“Aku ngigau HUTANG tak bayar.. Hakikatnya…”

"Mulut dia selalu kata, aku takut hutang. Aku tak suka berhutang, aku ngigau kalau tak bayar hutang.. Hakikatnya….."

Assalamualaikum, aku rasa ni common problem untuk sesiapa yang ada kawan baik yang anggap kau ni memang manusia yang tak pernah susah duit. Padahal kau kerja masa belajar, kerah duit nak bukak company kecik2 sendiri, cadangnya untuk masa depan. Dan terpaksa puasa nafsu nak beli itu ini. Aku nak intro diri dulu. Mak aku kerja kilang, Abah aku dah meninggal. Sepanjang aku kat u macam2 jenis perniagaan aku cuba. *guna duit PT*
Dan aku bukan jenis meminta atau suka berhutang.

Tapi Allah uji aku dengan kawan yang rapat selalu keluar ke mana-mana selalu tak bawa duit. Memang spesis suka hutang aku. Sampaikan sekarang ni aku mental breakdown. Sebab semalam dia bayar hutang aku tak sama dengan yang dipinjam. Bila aku bayar makan dulu, dia tak ingat itu adalah duit pinjam. Dan akhirnya memang ke sudah dia tak bayar. Apa kah aku ni hidup untuk sara dia bila dia tak ada duit? Jujur aku kata, dia anak orang felda. susah mana pun engkau, engkau masih dapat elaun hidup dari orang kat kampung. Aku? Kena kerja, cari duit, siang malam tidur lewat untuk dapatkan duit. Cari customer, merangka masa depan aku. Aku tak cukup duit pun, bila kau ajak aku makan benda2 kau craving.. aku layankan..
Sebab aku kesian kau nak makan sorang tapi tak cukup duit. Even, aku pun sangkak beb. Aku sangkak.

Nampak macam memang aku ni tak ada masalah duit. Sebab aku cerdik manage duit. Aku beli apa yang perlu sahaja. Aku ada target setiap bulan untuk simpanan aku. Aku bukan keluarga senang. Kawan2 sebaya aku dah ada aset sendiri. Ini masa aku untuk bina kehidupan sendiri. Aku memang moody sangat harini. Sampai sekarang aku tak tahu berapa banyak kau tak bayar duit aku. Kau hari-hari depan mata aku, tiap kali kau pinjam kau tak cuba bayar, aku pun cuba redha. Tapi kau kena tahu, nak capai keikhlasan tu tak mudah.

Aku banyak benda nak kena tanggung dan bina. Semoga aku mampu ikhlaskan segala. Jadikan hutang kepada sedekah. Doakan aku.
Aku sedih sangat wahai sahabat… Sebab kau insan terapat dan terdekat. Jom muhasabah dan istiqamah.

Untuk pembaca, doakan business yang aku jalankan ini dipermudahkan dan dilimpahi rezeki. Supaya aku mampu untuk memberi lebih banyak daripada menerima…

Assalamualaikum.

– Dian Z

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Ada sebab kot dia jadi kawan rapat ko. Cuba ko jangan layan dia bab duit, ntah2 kena maki depan2… Aku selalu kena beb, bila nak duit, aku la dicari, bila aku takleh bagi, kaw-kaw kena maki, akulah manusia paling busuk hati dalam dunia sebab taknak bagi dia duit, ahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *