Kerana kasih

Assalamu'alaikum. Pertamanya maaf cerita ni panjang, terima kasih admin jika sudi post. Tak post, xde rezeki lah. :)

Hai semua. Aku pelajar uni temptn juga. Terima ksih aku ucapkan pada yg sudi baca kisah aku. Aku perempuan berumur lingkungan 20 tahun. Di saat semua orang nak bahagiakan mak ayah mereka, nak balas jasa mak ayah mereka, aku keseorangan kesepian menanggung kesedihan. Aku harap biarlah Allah sahaja tahu siapa aku yg sdg menulis ni dan aku kongsikan untuk kalian ambil iktibar. Jika ada yg sedar siapa aku, diamlah sehingga akhir hytmu.

Aku bukan nak buka aib mak aku sendiri tapi harapnya kalian doakan mak aku. Allah, ampuni aku dan jaga aib hamba2mu hingga akhir hyt kami. AKU HIGHLIGHTKAN DISNI,JANGAN HINA DAN CACI MAK AKU. JANGAN! AKU TAK REDHA. CKUPLAH KALIAN DAN AKU AMBIL IKTIBAR. Okay?
Aku ada mak,mak aku ni muda(kahwin muda) , mak aku cantik sangat, kalah artis tau. Tidak dinafikan mak aku cantik,perfect.
Aku syg dengan mak aku tp aku lagi syg abh, rapat dgn abh berbnding mak. Dri kecik, aku sllu nmpk abah aku sedih. Smpai sekrg pun aku dh 20, aku nmpk abah aku sedih. Terasa seperti sesuatu telah hilang dlam dirinya. Kalian,mak aku x tutup aurat sempurna. Suka pakai bju yg menmpkkn bntuk bdnnya yg cntik. Suka berhias cntik2 keluar rumh smpai org laki boleh ngorat mcm tu ja depn ayh aku. Panas ayh aku tp dia sabar. Walaupn aku dihntr ke sklh agma ke institusi agma dlu tp dia tetp sma.Aku dh 20 pun dia tetp mcm tu. Bukan abah aku tak tegur, dah penat abah aku cakap "syg ttup aurat,jgn tnjuk pd org lain abg ja" tp mak aku buat bnda tu main2. Solat pun tak terjga sgt. Abah aku dah kata, mcm mna hidup nk berkat kalau kita terus mcm ni? Tp mak aku rsa dirinya msih muda boleh enjoy. Suara mak aku pitching mmg tinggi, byk kali dah bergaduh sbb mak aku kena kacau dgn jantan lain dan mak aku jenis melayan. Bukan seorang dua rmai la jugak. Abah aku kdg kena tipu hidup2. Tpi aku salute dgn abah aku, abh aku ckp "syg abg ampunkn syg dunia akhirt, insafla jgn buat lg bnda Allah x suka". Kesian abah aku weyh. Sabar dia tuh ya Allah aku pun x smpai tera tu. Aku menngis sebab kesian dengan abh aku. Abah aku bukan lurus, sama sekali tidak dialah yg pling kental bgi aku, dia tahu dia x boleh kalah dengan tipu daya syaitan. Aku sellu juga dengar abah aku kata ," yaAllah menyesalnya aku x bgi pendidikn agama sedari dlu". Allah aku menngis setiap kali dengar kata2 abah aku. Kalian, Mak aku pun jarang memask, dan tabiat dia mmg akan hadap telefon 24 jam. Sedih aku tengok. Mcm abah aku x wujud pun ada. Abah aku pun kadang2 rimas tp nk bt mcm mna x bgi pegng fon nnt bosan pula mak aku. Mak aku x kerja ayah aku ja kerja. Gaji pun bole la ckup makan. Mak aku salah guna kebaikan yg abah aku beri. Sedih. Kadg2 aku pun rimas dan bosan, aku balik rumah tok aku, ajk dia pergi market atau pasar beli brg memasak dan aku sndri akn mmsk wlpn x reti sgt lepastu jamu org makan. Aku syg tok aku ,dia seolah2 mcm mak aku dia suka ajar aku mmsk bt keja rumh dan sbgainya. Itulah cara aku untuk hilangkan kesedihan aku. Tok aku faham keadaan hidup aku. Dia suka cium aku.

Dlu aku pljr cmrlg spm(bukan nak riak) skrg ni aku dah x brpa perform sgt. Doakan aku ,sedih tau. Teringt pasl hidup nak nngis pun ada tp bljr punya psl aku kena kuat juga. Allah ja tahu bgaimana kehidupan aku. Dengn kwn2, akulah antra yg plng byk ketwa utk hilngkn ksdihan tp tiada yg tahu. Aku blik u, aku tau ada ja maslh dirumh tp smua diam. Time cuti aku balik pun ada ja bnda nk gaduh, cma x dalah teruk2 sebab abah aku penyabar. abah aku byk bg nasihat dekt mak aku dgr ja lah. Time cuti aku balik,aku suka ikut abh aku pergi kerja, bgi support pada dia suruh sabar. Dalam perjalanan tu dia akn sntsa pesan, "kakak jdi isteri solehah nnti. Cantik mcm mna pun kita, ingt syurga bawah tapak kaki suami". Selalu sgt dia pesan benda ni. Aku sedih aku terharu. Kata abah aku, aku ja anak pengubat jiwa dia. Dia sllu mulakan wsup dgn prkataan "anak solehah abh", aku syg dia. Dia suka ckp bnda baik. Duit x ada pun dia akan cakap rezeki sntiasa ada, duit ada tapi kurang bukn duit x dak. Aku bersyukur dikurniakan abah yg mulia, dia bukanlah ustaz mcm ayh org lain berkopiah serban tp dia tau juga sikit2 ilmu agama. Aku pn bukan sep2 ustzh x dak la baik sgt tp aku tahu la jgk sikit2 apa yg baik buruk. Aku jarang ada dirumh sbb msa kecik tnggl dgn nenek, besr sikit duduk asrma, hbis spm x smpt dduk rmh terus msuk sbuah institusi ni then msuk u. Aku ada 2 org ja adik,kedua2nya prmpuan. Balik rumah kali ni, sorg tu dah free hair. Dia x lyk msuk sekolh agma. Part ni ayah aku pling sedih tp nk bt mcm mna tiada rezeki. Abah aku tegur dia x makan saman, tambah aku tegur. Lagi aku besr, lg aku dapat nampak dari dalam mata abah aku kesedihan yg teramat itu.

Wahai abahku, jika kehidupan sebegini mampu melayakkanmu mendapat syurga Allah, maka anakndamulah yg pling bhgia abah. Moga abah terus kuat membimbing kami. Abah solat sllu di masjid tp ank istrimu rapuh.
Wahai mamaku,kakak bersyukur kakak msih dikurniakan mama wlpn mama x mcm mak org lain. Mama, kakak sayang mama. Terima ksih mama mngndungkn lahirkn kakak beri susu dan sebgainya, kakak hargai itu. Kakak ingin mama sedar siapa kita dihadapan Allah. Kita terlalu jauh mama. Sedih kakak tgok mama. Kakak pun jauh dengan Allah di saat ini. Kesedihan kakak ni smpai tahap kakak rasa kakak nak kahwin cepat2 mama, ikut suami kakak kemana sja dia pergi. Kakak nk syg dia lbh dri kakak syg mama abh. Kakak tahu x semudah itu bukan senng mnjdi seorg isteri mama. Maafkan kakak kerana berasa sebegitu, seolh2 kakak x nak berbakti pd mama dan abah, tp kakak buntu ma. Kakak pn tringn bls jasa mama abh tp kakak x bole tgok kelakuan mama pada abah. Mama berubahlah.
Wahai adikku, moga Allah lembutkn htimu. Tunjukkn mu jalan dan hidayah. Kakak ingin tersenyum kembali.

Kalian,maaf. Emosi sgt kan aku?. Aku tahu aku tak mmpu jdi ank yg trbaik bt mak ayh aku sebab dah cerita mslh pd kalian. Tolong doakn yg trbaik buat ibu ayah aku dan keluarga aku. Doakn mereka dikurniakan hidayah. Aku ingin sekali syurga buat ibu ayah aku. Tolong doakan aku jgak,supaya aku jd ank solehah dan aku ingin dikurniakan jodoh yg mulia. Dikurniakan suami soleh yg mampu terima baik buruk aku terima keluarga aku seadanya. Moga2 aku sentiasa dalam kebaikan dan rahmatNya.
Mampukah aku tunaikan kata2 abah aku? Aku terfikir dan sedih, doakan aku.
Aku tidak tahu doa siapa di antara kalian yg Allah dengar. Moga doa itu berbalik pd kalian. Aku tidak ingin menjadi ank derhaka, cepat atau lambt aku ingin mak aku berubh ,abah aku pun jdi insan lgi bagus begitu juga dgn adik2 aku.

Ketahuilah, mata aku berair disaat aku ingin menceritakan kisah ini, tapi percayalah aku sedih ditemani senyuman. saat ini aku merasakan bahawa aku ingin sekali berada di sebelah Nabi Allah menceritakan kisah hidup aku sekaligus aku ingn didoakn oleh Baginda.
Moga aku terus dibimbing Tuhan dan kuat!

– Iza

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

4 Comments

  1. In shaa Allah. Moga diberi kekuatan oleh Allah swt. Doa anak yg solehah, berkat.

    Sentiasa doakan mereka, hati manusia Allah yg pegang. Ingat dan percaya tu :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *