mcm malaikat.

    Ade org struggle ngn solat, ade yg struggle nk jauhi zina & jugak hubungn sejenis mcm pngalaman saudara.

    Cuma apa yg saya tahu, jgn skali2 bputus asa dgn rahmat & keampunan Allah. Mohon sungguh2 keampunan & jln keluar dr-Nya, sekalipun masih terbabas.

    Dan sbg manusia normal, kita seharusnya empati dgn golongan sebegini. Semoga Allah bg kekuatan & jln kluar buat saudara. Amiin.

    https://m.youtube.com/watch?v=YGQ3-zTuDFM

  7. Boleh x tolong senaraikan apps2 yg gay guna, bahasa isyarat, term2 yg diguna pakai dan attitude seorng PLU dlm menyembunyikan identiti dia supaya ramai perempuan2 di luar sana boleh berjaga2. Utk pendidikan dan pencerahan.

    • Boleh. App dia,

      1. Grindr
      2. Hornet
      3. Planetromeo
      4. Ade je group kt fb, taip je PLU. Bersepah keluar. Boleh kate setiap negeri ade group.

      Semua ni boleh dicari dlm google play.

      Nak tgk ramai lagi lelaki melayu yang terlibat(siap gambar muka dan body), search kt google, gay melayu. Akan keluar tumblr. Buka satu satu yg ade. Akan keluar( Terlalu terbuka) Maaf ye. Siap video.

      Term dia,

      B- Bottom ( Posisi Bawa )
      T- Top ( Posisi atas )
      F @ V – Flexible @ Versetile ( dua dua boleh).

      Nanti sy update lagi. :-)

  8. Kuatkan semangat. Lawan perasaan tu. I pun ada kawan gay ni. Memang sedih gak tgok dia kejap bertaubat kejap balik lagi perangai. Tapi as kawan kitorang memang marah dan halang kalau dia buat lagi perangai even kitorg pompuan. Setiap kali dia nk buat perangai dia gtau kitorg dulu supya dpt bntu dia. So trylah cari kawan2 yg open dan boleh bantu. Sebab peranan kawan ni penting. Nk minta bantuan family memang kena penampor jelah.

    • Haha. Memang betul tu sis. Kalau gtaw family, lg kusuk ade la. Bukan diorg nak paham pun. Kite yg lalui, bukan dia. Tapi kawan2 saye xde yang tahu pasal ni melainkan yang kenal drpd dunia gay tu. Ade jgk yg jadi closed friends drpd kalangan mereka. Tapi kadang mereka pun terumbang ambing. Dunia gay adalah dunia yang hipokrit. Sikit sgt yg begitu jujur.

  9. Semoga jalan mencari dan mendalami dipermudahkan.semoga bro terus istiqomah & meninggalkan terus gejala songsang..jaga solat dan hubungan dgn Allah..
    Gudluck

    • In Sya Allah bro. amin. Itu yang sekian lame aku dambakan. Utk berubah dan meninggalkan semua ni. Tp sampai skrg aku xberdaya. Allahu. Terima kasih atas nasihat.

  10. Baca kisah awak ni terus membuatkan sy teringt pda patient yg saya pernah interview. Dia didiagnos menghidap HIV+ve hanya selepas 3 thun dia aktif sbgi seorang gay. Very sad because he’s still young and yet unmarried.

    To let you know, current trending of HIV patients nowadays are no longer due to IVDU (intravenous drug) but sexual transmission is more popular especially
    among gay and heterosexual.

    Once dah ad HIV mcm2 penyakit mudh datang. Ur body immune system will become upside down and u have to depend on medication for life long which we know that drugs have their other side effects.

    I hope from my sharing, i can help you to get more courage to change before it’s too late. Seriously, bukan utk takut-takutkan awak.. :)

    To me, U have a strong desire to change so to help u to achieve that, i think u need a strong support system bro. Selain dari jaga hubungan dengan Allah, boleh jumpa kaunselor atau ust ataupun bro boleh cuba seek treatment kat hospital, buat appointment dengan psychiatrist. They have a special therapy for ur problem and hopefully will help you inshaa Allah..

    *kalau awk di a.setar. Ada sorang pakar psiaktri ni bagitaw yg dia sudi bantu..inshaa Allah.. Saya doakan awk kuat dn dapat berubah buat selama-lamanya..

    • Totally agreed dgn sis. Nowdays, trending HIV bukan disebab kan drug abuse, tp disebabkan sexs transmission. Kalau nk tgk ramai lg mangsa hiv luah perasaan, buka blog hivadadalamdarahku.blogspot. disitu ramai mngsa hiv, mostly darpd sexs transmission.

      Apapun, tq sis for your advise and reminder. Really apreciat and million thanks. Xsemua org bg support. Kadang mereka menghukum tanpa sebab. Sbb mereka x lalui, dan mereka x alami. Allah maha Besar. Jgn terlalu benci, nanti takut ade anak/cucu/keluarga yg terlibat. Nauzubillah. Saye dia area KL sis. Terima kasih bnyk3. Doakan saye. Moga Allah balas dengan kebaikan. Jzkk.

  11. Kun fa yaa kun. Anytime je allah boleh buang nafsu songsang ko. Anytime je allah boleh bg ko jadik normal. Just tunjukkan effort je. Ingat, Allah sentiasa perati ko bila ko sedang diuji dgn godaan2 ni. Jgn fail dgn ujian2 kecik kalau btul ko nak berubah. I feel you. Smoga ko selamat dunia akhirat insyaaallah ameeennn

    • Betul tu saudari. Semua kerja Allah. Dan setiap yang terjadi mesti bersebab. Ia xkan terjadi dgn sia sia. Mungkin ade hikmah. Saye diuji dari segi ini, mungkin saudari diuji dari segi lain. Sbb ujian kite berbeza. Cuma kite berharap pada Dia yang satu. Allah. Moga saye terus sedar dan dapt berubah. Bukan senang, tapi bukan mustahil. Keep survive and strugeling. Tq saudari atas doa dan sokongan. Moga Allah balas dengan kebaikan. Aminn.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *