Benarkah keterpaksaan itu kunci kepada keikhlasan? tiba² teringat pada salah 1 artikel dakwah yg pernah dibaca sewaktu sekolah dahulu. Penulisannya agak sempit, skop perbahasan seputar menyokong kaedah paksaan tanpa dijelaskan kontradiksinya. Sebagai contoh, segelintir anak² yg pernah dirotan mengakui bahawa hukuman sedemikian telah membuat dirinya menjadi manusia seperti sekarang. Namun adakah "kesemua" anak yg dirotan itu "terjamin" akan dirinya menjadi manusia yg berguna? Ada yg mengakui tidak mendapat apa² manfaat dari itu, bahkan sesetengahnya menderita penyakit mental dan dispressi. Saya tidak menolak pandangan yg menyokong hukuman rotan itu, ada sudut pro dan kontra nya, bergantung pada cara perlaksanaannya. Apa yg saya pasti, hukuman/paksaan itu bukanlah segala-galanya dalam menentukan nasib dan masa depan seorang manusia seandainya DIDIKAN,ILMU dan CINTA belum diberikan sepenuhnya. Saya juga percaya seorang manusia itu menjadi "berguna" atas pelbagai faktor – pengalaman hidup, bukan rotan/paksaan semata-mata. Paksaan yg membuat anda menjadi buta – sila tinggalkan. Saya tidak selesa dengan terma "paksaan", sebaiknya terma yg sesuai adalah "pendidikan".
– Gadis_Thinker
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Apape pun, kite kembali kepada Qur’an dan Hadith.
keterpaksaan salah satu kunci keikhlasan…paksa diri sendiri la bukan org lain
Flow dia bagitau dulu, ini boleh buat, ini tak boleh buat. Sekali silap, tegur baik2. 2 kali garang sikit. 3 kali, piap! kat betis. Kena bgtau la sebab apa kena.
Yang depression tu biasa dia x tau salah apa, tiba2 kena.
Keterpaksaan awal2 sampai benda tu dah sebati dgn diri. Mcm duduk mahallah tingkat 4, mula2 mmg penat, lama2 relaks je panjat. Tu je.