tak dapat kerja ?

Assalamualaikum.
Saya saje je nak share thoughts dekat sini. Untuk rakan2 seperjuangan atau adik2 yg baru grad dan cari kerja, sy nak bagitau. Kerja tu banyak. Tinggal nak dengan taknak je. Sy selaku graduan yg baru bekerja kurang setahun percaya ramai antara kita tidak bekerja bukan sebab takde rezeki. Rezeki Allah tu luas. Kerja pasaraya basic 900 pun kerja kan ? Janganla beri alasan ada kelulusan takkan nak kerja pasaraya. Jadi, lebih rela menganggur berbulan bulan dan merungut daripada kerja yg tentu2 cukup time ada income walaupun sedikit. Saya graduan ijazah sarjana muda universiti tempatan, baru je konvo bulan lepas tapi saya dah start kerja almost setahun. Masa final year dah pergi interview sana sini. Sedang bekerja juga selalu mengintai peluang2 lain jika ada.

Kerja saya sekarang tidaklah hebat. Cuma kerani kilang berhampiran rumah dengan basic kurang 2k. Sy punya alasan tersendiri untuk terus bekerja disini walaupun rata2 rakan2 saya semua purata gaji lebih 2k. Pada saya, daripada menunggu gaji yg sy harapkan kenapa tidak sy timba pengalaman dulu berbekalkan gaji yg agak rendah ini? Sekurangnya, menurut percaturan sy, setahun selepas ini sy boleh mendapatkan pekerjaan lebih baik berbekalkan pengalaman seorang kerani kilang ni.

Banyak org melenting bila dikata memilih kerja. Taknak kerja pasaraya itu bukan memilih kerja ? Tak mahu kerja kilang cabuk itu bukan memilih kerja ? Tidak terima kerja basic 1.2k atas alasan memiliki ijazah itu bukan memilih kerja ? Sekian. This is just my two cents,

– lily

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

One comment

  1. Sis tggl mana ye? Kalau kita yg duk KL Slgr ni mmg mudah dpt kerja.

    Dulu pun sy ada terfikir mcm sis.

    Graduan mengadu takde krja.
    Majikan mengadu takde pekerja.

    Adakah sbb terlalu memilih?

    Rupanya yg ramai ckp xdpt kerja tu sbb duk kwsn kampung. Dan ada kekangan utk keluar rumah atau kerja jauh2. Tak dinafikan mmg ramai jugak jenis memilih sgt kerja. At least sementara kerja tetap, kerja jela apa pun dulu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *