Aku yakin dalam hidup korang mesti akan ada satu point yang membuatkan korang terpaksa berubah atau hidupkan hati korang yg dah lama mati
Aku ni..
Dulu.. Masa aku tak solat, masa aku terjebak couple walau aku tak lawa, aku memang dianugerahkan kepandaian & spt tak diuji dengan kesusahan. Family pulak tetiba kaya walhal kitorang satu family selalu skip solat
Exam pun cemerlang je. Masa aku dah masuk sekolah asrama, aku culture shock sikit sebab diorang solat jemaah. 5 waktu..
Menangis dalam hati je. Tak larat nak solat, apatah lagi 5 waktu jemaah..
Aku punya roomate semua takut nak sodorm (solat dalam dorm). Aku pun takut nanti kena solat sekali lagi kt surau. So aku pun buat je dalam keadaan terpaksa dekat surau
Blablabla, ok aku dah solat
Lama kelamaan bila usia aku meningkat (hampir 20 an), Allah baru start nak uji aku
Benda pertama Dia uji aku selepas aku berhijrah, dia uji aku dengan segala bagai mimpi
Ya mimpi mungkin mainan tidur atau ada mesej tertentu tapi aku tak belajar tafsir mimpi so aku tak tau
Aku mimpi kiamat
Bukan sikit-sikit
Full
Dengan hancur sana sini, keadaan kelam kabut, perempuan terberanak sana sini, darah, patah riuk tulang, dengan keadaan yang dah tak de langit cerah, aku lari tapi akhirnya aku pun mati
Aku mimpi benda tu dari awal sampai habis!
Ok tu kali pertama.
Kali kedua aku mimpi bencana alam, dan aku ada dalam bencana alam tu. Tsunami
Fuh..
Sakitnya kau sorang je rasa sebab kau mimpi. Sakit! Sedih! Semua ada.
Dah kena tsunami, memang dalam tu aku mati..family aku semua mati.. Sedih..
Kali ketiga, keempat, kelima, seterusnya aku mimpi kiamat lagi tapi yang lagi dahsyat
Kita ni manusia memang takut dan akan lari tapi sejauh mana kau nak lari pakai kaki Tuhan yang menciptakan kau? Dia bagi kita nikmat tp terbatas. Nak lari mana..
Dan mimpi aku yang latest, aku mimpi…aku nak solat, tapi tiba tiba je waktu solat dah habis. Aku terkejar kejar nak jemaah tapi imam dah bagi salam, tak sempat masuk saf. Aku nak baca quran, tapi satu quran pun aku tak jumpa.. Hmmm.. Faham tak perasaan kalut kau nak kejar buat baik tapi kebaikan tu seakan akan berlari dari kau?
Aku kalut.
Itu antara mimpi dalam tempoh penghijrahan aku..lepas aku berhijrah, family pun dah mula berhijrah. Kuasa Allah, sbb makbulkan doa aku.. Hamba yang daif..
Family kami diuji..
Aku pun diuji..
Ujian aku tak seberat orang lain..
Kami hilang duit, kereta kena jual, hutang sana sini, tiba tiba aku pulak terkena buatan orang.. Kakak aku pun sama.. Kedai mak aku pun ada cuba cubaan untuk disihir..
Aku hilang terus kawan-kawan aku, dan mostly member aku lelaki dan dorang lari dari aku
Masa sekolah aku kurus dan jadi model, tapi bila dah berhijrah..aku tak nak dah model ke pabenda tu
Aku pun diuji dengan gemuk selepas berhijrah, huhuhu
Allah tarik semua benda yang aku ada..termasuk kucing aku, hilang. Hmmm
Boyfriend aku yg dulu pun ada orang ambil dah
Aku sakit setiap bulan dan asyik bergantung dengan ubat..
Huh.. (menangis)
Yg pasti, aku dah tak secemerlang dulu lagi dah.
Sekarang dah hampir 5 tahun selepas tempoh penghijrahan aku. Alhamdulillah, aku lost banyak benda masa penghijrahan… Dulu aku tak nampak hikmah, sekarang baru aku nampak..
First, Allah tarik orang yg hipokrit dalam hidup kau. Sekarang Allah ganti aku dengan jemaah-jemaah yg lagi hebat. Inshaallah
Second, Allah bagi kau sakit sbb Allah nak kau rasa bersyukur nikmat sihat bila kau sihat nnt
Third, Allah tarik kekayaan sbb nak bawa family aku sama sama berhijrah sebab hijrah bagi kau tenang
Seterusnya, diuji dengan ilmu hitam tu sebab Allah nak ajar kau macam mana bergantung satu satunya pada Allah bila orang buat mcm2 kat kau…
Part paling best, aku gemuk.. Sebab Allah nak ajar aku macam mana nak tutup aurat betul2.. Huhuhu tapi alhmdlillah skrg Allah bagi aku kurus balik dah..dan sihat dr sebelum ni
Akhirnya aku cuma nak cakap tiap apa yg korang lalui masa berhijrah tu sebenarnya latihan atau sekolah untuk korang pergi tahap yg lebih baik. Aku tak lebih baik dari sesape tp aku dapat rasa sesuatu dalam hati aku skrg.. Beza byk dengan apa yg aku alami dulu
Dulu aku selalu dengar lagu, lagu entah pape yg macam rock pelik2.. Alhamdulillah, skrg telinga aku tak boleh dengar lagu pun..rimas.. Huhu dalam phone pun tinggal ayat quran je. Entah.. Aku rasa sejuk je nak dengar..dan rasa semangat
Dulu.. Aku ramai kawan lelaki kan ..ade boyfriend bagai, skrg dah takde. Seorang makhluk bernama lelaki pun tak de berani nak ckp dgn aku. Garang ke aku? Dalam kelas kalau yg nak tegur pun, dorang macam fikir 10 ribu kali..huhu tapi tak pe sekurangnya kau tak mengharap cinta dr lelaki
Kisah hijrah aku ibarat..diet. Diet kan susah. Ada masa kau akan tewas dan nak ter-cheat kan?? Macam tu la hijrah, kadang tgh hijrah kau boleh kecundang tp cepat2 la taubat..
Doa byk2.
Allah Maha Penyayang..
Dia Maha Mendengar..
Nanti..kau akan sampai satu tahap..kalau kau doa je,Allah akan jawab terus doa kau.dan kau je akan rasa benda tu walau orang tak nampak. Nikmat nya tu..Allahuakbar..
Apa2 pun, pengajarannya, solat la walau terpaksa.. Yg lain pelan2 la berubah..
Siape pun kau dulu walau penzina sekalipun,kau mengharap kat Allah je k.
– kudapan
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Terbaik sis,moga sis tetap istiqamah
Gemok pun ujian rupanya.
seluruh hidup medan ujian.. kurus pun ujian
Tq sis
Tq sister.. ur sharing make me touching
Hijrah itu menenangkan hati .. sangat2 setuju .. insan yg sudah lalui die akan memahami …
Lieyana Affandi
Kopi tu kalau kita rase manis…lame2 manis…boleh potong kaki..
Tapi keimanan…die punya manis..tak kan boleh potong kaki..Dalam hati boleh rasa sayu die semacam..
-abg long fadzil (ex gangster singapura)-
Semoga Allah sentiasa memberkati mu.
moga terus istiqamah
Hmm..maybe ni ujian utk aq n family..lpas bce rasa lain..dan kehadiran dia buat aq lg nk berubah..
Alia Farhana
Siti Noor Katijah Yusof Umie Kalsum Yusof Siti Normata Yusof
Ida Yatie
Mimpi tu Aliff Yasser & Ak Mohd Rafiq :'(
Xpe sbgai prigatn
Saje nk share dgn Syahirah Hidayah
tengkiu Mocha Lily..labiu..hahaaha
Atikah Hedra
Gemuk tu ujian..
Fatin Afikah
selalu bersangka baik dgn allah…makin kita nak dekat dgn Allah makin kuat Allah uji kita sebab Allah nk tgk kesungguhan kita dlm mendekatinya…Allah nk naikkan darjat kita…Allah sayang kita melebihi makhluk sayangkan kita. Aku pun br sedar tu dn masih cuba istiqamah utk berubah. doakan aku.
Hanim Mohamad Khari Azhar Elektrik
Allen Baker aku teringat kat kau
CheAyu CheWook
Maisarah Fadhillah
Proses tarbiyah itu pahit pada awalnya. Moga terus qowiy sis : )
Lara Hati
Nur Cahaya
Tq
Wanie Lazan Nurul Fatihah AK Nur Aini Najwa غير مسمى مفغل Izzah Najihah sedihnya
Terima kasih Faridah Hanum Roslin..
Betul.setiap dugaan yg kt lalui mmg ada hikmahnya.cuba kt renung betul2 pasti akn jumpa hikmahnya.s juga di uji sakit selama sebulan.ttp alhamdulillah kerana sakit tu la s muhasabah diri. Akhirnya s temui hikmah dsebalik sakit yg s alami.
Zaleha Ismail Nur Asyiqin Bashir Ratieqah Najeehah
Zatil Hanani Izani..hehe
Sedih la pulok bco ni.gatai je tgn ni nk tag si dia.
Bunga Citra Baizura
Allahuuu.. meremang baca.. those dreams, i feel you n i can relate.. moga kita boleh jadi macam awak jugak.. istiqamah.. hmm.. Tak sabarnya nak jumpa diri sendiri yg akn dtg.. tp bt mse ni kne sabar menunggu dlu.. huu~