Assalamualaikum semua, sy memerlukan nasihat. Tapi sebelum tu terima kasih admin kerana siarkan.
Kawan(lelaki) saya asal dari keluarga berpecah belah. Kawan sy ada 12 adik beradik dan dia yg bongsu. Masa mak dia mengandungkan dia, ayah dia kahwin lain dan tinggalkan family dia macam tu je.
Jd dari rumah teres, diorg hidup di rumah papan. Dikejar ah long, hidup merepat tanpa ayah dia dtg menjenguk dan tolong.
Yg tragisnya, masa dia umur 19(skrg 23) mak dia sakit dan meninggal. Tp masa mak dia sakit, ayah dia langsung x datang menjenguk dan mak dia meninggal tanpa suami di sisi.
Dan semalam dia bgtahu sy, saudara terdekat dia dapat tahu ayah dia sakit dan ayah dia mengadu sakit nak mati. Adik beradik dia semua kecoh, nak bawa ayah dia tinggal dgn mereka. Tapi akan tinggalkan ayah dia tu dkt rumah kwn sy sbb dia sorg je yg belum kahwin lg dan rumah tu adalah rumah mak dia yg dh meninggal. Maksudnya rumah dia je yg ada bilik kosong untuk ayah dia tinggal.
Kwn sy nak tolak x sanggup sbb arahan kakak dan abang tak boleh x dipatuhi. Dia mengadu nak lari dari rumah atas alasan 'kenapa nak jaga ayah, dia tinggalkan mak macam tu, mak sakit dan mati langsung x dtg melawat dan aku langsung x kenal dia'
Saya langsung x tahu nak nasihat dia macam mana. Patut ke sy ikut dia buruk2 kan ayah dia, atau nasihat dia cuba suka ayah dia?
Saya dah cuba ckp mungkin ayah dia dah berubah tp dia melenting.
Jadi setiap kali dia cerita ttg ayah dia, sy x tahu nak cakap pe.
Jadi sy memerlukan pendapat awak semua. Harap dapat bantu sy
– Kawan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Sebagai anak.. sebaiknya jaga lag ayah tu dgn semampu yg blh.. buang rasa sakit hati atau kecil hati… sb setiap perbuatan kita Allah akan balas dgn setimpalnya. Mana lah tahu.. rezki di depan hari hya Allah sj yg tahu.. mungkin kwn td akn dpt ganjaran Allah di luar jangka kita sbg manusia.. insyallah
Betul la orang cakap…rindu yang paling sakit ialah rindu pada orang yang dah xde. Aku seorang anak yang sangat degil dan sukar dibentuk dan aku jugak jenis yang tak rapat dengan mana2 ahli keluarga aku. Pendek kata aku jenis suka buat hal aku sendiri sebab tu aku jarang keluar bilik. Tapi semua tu berubah lepas keluarga aku ditimpa satu masalah besar. Ujian itu merapatkan lagi hubungan keluarga aku. Mintak maaf sebab tak boleh nak bgtau masalah apa tapi satu je nak pesan. Apa pun keadaan, tolong jaga hubungan antara kau dengan family kau sebab family come first walau kau ada kawan yang baik tahap dewa sekali pun. Lepas kejadian tu, family ak memang makin rapat, kalau sebelum ni jarang makan sekali duduk semeje borak2 and its differ since that day. Boleh kata family aku more happier than before. Tiap kali ada cuti sekali, mesti akan ada makan2 dan memang adik beradik aku ni kaki makan tambah tambah aku yang dah macam dinosur ni. Yang nk cerita bukan pasal family ak yang happy sekarang tapi pasal anak yang menyesal ni. Masa tahun 1, time tu aku tengah tidur dengan akak aku dalam bilik then aku dengar mak dengan ayah aku gaduh kat luar tapi dah biasa dengar so buat tak tahu je la. Time tu ada aku dengan akak aku je kat rumah sebab abang aku time tu kerja. Tapi gaduh ni lain sangat dan time tu jugak aku dengar ayah aku panggil aku dengan aku dan lafaz talak 3 kat mak aku. Time tu aku tak rasa pape just senyap je pandang akak aku sebab aku tak tahu nak bagi respond apa. I feel like nothing happen and i thought that just a dream. Aku tak buat pape just take a nap dan dalam hati aku cakap ni semua mimpi. Bila bangun pagi tu, ayah aku dah takde sebab balik umah nenek aku dan mak aku cakap dia nak stay kat umah di KL je dan time tu baru aku rasa its really happen. Mak dan ayah aku betul2 dah separated dan mak aku cakap just stayed kat rumah ni dengan ayah aku since ayah aku pun tak sihat. Dalam hati aku just salahkan ayah aku sebab kenapa sampai cerai and why did he choose talak 3. Satu titik air mata pun aku tak nangis time tu dan aku pergi kelas macam biasa like nothing happen dan jiwa aku memang kosong time tu. But a few of my friend nampak aku macam diam hari tu. Tapi aku senyap je tak bagitahu mereka apa apa and time tu dah dekat sangat dengan final. Tapi tu la, sekuat mana pun kita akan kalah dengan perasaan sendiri. Topic belajar hari tu pulak ada terselit sikit pasal divorce and its law dan memang aku betul-betul terpukul. Cepat- cepat aku keluar bilik kuliah then pergi tandas because i cant hold it anymore. I just keep it by myself and i never told any of my friend about that. Lepas sebulan lebih kurang ayah aku menyesal dan start kejar mak aku and nak get back pada mak aku but talak 3 ok, so theres nothing can do with that. Ayah aku macam gila talak, pergi rumah dekat KL dan aku memang cukup marah dengan ayah aku sebab dia buat mak aku macam tu. Sebab divorce pun bukan masalah besar just misunderstanding dan why should he divorce my mum, his wife for more than 30 years. Ayah aku cakap mak aku ada orang lain but i know mak takkan buat macam tu n i know how much my mum love him. Past few year, ayah aku start sakit teruk yang memang dia dah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang sebab banyak sangat ubat dia consume dan dia juga ada diabetes. Time dia sakit tu ada la aku jaga sikit since ak tengah belajar time tu so banyak masa aku banyak kat luar dari rumah. Aku pulak memang yang jenis hati batu dan xkisah sangat pasal orang lain even dia ayah aku sendiri dan aku marah dia pasal dia ceraikan mak. So akak aku la yang banyak jaga ayah dan aku tak peduli sangat pasal ayah. That day, aku tak pergi kelas sebab memang aku malas sangat time tu and aku tak tahu sebab apa. Time tu mak aku ada balik jumpe kami adik beradik and stay umah pakcik aku. Around 7a.m akak aku jerit-jerit panggil aku cakap ayah sesak nafas and aku macam biasa je sebab ayah memang selalu kena macam tu and my mum datang umah tengok ayah. Abang dengan akak aku berkeras nak bawak pergi hospital tapi nenek aku cakap tak payah la. Let him be, he had no much time well nenek orang tua and im sure shes know about this. The moment ayah tengok semua muka anak-anak dia aku tahu its the time. Ayah tengok sorang-sorang termasuk mak and masa ayah tengok mata aku, lama sangat. Then he closed his eye and its never open anymore. Time tu akak aku paling kuat menangis and mintak nenek dengan mak kejutkan ayah. Its such a heart breaking sebab akak paling rapat dengan ayah dan dia yang selalu jaga ayah. Nenek dengan mak aku panggil semua kami adik beradik dan bagitahu redha sebab Allah dah ambik ayah and time tu aku memang tak nangis langsung sebab aku tak nak orang tengok aku lemah dan aku tak rasa apa apa lagi. Masa nak kucup arwah ayah, aku mula rasa menyesal sebab aku tak pernah mintak maaf dengan ayah dan aku pernah benci dengan ayah aku sendiri aku kuatkan hati aku and bagitahu kat diri sendiri jangan nangis sebab ayah mesti tak suka. Masa tu jugak aku bisik dekat telinga ayah mintak maaf tapi aku tak tahu ayah maafkan aku tidak sebab aku pernah marah dia ceraikan mak aku. Lepas siap kebumi semua, mak bagitahu ayah pernah pesan dekat dia dulu nak mati di sisi mak and Allah makbulkan doa ayah even mak dengan ayah dah cerai and that time my mum cried a lot and she told me that she never stoped love ayah. After a few days, aku mula rasa kehilangan, aku mula rindu ayah even aku tak rapat dengan dia dan paling menyesal sebab pernah benci dia. Genap seminggu ayah meninggal, aku mimpi ayah balik rumah dengan muka bersih sangat dan dia senyum je dekat aku. Aku bagitahu aku mintak maaf dan dia tak cakap sepatah pun just senyum je then dia jalan keluar dari rumah. Aku start menangis dan cakap jangan tinggalkan aku tapi ayah sikit pun tak berpaling dekat aku. Sekarang, dah 3 tahun ayah tinggalkan aku dengan satu penyesalan sebab tak sempat mintak maaf dengan dia. Kadang- kadang nangis sendiri sebab ingat balik apa yang dah aku buat menyesal sangat sebab ikut sangat perasaan. Bila kita dah kehilangan orang tu baru kita tahu erti sebenar kasih sayang lebih lebih lagi mak ayah dan jangan pernah benci walau besar mana pun salah mereka sebab kita manusia mesti ada buat salah sebab kita takkan pernah sempurna. Bila mereka still ada, bahagiakan mereka jangan jadi macam aku sampai sekarang menyesal sebab tak sempat mintak maaf dengan ayah aku. Tak payah tunggu hari raya atau orang tu nazak baru nak mintak maaf sebab maaf tu setiap hari boleh ungkap dan kasih sayang daripada orang yang dah pergi takkan datang balik. Kalau boleh putar balik waktu, aku nak sangat peluk ayah dan bagitahu aku sayang dia dan aku mintak maaf sebab pernah benci ayah. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah
#cp
awak dan kwn awak patut baca nie.. ada someone luahkn penyesalan dia.
Ni tulis panjang2 sape yg nak baca?
aku copy je.. bukan tulis
Aku baca sampai habis. (Dalam hati, “bila nk habis ni?”)
Ahahaha.. ??
Sad, sad story. moga ayah dia maafkan..
aku ingt ko lh confessor tu..bru nk kantoi kn..hehe
bukan aku.. aku copykan jee.. :’)
sdih cter ni..
Hahaha..ni komen ke confession sis. Mak aii panjang..huhu
Hak kita pada ayah yang mana ayah tak tunaikan(jalankan tanggungjawab) ayah akan jawab depan Allah nanti. Hak ayah pada kita (kita sebagai anak) jika kita tak jalankan tanggungjawab juga akan ditanya di akhirat. Seburuk atau sejahat mana mak dan ayah, tanggungjawab sebagai anak tetap perlu kita tunaikan.ikhlas memang perlu dipaksa pada mulanya.sentiasa doa pada Allah agar dilapangkan hati yang sempit untuk memaafkan ayah.saya doakan kawan saudari/a dipermudahkan urusan, bahagia dan membahagiakan ayahnya.aamiin
Ayah mnjdi sebb die ada kat dunia ni….tnpa ayahnya, dia x de kat dunia ni
tanggungjawab tetap tanggungjawab.. apa yg bapak dia buat pada mak dia dulu bukan hak dia nak menghukum..
akhirnya di akhirat nanti dia tetap akan ditanya tentang tanggungjawab dia sebagai anak, bapak dia akan ditanya tentang tanggungjawab bapak dia pada mak dia.. Begitu juga adik beradik dia yang lain..
Org skrg cenderung berpegang pada karma.. Dulu kau tak jaga mak aku kenapa aku nak jaga kau skrg?
Tapi kita lupa dalam Islam tiada karma.. Yg ada hanya balasan sama ada Allah percepatkan di dunia atau Allah tangguhkan di akhirat.. Dan hak untuk membalas hanya Allah, bukan kita (exception utk hukum qisas)
sbg kwn, awk nasihat dia baik2. ckp sebaik mgkin seslow mgkin. psiko dia. nasihat dia. yela mse tu bpk dia da stat sakit kan. even bpk dia abaikan dia yg mse tu msih dlm kandungan but that old man is still his/her dad. nak2 bpk dia da stat sakit. y not curah bakti takot2 bpk dia dh tk lama. at least dpt phla even ht dia sakit ht . sorry if my words ade yg terkasar.
untuk buat dia terima n buat keputusan ayah dia boleh duduk ngan dia, boleh.. tapi untuk buat dia btul2 trima ayah dia tu yang susah.. tapi takut nanti, bila ayah dia dah duduk skali, dia sakitkan lagi hati ayah dia, atau apa2.. lagi btambah dosanya.. aku bkn la nk suruh jgn.. tapi itulah, hati mmg susah nak kawal… seeloknya, abg2 n kakak2 diorg jaga dlu, n slalu2 bawak dia jumpa ayahnya…atau bawak ayahnya jumpa dia.. biar dia kenal, atau kurang sikit rasa ‘xselesa’..
mmg aku pon harap dia dpt maafkan ayah dia mcm tu je… harap sgt.. tp aku tau, mende tu susah… yg bleh kawal kes nie, dia ja.. nasihat cuma bantu sikit2
Wan Zulkarnai