Mencari Sedikit Cahaya

Assalamualaikum. Aku A, berusia 23 tahun. Sudah bekerja selama setahun dalam sektor kesihatan di sebuah agensi swasta di Utara.

Aku nak minta pendapat pasal tempat kerja dan apa yang patut aku buat sekarang.

Aku perlukan nasihat dan juga pendapat daripada korang semua. Mungkin ada yang pernah alami boleh berikan idea untuk jalan penyelesaian.

Karangan mungkin sedikit panjang, sebab sebelum ni aku tak pernah cerita kat sesiapa manusia hanya pada si Dia.

Aku tak tahu bagaimana untuk luahkan apa yang tersirat dalam hati dan fikiran aku. Benda ni akan sentiasa repeat dalam otak aku sampai aku rasa macam nak give up sangat.

Bila benda macam nie selalu ada dalam otak aku, aku tak boleh kawal untuk sakitkan diri aku (tampar, ketuk kepala etc) sebab time tu aku rasa tak sakit yang sakit hati dan otak aku. Apa yang aku buat sikit pun aku tak terasa.

Pipi aku juga pernah bengkak dek kerana perbuatan diri sendiri. Dan banyak kali juga aku menangis teresak-esak sambil menjerit sekuat hati sambil bawak motor dengan kelajuan hampir 115km setiap hari.

Perjalanan aku setiap hari mengambil hampir 100 km pergi dan balik, time ni sahaja aku boleh lepas. Nasib boleh pakai mask.

Tempat kerja aku ada seorang Senior yang hampir 10 tahun berkhidmat disitu. Semenjak aku masuk Company ni, ada saja salah aku yang dia akan cari.

Dari awal dia pernah cakap dia benci aku sebab bila aku cakap dengan patient macam mengada-ngada. Benci, bukan tak suka. Apa saja yang aku buat walaupun hanya salah sedikit, dia akan heboh habis satu company. Aku itu, aku ini sampai ke hari ini.

Aku bukan cakap dengan nada yang menggoda, tidak sama sekali. Kebanyakan pesakit adalah dari golongan warga emas. Wajar untuk aku bercakap lebih sopan dan lembut.

Mungkin cara aku bercakap itu salah dek kerana setiap pesakit yang aku layani aku anggap macam mak ayah sendiri, macam ahli keluarga sendiri.

Macam mana aku bercakap dengan parent aku macam itulah aku bercakap dengan pesakit. Kadang yang datang tak berteman, seorang diri.

Bila kita sebagai orang yang nak merawat beri rawatan dan juga perhatian yang bagus, pesakit juga akan senang. Sebab kadang yang sakit bukan hanya zahir tapi juga batin.

Bermulanya PKP, semua Syarikat diarahkan untuk bekerja dirumah kecuali beberapa agensi berwajib termasuk syarikat aku.

Disini banyak staff dipindahkan ke cawangan yang besar kerana waktu kerja telah dipendekkan dan di cawangan besar lebih perlukan lebih ramai pekerja untuk buat sale.

Aku tetap di cawangan yang sama dengan Senior dan ini membuatkan dia mulai rapat dengan aku. Mungkin sebab terpaksa, tiada siapa untuk dia bersembang.

Waktu rapat, memang dia akan keluarkan lawak yang bagi aku memang menguris hati (kadang panggil bod**, beti**, ba** dan  juga pernah dia pernah perkenalkan aku dengan memanggil aku beti** depan patient).

Aku tahan. Time tu, aku malu sangat. Bagi aku jika nak kenalkan sesiapa dekat seseorang tak boleh directly macam tu. Sebab aku dengan patient tu tak pernah bersemuka. Tak rapat.

Satu hari, kita orang cakap tentang pekerja baru yang kebetulan namanya sama seperti Senior aku. Semuanya sama tak aku nafikan, kelebihan dan kepandaian memang sama.

Kawan sekerja yang lain pulak boleh terlepas “dan dia cantik” dan aku iyakan sambil ketawa.

Waktu tu dia marah aku, sebab hina dia. Sumpah aku tiada niat walaupun sekelumit zarah nak hina dia atau apa. Dia comel sahaja di mata aku.

Dan, dia doakan aku yang bunyinya sebegini, “Aku doakan kau balik nanti excident dan dapat cacat kekal. Biar kau tak cantik. Waktu excident tu, ingat doa aku ni.”

Dan aku bagi tahu dia, yang selama nie “Senior melawak kasar boleh, tapi bila macam nie terus sentap. Selama nie Senior melawak macam macam saya okay” Padahal bukan aku yang mulakan.

Malam tu, aku personally mesej dia untuk minta maaf sebab aku tahu aku juga salah. Dan lepas tu, hubungan kitaorang jadi hambar. Aku jadi takut untuk bercakap apa-apa dengan dia.

Dan ya, benda ni satu syarikat tahu dek kerana status dia. Aku tak boleh tengok, tapi ada yang tolong bagi tahu.

Selepas peristiwa tu, Dia masih sama seperti radio bahkan lagi teruk menyampai jika aku buat salah. Bukan salah aku juga, aku juga kena sebab tak perlu check CCTV bila dah nama aku sahaja yang naik.

Markah aku semakin sedikit. Walaupun bonus memang takkan dapat tahun ini tapi sedikit sebanyak maruah aku juga tercalar.

Jujur aku cakap, sumpah bila ada patient yang complaint ada barang yang tak cukup/ tersalah bagi dan bila check semula itu salah dia. Aku diam dan cuma bagi tahu dia. Bagi aku benda boleh settle, buat apa nak kecoh.

Sebenarnya banyak lagi, banyak kali tapi cukup rasanya serba sedikit. Aku juga ada masalah lain di luar tempat kerja seperti orang lain juga.

Semua ni sedikit sebanyak memberi impak pada kehidupan aku. Hanya sedikit aku ceritakan. Aku pendam dan lepas hanya pada Dia.

Aku solat dan sebagainya. Dan sekarang aku ada berniat untuk berhenti. Kadang tu bukan hanya fikir untuk berhenti kerja bahkan lebih pada itu.

Aku dilema rasa macam betul b*d*h, aku takut dengan hidup aku. Sekarang aku rasa aku toksik, sangat tak berguna, dan seorang yang gagal. Tolong aku.

– A, Yang Clueless. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *