Aku pendosa yang ingin berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kisah ini aku tulis bukanlah untuk membuka pekung di dada. Aku cuma inginkan pandangan dan pendapat kalian tentang persoalan yang sentiasa bermain di fikiran. Mungkin juga kisah ini boleh dijadikan iktibar dan menjadi pedoman. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah redha-Nya. Insya-Allah.

Aku seorang gadis berusia awal 20-an. Aku telah terlalai. Aku leka. Dari kecil aku dididik dengan penuh kasih sayang dan tunjuk ajar tentang hukum-hakam agama. Keluargaku biasa-biasa sahaja. Aku anak pertama dan aku ada ramai adik-adik perempuan dibawahku.

Apa yang aku mahu, sentiasa dipenuhi. Sama ada cepat atau lambat, aku akan tetap dapat apa yang aku kehendaki. Dalam pelajaran, aku tidak lah secemerlang yang lain, tapi Alhamdulillah aku berjaya meneruskan pada peringkat Ijazah Sarjana Muda. Dari seawal darjah satu, aku mmg dididik untuk solat & turuti perintah Allah. Walaupun aku solat, aku tidak pernah khusyuk & buat semua suruhan-Nya dengan ikhlas. Aku hanya menjadikan perkara-perkara ini sebagai rutin tetapi hatiku tidak pernah rasa ikhlas.

Kisahku bermula ketika aku menyambung pengajian, jauh daripada ibu bapaku. Aku semakin berani menipu. Aku menggunakan wang belanja sesuka hatiku. Aku keluar ikut suka hati aku, tidak kira pagi petang malam atau subuh sekalipun. Aku rasa bebas. Aku rasa aku tidak dikawal dan aku dapat rasakan kegembiraan bila bebas lakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Aku lalai. Terlalu lalai. Allahu. Aku malu. Sungguh Aku malu. :(

Tapi aku masih belum ada kesedaran. Aku semakin selesa dengan kehidupanku. Sehinggalah Allah mengujiku dengan ujian yang bertimpa-timpa. Allahuakbar. Allah mengujiku dengan perkara yang paling aku hindari. Lelaki. Aku pernah dikecewakan dengan sangat teruk sebelum ini. Sehingga aku tutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki untuk bertahun-tahun lamanya. Sehingga Allah hadirkan seorang lelaki. Yang aku anggap akan menjaga aku. Tapi aku tertipu. Allahu. Aku malu. Sungguh aku malu.

Pada awalnya dia sangat beria-ia untuk berkenalan denganku. Usahanya untuk mendekati aku, sehingga aku berjaya buka pintu hati yang telah lama aku kunci. Pada mulanya memang tidak aku nampak cacat celanya. diberitahu kisah silamnya kepadaku, aku terima dengan alasan "manusia layak diberi peluang kedua". Betul. Cinta itu buta. Kerana sayang, aku berikan segalanya. Aku jadi tunduk kepadanya. Sungguh aku menyesal. Tapi apakan daya, aku tidak mampu mengubahnya. Akhirnya dia berubah, Tidak seperti yang aku sangka. Betul orang kata. Manusia berubah sekelip mata.

Dia ada yang lain. Setelah aku berikan segala, kini dia bergembira dengan yang lain. Satu persatu Allah tunjukkan. Rupanya aku dipilih kerana harta dan nafsu. Aku jatuh tersungkur. Aku malu. Aku sangat malu. Aku rasa bersalah. Terbayang wajah ibu bapaku. Terbayang wajah-wajah mereka yang mengharapkan aku. Aku hampir berputus asa dengan hidup. Sungguh aku tak sangka hidupku akan jadi segelap ini.

Tidak cukup dengan itu, Tuhan tarik satu persatu nikmat yang diberikan kepadaku. Belanja yang semakin berkurang, rakan-rakan yang semakin menjauh, keluarga yang tidak mengetahui apa-apa, pelajaran yang kian merosot. Allah uji lagi dengan dugaan-dugaan yang diluar pemikiranku. Sungguh aku kata, aku memang tidak kuat. Aku mampu beri orang nasihat, tapi aku tidak mampu menasihati hati dan diriku sendiri.

Terpaksa aku pendam semua ini sendiri. Lelaki yang telah merosakkan masa depanku sedang berbahagia dengan yang lain. Tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah dia menunjukkan kebahagiaannya. Aku hilang arah. Aku hampir berputus asa. Wallahi sungguh berat ujian ini.

Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku terfikir untuk berubah ke arah yang tidak elok. Aku ingin mencuba benda-benda yang dihalang oleh agama. Aku berasa tiada guna lagi untuk aku terus menjaga diri aku. Aku berfikir dan terus berfikir. Dalam masa seminggu, aku terus bermain dengan kata-kata, hasutan nafsu dan pemikiran dalam kepala dan hatiku. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Aku jatuh tersungkur. Aku jatuh sejatuh-jatuhnya.

Tapi, Allah tu maha pemaaf, maha pemurah dan maha penyayang. Allah pemilik hati yang sebenar-benarnya. Walaupun nafsuku membisik-bisik agar aku terus merosakkan diriku, tapi Allah telah menggerakkan aku. Aku tergerak hati untuk sujud kepada-Nya. (Wallahi aku malu, setelah aku lupa kepada-Nya, aku ingkar arahan-Nya, aku alpa dan lalai dengan dunia, Dia berikan aku kekuatan dan kesempatan untuk sujud kepada-Nya).

Wallahi, berat untuk aku paksa diri aku ambil wuduk, apatah lagi untuk menyarungkan telekung dan sujud di atas sejadah. Aku kuatkan hatiku. Kerana ketika itu, aku merasa seolah-olah tiada apa yang tinggal. Hanya tinggal jasad yang bergerak tanpa arah. Aku kehilangan.

Betul apa orang kata. Allah tidak akan uji makhluk ciptaan-Nya melebihi kemampuan mereka sendiri. Ujian yang dihantar oleh Allah menunjukkan yang Allah rindu dengan kita. Allah uji untuk mengingatkan kita yang kita semakin jauh, Allah uji kita dengan perkara yang paling kita takuti kerana ujian itulah yang akan menyedarkan kita. Allahu. Aku malu. Aku menyesal atas apa yang telah terjadi.

Setelah beberapa lama aku solat tanpa rasa ikhlas, untuk pertama kalinya, aku sujud, aku selesai solat, aku merasa sangat tenang. aku rasa sangat dilindungi dan aku tak bersendiri. Kemudian aku teringat kembali dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku malu. Aku menyesal. Rupanya Allah hantarkan ujian ini sebagai hidayah untuk aku. Ya Allah, ampunkanlah dosa hamba. Sesungguhnya hamba pendosa yang hina.

Aku rasa menyesal. Kenapa aku tidak pernah merasakan ketenangan sebegini dari dulu. Jujur aku kata, ketenangan inilah yang mengisi kekosongan dalam diri aku. Sungguh, dengan hanya solat, aku mendapat ketenangan yang setenang-tenangnya. Allah maha besar. Aku malu atas dosa yang telah aku lakukan. Aku lalai dan tidak menjaga diriku sendiri. Dengan perlahan-lahan aku paksa diriku untuk memenuhi solat 5 waktu. Kemudian aku paksa diri untuk solat sunat istikharah, solat taubat dan hajat. Aku bangun malam, solat tahajud. Allahu. Allah maha besar. Allah permudahkan segalanya bagi aku. Sungguh aku malu. Aku malu sebab aku mampu melakukan semuanya sebelum ini, tapi aku sombong, tidak mahu sujud kepada penciptaku, pemilik hati ini.

Banyak persoalan yang bermain di mindaku, tentang apa yang telah terjadi. Kenapa aku diuji? Kenapa aku diberikan ujian berbentuk emosi? Kenapa aku dipermainkan oleh lelaki? Kenapa dia sakitkan aku tetapi dia yang bahagia? Kenapa aku yang merana? Bagaimana untuk redha? Bagaimana untuk melupakan masa lalu? Masih layakkah aku untuk mana-mana lelaki? Masih layakkah aku menjadi contoh kepada adik beradikku? Masih layakkah aku diberi kesempatan untuk terus cemerlang? Masih layakkah aku diterima dengan keadaanku yang sudah rosak ini? Masih adakah lelaki yang mampu menerima aku seadanya, yang menerima kisah silamku dan mahu membimbing aku? Masih adakah? Semua persoalan ini terus bermain-main di dalam mindaku.

Allah itu maha mengetahui apa yang ada di dalam lubuk hati setiap manusia. Allah gerakkan hatiku untuk membuka Al-quran dan terjemahannya. Allahuakbar. Walaupun bukan semua persoalanku terjawab, tetapi hampir separuh persoalanku terjawab. Semuanya terdapat di dalam Al-Quran Karim. Allahu. Allahu.Aku teringat, hampir 5 tahun aku tidak membuka Al-quran. Tetapi aku masih lancar membaca mengikut harkat dan aku masih tahu membunyikan setiap huruf. Allahu. Aku makin malu dan aku sedar. Aku pendosa yang sangat hina. Aku makhluk yang sangat kerdil. Syukur Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk merasai kemanisan ujian ini. Alhamdulillah aku masih mampu teruskan hidup dan alhamdulillah aku kini semakin dekat dengan-Nya, masih diberi peluang untuk mencari-Nya semula. Alhamdulillah.

Kini aku sedang mencuba untuk Redha. Aku serahkan segalanya kepada pemilik hati. Yang memegang hati ini. Siapalah aku untuk menghukum diri sendiri dan lelaki yang telah menghancurkan hidup aku. Allah lebih layak menghukum. Allah lebih mengetahui apa yang bakal berlaku. Allah itu maha adil. Aku percaya kepada ketentuan-Nya. Sesungguhnya kifarah itu pasti.

Aku sangat malu. Aku pendosa yang hina. Mohon jadikan kisahku ini sebagai teladan dan pengajaran dalam hidup kita semua. Aku berdosa kepada ramai orang. Terutamanya kedua ibu bapaku. Aku akan memohon keampunan daripada mereka dan aku minta agar dipermudahkan segala urusan. Aku menyesal dan aku pendosa yang ingin berubah. Aku mohon tembakan doa daripada kalian agar aku terus kuat dan istiqamah. sesungguhnya aku wanita yang sangat lemah. Persoalan-persoalanku masih ada yang belum terjawab. Kalau kalian ada pandangan, bolehlah kongsikan di ruangan komen. Akanku baca pendapat dan pandangan kalian.

Kifarah itu penghapus dosa dan Allah itu maha pengampun. Sepahit-pahit ujian, pasti ada manisnya. Doakan aku agar redha dengan apa yang terjadi dan doakan juga agar aku boleh melihat hikmah disetiap apa yang terjadi. Doakan aku kuat dan doakan aku menjadi wanita yang boleh menjaga diri. Doakan aku menjadi seorang Raudhatul Jannah. Doakan aku mampu menghadapi semua ini. Dan aku doakan sesiapa sahaja yang membaca entriku ini, semoga kalian sentiasa di bawah redha-Nya dan lindunganNya. Aamin. Wasalam.

– Me

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Hurmm. Speechless. I just wonder terkurung sangat ke hidup bawah ibu bapa. Kenapa ramai perempuan mudah sngt tunduk dgn lelaki. Mudah bagi tubuh pada lelaki dan diorng tak fikir ke masa depan atau kepada suami nanti. Apa yang perempuan fikir? Kenapa ramai yang confess benda² camni bila dah jadi, baru teringat mak ayah.

    Jangan marah. Just tertanya2 je. Sebab benda ni nampak mcm terlalu mudah berlaku.

  2. Sesetengah perempuan memang macam ni eh? Pilih lelaki nakal semasa couple dan serah jiwa dan raga.. bila serius nak kahwin cari lelaki baik yg boleh membimbing dan boleh terima kisah silam?

  3. mulai sekarang tolonglah libatkan Allah dalam apa jua perkara sekalipun, Allah uji tanda Allah sayang hambanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *