Pelajar kahwin di Siam kerana tidak dibenarkan nikah waktu belajar

Assalamualaikum.
Aku seorang pelajar di sebuah universiti awam di Malaysia. Ceritanya ketika aku di universiti aku bertemu dengan seorang gadis yang sekarang ni sudah menjadi tunangan ku. Tidak lama lagi kami akan berkahwin mengikut undang2 Malaysia. Mesti ramai tertanya kenapa aku cakap kahwin ikut undang2 di Malaysia. Sebenarnya, kami sudah dua tahun bernikah. Pada awal perhubungan kami, kami kerap bertemu dan selalu la dating sama2. Bila dah sayang ye la aku tahu tu bisikan syaitan aku pun ada la sentuh2 isteri aku semasa kami belum berkahwin. Tapi tak lama selepas itu aku mula sedar akan dosa yang aku lakukan. Lalu aku meminta keizinan untuk berkahwin semasa belajar. Aku yakin aku boleh. Tetapi permintaan aku itu ditolak sekeras2nya oleh ibubapaku. Puas aku menangis dan merayu tetapi tetap tidak diizinkan. Aku merasa sedih kerana aku mengejarkan yang halal tetapi tidak diizinkan oleh kedua ibu bapaku.. Belah pasangan ku keluarga dia mengizinkan namun mereka terpaksa akur bahawa keluarga aku tidak mengizinkan aku berkahwin kerana aku belum punya apa2. Tiada harta. Tiada rumah dan duit yang banyak. Lantas, aku tetap untuk mencari jalan untuk menghalalkan hubungan kami. Pada suatu hari ketika aku melayari internet, saje google2 aku terjumpa lag tentang nikah di siam. Tapi kebanyakkannya perlu bayaran yang tinggi.. Hmmm.. Lalu aku mencari bagaimana untuk bergerak sendiri ke sana. Terjumpa la satu blog tentang cara nikah di siam tanpa ejen. Aku selami aku baca setiap komen dan dari komen itu ramai blog visitor memberitahu pengalaman mereka. Aku cuba dan cuba akhirnya kami bernikah di Songkhla di pejabat agama Islam di sana pada 19 Ogos tahun bila rahsia.Hehe. Itu adalah tarikh nikah kami di sana. Selepas dinikahkan aku dan isteri berasa sangat gembira kerana hubungan kami telah halal. Apabila kami di Malaysia kami teruskan pembelajaran kami seperti biasa. Alhamdulillah setiap yang aku lakukan bersama isteri seperti makan di warung dan sebagainya aku rasa tenang kerana kami telah sah dinikahkan. Alhamdulillah pelajaran aku meningkat dan mendapat keputusan yang baik. Sekarang kami telah bertunang. Setelah 2 tahun kami bernikah dan habis belajar baru lah aku menyatakan yang aku ingin bertunang dengan isteri aku tu. Alhamdulillah mereka mengizinkan. Tak lama lagi kami akan bernikah mengikut undang2 Malaysia. Kesimpulannya di sini, sekiranya kita ingin berasa tenang kita haruslah mengejar yang halal. Aku telah berjanji suatu hari nanti kalau aku dah ada anak aku akan mempermudahkan urusan anak2 ku. Apa yang aku ceritakan hanyalah pengalaman aku untuk di kongsikan dengan korang. Siapa yang rasa sedap melakukan dosa percaya lah hidup korang takkan tenang. Jauhkanlah diri dari maksiat. Insyaallah hidup korang dipermudahkan.

– Muhammad

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

79 Comments

    • Betul tu. Kalau anak perempuan kenal laki penipu, scammer, laki orang…lari kat siam… Ok mungkin la mak bapak perempuan tu izinkan…tapi kalau mak bapak perempuan izinkan, nikah je la di malaysia.

  1. Really divided on this matter. First, betul dah nak menghalalkan hubungan. On the other hand, restu parents pon penting jugak. Honestly, i don’t think it’s wise to encourage young people to go for it (kahwin awal, kahwin tanpa kebenaran and etc.) but instead emphasize more about responsibilities rather than settle for some superficially seems like a good solution but we all know only works for some people.

  2. maaf bertnye..sy kurang arif dlm soal hukum.. bgaimana hkumnya jika sudah halal bernikah tiba2 encik suami kte skg kami telah bertunang? setahu sy adalah disisi islam istilah tunang & nikah adelah 2 perkara berbeza.. tunang menyatakan hasrat ingin memperisterikan wanita & menerima kptusan stuju dri pihak perempuan.. tetapi nikah sudah beerti sudah berkahwin atau menjadi yg halal.. adakah mksudnya yg tersirat seakan2 jatuh talak kmudian rujuk semula?..maaf di ats sangkaan sy seandainya salah..sy benar2 perlukan pencerahan dlm bab ni..

  3. ha ha ha ha ha matlamat menghalalkan cara.. ang dah nikah balik bayar denda register balik la.. pala bapak apa dok buat serupa bapak ampa punya hukum.. genius.. mengaji setinggi langit.. sahih mak pak melayu elit..

  4. Wei tak faham. Hang dah nikah , pstu sekarang tunang plk. Kire nikah siam tu cancel ke cemana. Bukan tak yah tunang dah ke , just register balik kat malaysia. Pelik la

  5. Nikah dah sah kenapa nak nikah sekali lagi? Terus terang je pada keluarga.. Daftarkan pernikahan di Siam tu di mahkamah kat pej kadi.(kena pastikan tempat nikah di siam tu berdaftar bkn sindiket) Bayar sedikit denda di mahkamah..mrk akan keluarkan sijil nikah.. buat kenduri sikit utk bgtau org ramai yg kamu dah kawin..
    x de org nikah 2 kali kecuali jika yg pertama tu x sah.. .ini agama.ini hukum.. bukan boleh buat macam rojak…
    Hadapi kenyataan Dik..sanggup buat kena sanggup juga berhadapan risiko.. drpd bonda Nadhirah

    • Kes dia ni kena settlekan di mahkamah. Dia kena bawa sijil nikah kat Siam tu ke mahkamah untuk tetapkan nikah dia tu boleh disahkan dan bg sijil nikah Malaysia atau perlu nikah semula…
      Cara yang adik ni nak buat x betul sebab x boleh suka hati nikah dua tiga kali.. apa2 mesti ikut prosedur…kat mahkamah Dik… sebaiknya tanya pandangan pihak pejabat kadhi…
      Nikah nak berkatkan? Buat ikut salurannya…
      Yg dah lepas tu biarlah..nak buat macamana.. yang akan datang ni, jujurlah pada diri sendiri dn keluarga.. mrk pasti marah tapi mrk pasti juga akan cari jalan keluar yang betul dan terbaik utk kamu berdua..drpd bonda nadhirah

    • Dlu mse ad cnfession pasal nikah di siam ni ade yg comment bg tahu nnti nikah sekali lg di msia x slah.. seperti memperbaharui akad nikah mcm tu.. sy pun x pasti n skrg dah jd cnfuse ni.. huhuhu

  6. Biar saya teka..awak sorang yg kelakar eh??
    mula2 cakap:
    “kami bernikah di Songkhla di pejabat agama Islam di sana pada 19 Ogos tahun bila rahsia.Hehe”

    Lepas tu cakap:
    “Setelah 2 tahun kami bernikah dan habis belajar”

  7. Kalau nak rahsiakan perkahwinan dekat siam tu tapi tiba2 dah mengandung sebelum kawen ‘undang2 malaysia’ tu camne? Boleh timbulkan fitnah kepada orang yang tak tahu yg sebenarnya dah kawen dekat siam tu. Tak ke lagi huru hara semua? Hubungan ngan mak ayah pon nanti entah macamana.

  8. Cara anda ni mngajar org lain utk mnipu ibu bapa, kwen kt siam snyp snyp….tp depan mak ayah ckp bru nk tunang..kalau dibuatnye mngndung cmne? .tp dari sudut islam cmne ek? Nikah 2x? Akad 2x? Wali? Boleh ke?

    • Tak perlu nikah balik… sah dah tu… lebih marhalah… x perlu wali… tp silapnya redha x da…. pjbt agama islam malaysia ada bg pentaulihan kepada kadi2 negara sana… cuma patutnya diorg kena bg tahu pjbt sini takut jd fitnah

  9. Hurmm… pendek akal bdk ni. Bleh plak main2 psal nikah. Ms dia nikah kt siam tu dia xdaftar ke kt malaysia? Klo dh sah knp perlu nikah lg sekali? Dr sibuk bertunang bagai selepas nikah baik mengaku depan parents masing2 tentang keadaan sebenar. Sibuk nk jga air muka dn maruah keluarga tp xpk psl perbuatan sndr sblm tu. Niat tu dh btl tp cara tu salah.Dulu membelakangkn keluarga dan skrg spt memperbodoh2kn keluarga plak. Nikah senyap2,tunang then nk nikah blk. Hurmm… apa kes la bdk ni?

  10. Aku takut nikah kat thai…sekarang ni hanya 3 tempat nikah thai je y diiktiraf x silap aku ….y lain semua x boleh..takut2 ko dan pasangan merasakan pernikahan itu sudah halal walhal tidak halal dan tidak diiktiraf jabatan agama islam thai…jd sepanjng waktu itu jika bersama sudah zina…jika dirujuk agama malaysia akan dihukum dan denda…kena pastikn betul2…kedua…kalau dah sah nikah diiktiraf thai…kenape nk tunang n nikah lg…cuma kene buat pengesahan d malaysia dan bayar denda…anda hendak memberi kan teladan takut anda pula yang patut diberi teladan….maaf jika salah…

  11. Berdasarkan pengalaman saya,prosedur untuk mengesahkan perkahwinan di Thailand agak memakan masa kerana perlu memanggil saksi(jika ada) dan kemukakan bukti yang mereka sudah nikah.Mahkamah perlu mendapatkan maklumat details tentang siapa jurunikah dan dimana tempat nikah.Sesi perbicaraan juga agak memakan masa.Tapi jika perkahwinan tidak sah,dan isteri mengandung,itu lebih membimbangkan.Tapi confessor sudah ambil langkah alternatif.Apapun,dinasihatkan bahawa segerakan membuat pengesahan di mahkamah syariah supaya status tidak diragukan.Jika wali pihak perempuan juga hadir di majlis akad nikah,maka prosedur menjadi lebih mudah.Tapi ada juga mereka yang mereka2 cerita bahawa mereka berkahwin di Thailand tapi apabila disiasat,mereka rupanya berkahwin di rumah sahaja .Jika sudah cukup rukun nikah,tidak perlulah khuatir.Dalam tempoh perbicaraan pasangan perlu tinggal berasingan dahulu sehingga keluar keputusan.Sebab biasanya perkahwinan tidak sah adalah ketiadaan wali dan perlantikan wali hakim.

  12. ada 1 ustaz kt u ni pon penah mengalakkan student kawen masa belajar.. siap bawak p siam menikah.. last hat mana kawen ni byk dah cerai berai.. katanya nanti bole kawen semula di
    malaysia.. habis hat cerai berai xdan kawen kt malaysia apa cita? kesian janda tp xdak bukti.. pungggaaaahhhh

  13. pening baca. kata dh nikah tp brtunang plak..dh nikah wtpe nk tunang2 dh ..dh sahkn ..tu katenye la..bab nikah jgn wt main2.. ade sbb kenapa parents uolls x stuju..dia nak ank dorg brjaya dlm hdp..keje baik2..agk2 la kalau fmily tau mst dorg sdehkn gn prbuatan awk ni..bila dh mnipu tu hdp jd x brkat..mmg la nk jauhkn maksiat dgn brkahwin tp bnyk cara lg slain brkhwin.mgkn jgn slalu brjmpe..brjmpe biar brteman.

  14. Yerr .. Ade org perangai sebijik mcm cite ko nih masa kt yuyaiyea dlu.. Siap ade sewa rumah luar lagi.. Yer mmg parents ko tak ksi kawen LAGI.. Tpi kau takleh nk tipu smpai mcm tue skali…perkahwinan ko mmg sah, kawen kt mana2 pn sah slagi ikut cara yg betul. Tpi ni situasi yg kau kena hadapi… Berdepanlah seperti ada telur dan beranilah seperti kau mula2 jejak kaki ke tanah siam dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *