Ajarkan aku

Salam semua, firstly nak bagtau bukan senang aku nk type psal perkara ni. Tapi aku rase perlu sebabnye aku rase mcm takde harapan da soul aku ni. Maken lame maken hitam. Ye la asik buat dosa. Da la tau tu dosa tapi buat jugak. Aku pon tak paham. Aku salu kalah ngan nafsu sendiri. Nk tau dosanya tu ap? Solat. Ye, aku ad masalah untuk kekalkan solat 5 waktu. Aku rase dulu time skulah tak dek masalah langsung solat. masok cfs trigger everything. Aku terlajak subuh. Lpas tu penat konon, ttido dulu before isyak. Bangun da subuh. Maken menjadi jadi msok degree. Punca nye mesti dtg dr tido. Aku terlalu ngntuk. Konon balek klas penat. Tido. Ptg x dek klas. Tido before zuhur . Bngun je da isyak! Parah da aku rse rohani ak ni. Ad mase aku ad kekuatan aku lawan. Dapat la sehari dua complete 5 waktu. After tu? mesti x jadi balek. Mesti terlajak subuh or any je la solat. Punca? Tido! Ak pon tak paham kenapa aku penat sangat. Padehal bukan aku active pon. Bzy belaja? Bukan aku salu stay up study pon. Ak sampai bingung ngn msalah ak ni weh. Nak mengadu dekat org, aku takot aku dipandng serong, dihina, yelah ak dikelilingi org org yg alim. Pernah sekali ad luahkan dekat sorang kawan, tapi die bzy dengan komitmen laen. Tak sempat nak fokus ke aku. Mula mula die rajen kejut aku. Ambil tahu pasal perihal aku. Lama2? Da hilang.. Dan aku kembali seperti dulu malahan teruk. Aku paham die bzy and aku tau mane bole bergantung dekat org. Sebab ak tau ap aku buat ni dosa, everytime aku terjaga aku akan solat qadha semua balek mane yang tinggal. And solat taubat. After tu? Berlaku lagi dan lagi. Sekarang ak ditahap dimana perasaan putus asa tu muncul. Aku rase tak de gune ak qadha, taubat, tapi buat lagi. Sbb skrang ak da ad persaan malas nak qadha and taubat. Aku tak tau macam mane nak buat lagi. Aku tengok member aku ad je yg tido sebelum zhur, bangun je solat bile pkul 2 tu. Ade je tido lepas zhur, bangun je bile asar. Ade je penat sngt tido dulu jap sebelom solat isyak. Bangun je kul 10-11 tu solat jap. Aku tak paham kenapa aku tak bole bangun macam diorng. Aku bebetul perlukan sokongan dan bantuan. Tolong jangn bash aku weh. Ak carik pertolongan dekat sini. Aku da lame nak berubah cume tak pernah ad kekuatan yang ckup untuk lawan. Aku tak nampak jalan penyelesaian. Aku risau Allah da tak pedulikan aku. Sebab tu maken lama perasaan serba salah tu hilang. Aku minta tolong sangat jangn komen teruk teruk. Korang condemn aku, aku down. Ak perlukan support. Aku da nak grad da. Aku takot nak hadapi hidup diluar jika pegangan aku lemah mcm ni. Tolong bantu aku.

– Guilt

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

14 Comments

  1. Mohonlah pada Allah semoga diberi ketetapan hati..
    1. Jika letih sebelum tidur kena niat nk bangun solat, segerakan solat di awal waktu
    2. Gunakan jam loceng utk reminder
    3. Istighfar selalu, semoga Allah ampunkan kita dan diberi kekuatan istiqamah.
    4. Kurangkan makanan segera dan sewaktu dgnnya, sbb makanan segera boleh buat kita cepat letih dan malas solat..

  2. Dktkan diri dgn kwn2 yg alim tu. Husnuzon yg mereka takkan judge. Kalau dlm usrah, minta usrahmate gilir2 teman tidur.

    Check jugak masalah kesihatan. Mgkn ada masalah kesihatan sbb tu asyik nak tidur je. Mana lah tahu kan. Tak salah nak check. Kalau takde masalah, alhamdulillah. Pergi je klinik UIA tu ye. Insya Allah akan dilayan.

    Istighfar at least 70 hari sekali. Jgn lupa amalkan gaya hidup yg sihat rohani dan jasmani :)

  3. firstly tahniah sebab masih ada rasa bersalah dan nak ubah diri.. rasa bersalah ni kalau kita abaikan, lama2 rasa ni akan hilang dan kita akan terus larut dalam dosa..cadangan aku dgr je azan drop semua benda dan terus solat.. solat ni makin dilambatkan kita akan rasa makin malas malas dan malas. kalau solat pun akhirnya cuma sekadar nak asal siap je

  4. Kalau engko ni lelaki, aq sarankan kuar at least 40 hari, supaya kite blaja2 bentuk iman kite, bulatkan keyakinan kite trhdp jnji2 Allah. Blaja hidup kan sunnah Nabi. Skrg ni umat Islam lemah. Kurang yakin dgn janji Allah. Kite mungkin tau kelebihan solat brjemaah tp kesedaran utk solat brjemaah itu kurg. Sbb tu, iman ni kite kene usaha.

  5. Solat ni kan wajib.

    Jadi masa nak tido allah bangunkan aku. Legak jela jam loceng sebelah telinga. Minta allah kejut. Insyallah allah kejut. Sbelum tido pastikan niat doa

  6. Ubah mind set dlu nk tdo sekejap then niat dlm hati aku nak bangun pukul 2..if da masuk waktu solat dlu then bru lelap…then yg k2 cg aku dlu selalu pesan kt ank murid dye..nak tdo 2 bce doa tdo then ketuk bantal skli or 2x..then niat nak bangun subuh pkul 6…kene yakin smua..i’Allah jd…yg lain atas niat n istiqamah kita sndri…selamat mencuba :)

  7. “Sampai bila asyik nak terlepas subuh”

    Ada orang, memang jenis payah nak bangun pagi, so selalu terlepas menunaikan subuh pada waktunya.
    Pasang berderet alarm, bunyi boleh gegar satu kampus pn, masih payah nak bangun.

    Tapi janganlah dibiarkan keadaan tersebut berlaku berterusan.
    Mestilah, kena ada usaha untuk berubah.
    Ubah cara tidur kita itu.

    Kalo dulu, biasa tidur lewat, cubalah tidur awal.
    Kalo tilam tu empuk sangat smpai payah nak bangun, tidur lah atas lantai.
    Kalo pakai alarm dah tak berkesan, suruh kawan kejut.
    Kalo kat bilik sendiri, kawan kejut tapi masih tak bangun, tidurlah bilik kawan. Kalo berpeluang, lagi baik tidur kat surau, confirm bangun.

    Lagi2 dah tahu malam tu tidur lambat, sebab banyak assignments nak settle, sebab banyak benda nak study, maka tidurlah bilik kawan ke apa.

    At least, ada lah usahalah tu, jangan nampak benor kita meredai, dengan kepayahan kita bangun pagi tu dn terus kekal dengan gaya tidur yang sama, sampai subuh tu asyik terbabas jer.

    Sekali sekala terbabas subuh itu, kerana masih di peringkat usaha untuk berubah itu tidak mengapalah.
    Yang penting terus istiqamah untuk mengubah diri.

    Allah itu Maha Adil, dugaan itu pasti di bawah kemampuan untuk kita atasi.

    MrTheAllShared

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *