Hobi dan Nasib

Aku pelajar tahun akhir di kolej swasta… akan grad tahun ni juga.. aku bukan pelajar yang pandai.. pointer 3.0 pon tak lepas… usaha, baca buku,join group belajar,buat nota(segala amalan pelajar yg the best aku buat)… tapi semua nya bila dapat result masih sama… okey.. bukan nak cerita tu sebenarnya.. hehe…

Aku dalam masa belajar ni,aku bukan pelajar yg boleh duduk diam, macam2 kerja aku buat… aku join motivation group,belajar bagi talk dekat budak sekolah… lepas beberapa bulan aku slow down… buat bila dapat jemputan… lepas sebulan lebih aku buat satu kerja yg tak de dibayar gaji.. buat kerja amal… hampir setahun juga lahh.. sekarang dah slow, nak fokus final dengan iruskan family… kelebihan aku dapat dari family.. dari semester 1 aku dah dapat kereta… parents bagi utk senang berulang… tapi family aku bukan orang yg berada… kadang2 aku pon sesak tak da dyut nak isi minyak nak balik kampung…

Masa aku buat kerja amal,dengan uruskan abah aku keluar masuk hospital…that time, aku keluar masuk asrama…berulang tiap2 minggu.. isnin pagi balik kolej.. rabu petang dah balik kampung balik..bilik yg aku duduk bilik baru.. baru sem ni aku masuk… masa aq tengah sibuk2.. aku meniaga dekat asrama,cari duit poket(sambil2)… dah beberapa kali aku menjual dekat asrama… than minggu tu aku kene pegi buat asgment group dekat Pahang… duit belanja aku nak g pahang dengan duit meniaga aku hilang… aku malas nak heboh duit aku hilang.. just cakap dengan room mate aku je lahh…

Lepas aku balik dari Pahang.. aku sibuk dengan Asgment.. kejar due date… than… satu malam room mate aku ajak jumpa satu rumah.. okey lahh… aku pon berkumpul dengan semua house mate aku… nak jadikan cerita.. duit room mate aku hilang… hati tu hilang Rm 100… sebelum2 nie ade gak hilang.. tapi dia tak bagi tau aku as room mate dia… satu rumah tuduh aku… sbb aku je yg keluar masuk bilik tu.. ye lah bilik dia.. bilik aku jugak… lepas bincang2… room mate aku tu dah mengamuk2… aku kata aku tak tau.. dan aku tak ambik… aku tau halal haram… yg aku paling hangin.. kata mcm mana doa,berkat seorang anak kepada mak ayah yg sakit.. tapi aku still cool.. sbb aku ta ambik… dah semua geledah barang2 aku… that time aku tengah kusut.. aku buat keputusan aku bak keluar dari rumah tu… dan aku dah ambik semua barang2 aku kat asrama…

Tapi sampai sekarang diorang diam… aku minta maaf keluar dari rumah tu pon diorang diam… aku ada pegi jumpa penyelia asrama aku.. penyelia aku minta masa untuk dia siasat… entah.. aku keliru.. dan aku nak tau sangat siapa yg ambik duit aku dengan room mate aku tu.. just aku boleh doa dari jauh je lahh…

Buat semua… hati2 ya bila letak barang berharga… bila benda jadi dalam bilik means problem.. please share with your room mate… tak kira lah besar atau kecik… jangan simpan.. takut nanti dah menuduh… semua tu dah jadi fitnah.. ok…

– Cik Arjuna

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *