Aku pelajar tahun 3. Sebelum ni aku dah extend FYP. Suppose kalau ikut academic plan, this semester would be the last semester. Tapi sekarang aku nak extend lagi FYP. Maknanya aku akan ambil masa setahun lagi utk complete kan degree campur dengan internship 6 bulan.

Kenapa aku jadi macam ni? Aku banyak tangguh kerja FYP. Btw, aku aktif dengan kelab dekat U dan kelab yg aku join ni boleh kata sangat aktif dengan event demi event. Aku ingat dah last year, nak mahirkan lagi diri dengan pengurusan kelab dan event so tak ada la nanti bila interview kerja terkulat-kulat nak cerita pengalaman. Jadi FYP yg sepatutnya aku dahulukan tu tenggelam timbul. Sekejap-sekejap aku ambil peduli. Lepas tu ignore.

Aku sebenarnya malu nak extend. Tebal rasanya muka ni. Tapi hakikatnya aku malas nak menghadap FYP. Itu kenyataannya. Nak kata aku tak aware yang lagi lama extend lagi lama nak grad, aku aware je tapi aku perajakan jugak kemalasan yang menjadi syaitan di dalam diri.

Macam mana ni? Tarikh present FYP dah makin dekat tapi content banyak lagi yang belum siap. Aku dengki dengan student degree yg tak payah buat FYP. Just belajar je sampai lah kau grad. Student last year faham la kot derita FYP ni macam mana. Derita dah satu hal. Lepas tu malas pulak. Memang aku boleh salahkan diri sendiri je.

– farah

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

8 Comments

  1. janganlah extend. Aku dulu pun dh nak give up, nak je extend tapi aku siapkan jugak. Dalam otak aku, kalau aku dah siapkan, then kene reject, hah lepas tu baru aku extend je. Yang penting siapkan. Skrg rasa bersyukur sbb dah berjaya lepas semua tu. Nama pun sama ni, come on lah Farah. haha

  2. This year ke, next year ke, year after ke..tetap kena buat fyp tu. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian dik..
    So, jgn lah extend ye..selamat berjuang..

  3. Aaa aku pun pernah nak drop fyp tetengah jalan and now dah selamat fyp1. Next will be fyp2 yang lagi tough.

    Kelab pun mmg aktif dgn latihan martial art. Kelas malam. Pegang jawatan. Aktiviti luar campus. Camping few day nak present.

    Satu mind set aku terapkan dalam diri. Kalau tak mampu jangan buat. Kalau tak boleh nak balance between benda yg wajib (study) and bukan wajib (aktiviti kelab) i should stop.

    Kalau fikir management skill tu nak guna utk interview. Macam mana dgn management time you utk benda yg wajib? (fyp/work)

    Cari masa terluang. Spend for hours at library. Push yourself. I pun push myself complete that stay at library. Kalau duduk bilik dekat dengan katil tambah cuaca panas bakhang sekarang ni, memang bye2 selamat bercinta dgn tilam dan bantal

    All the best! And kuatkan semangat. Sikit je lagi nak habis percaya laa lagi lama bertangguh lagi malas

  4. Tayah risau. Best ape blajar. Kite jad resah sbb norm orang sekeliling bila extend je, terus pandang kita serong.

    Saya sendiri supposedly grad 2014. Tapi extend up to until 2016. In shaa Allah tahun ni grad.

    Perancangan kita mungkin dah baik, tapi perancangan Allah Maha Baik. Dia lagi tahu segalanya (Y)

  5. Memang derita.. Tp pikir la derita tu untuk sem tu je kalau habis. Selagi tak habis, nnt kene angkat balik penderitaan tu pergi next sem. Tapi. Kalau tak mampu, tangguh, buatla dengan tenang.
    Nanti result pun takla effect kalau kita x puas hati dah hanta..

    Skrg ubah pemikiran. Boleh, boleh dan boleh. Doa supaya buang sifat malas tu. Yg penting, kene ada passion, suka tajuk yg adik buat tu.. Pastu buat sikit2. At least sehari kene bergerak. Kalau takleh, pegi tampar diri sendiri depan cermin. Haha.. Ingat, kita kena balance. Interviewer still akan tgk sijil transcript kita. Bukan soft skills saja.. Moga dipermudahkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *