Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca iiumc..
Nama aku Faedah (bukan nama sebenar). Aku dan suami merupakan pegawai Ar-Rahnu di sebuah syarikat yang sama dan telah berkhidmat selama hampir sedekat lamanya.
Pada pertengahan PKP yang lalu aku telah banyak membaca mengenai RIBA.
Apa yang telah membuat kami (aku dan suami) rasa seperti dihempap batu besar diatas kepala adalah pekerjaan kami sekarang adalah mempunyai unsur RIBA yang sangat jelas lagi nyata.
Ternyata gaji yang telah kami perolehi selama ini tidak halal lagi bersih.
Pada mulanya suami agak susah untuk menerima kenyataan pekerjaan kami sekarang melibatkan RIBA.
Tapi Alhamdullilah Allah bukakan mata dan hati suamiku untuk mengkaji dan membaca lebih mendalam berkenaan pekerjaan kami dan RIBA.
Masalah lain yang terjadi adalah kami telah melakukan kesilapan yang paling besar aku rasa ialah membeli sebuah rumah yang telah siap 80%.
Dan kami telah mula membuat bayaran selama 3 bulan baru-baru ini. (Jun-Ogos 2020) Harga rumah yang aku beli RM300k ++.
Bila da sign loan dengan bank hutang jadi RM500k ++ (35tahun). Waktu sign perjanjian jual beli rumah memang tidak terlintas langsung difikiran ku mengenai RIBA ini. Jahilnya aku ketika itu.
Duit untuk bayar bulanan rumah aku akan ambil sedikit nanti dari akaun 2 kwsp dan aku tambah sikit duit gaji aku. (Terang lagi bersuluh sebenarnya tak mampu nak beli rumah).
Suami juga ada membuat personal loan pada tahun 2013 dengan bayaran bulanan sebanyak RM800 selama 9 tahun.
Tapi apabila kami hendak membeli rumah, suami telah membuat overlap personal loan untuk kecilkan bayaran bulanan dan tambah tahun pinjaman. Sepatutnya personal loan suami berbaki 4 tahun sahaja lagi.
Bermakna bila suami aku buat overlap tahun akan bertambah lagi 6 tahun (10 tahun personal loan).
Aku membantah cadangan suami untuk overlap sebab tahun berhutang makin panjang walaupun bayaran makin berkurang.
Tapi suami cakap baki dari bayar bulanan personal loan yang lama tu boleh topup duit bayar bulanan rumah.
Aku juga mempunyai 2 biji kereta diatas namaku. Tapi aku telah menjual sebijik kereta ku kepada suadara terdekat tanpa tukar nama (sambung bayar).
Oh ya terlupa juga suami ada 2 kad kredit yang hutangnya telah tertunggak selama 6 bulan bernilai RM4k. Kad kredit ni kami selalu guna untuk tuang minyak atau beli pampers anak.
Alhamdullilah gaji bulan lepas kami berjaya langsaikan hutang kredit kad suami. Lapang dada aku selesai 1 masalah RIBA ni.
Walaupon gaji kami berdua agak besar bila digabungkan tapi tetap jugak tak cukup untuk kami memyimpan.
Makan pakai memang cukup tapi hati tetap rasa tak tenang tetap rasa tak cukup nak lagi dan lagi. Mungkin tak berkat kan.
Suami ada minta pendapat seorang ustaz yang datang memberi ceramah dekat surau rumah kami mengenai pekerjaan, rumah, kereta, serta kad kredit. (Ni semua RIBA yang kami tanggung)
Ustaz tersebut memberi penjelasan bahawa kalau ade akad semasa transaksi Ar-Rahnu, upah simpan yang dikenakan kepada pelanggan tidak dianggap RIBA kerana adanya lafaz akad tadi..
Tapi melalui apa yang kami baca dan dengar melalui ceramah dalam Islam kalau kau pinjam RM100 kena ganti balik RM100. Bila ko ganti RM110 yang RM10 tu dianggap RIBA.
Aku jadi sangsi dengan penyataan ustaz tersebut. Jalan terakhir untuk menyelesaikan masalah RIBA dalam pekerjaan aku dan suami adalah berhenti kerja. Sebab gaji yang kami dapat sah2 haram dan tak berkat.
Bila kesedaran mengenai RIBA ni datang pada kami, aku ada bagitahu suami nak berhenti kerja cari kerja lain atau jdi surirumah sahaja.
Suami pon ade menyatakan hasrat untuk berhenti kerja dalam tahun ni jugak. Suami berhenti dulu dalam 3 4 bulan aku pulak yang berhenti.
Suami ade buat perancangan lepas berhenti kerja kami sekeluarga balik kampung dan suami nak mula jadi petani.
Aku tak kisah rumah kene lelong nama kene blacklist.bir muflis dekat dunia jangan dekat akhirat.
Tapi yang aku risau dekat akhirat nanti roh aku terawang-awang sebab masih lagi ade hutang yang tak langsai (rumah dan personal loan).
Soalan aku sekarang ni macam mana dengan loan rumah dan personal loan suami. Suami cadang loan rumah tak payah bayar sebab rumah pon baru 80% siap.
Personal loan tetap kami bayar. Kereta aku boleh jual sebab time beli dulu deposit aku bayar lebih 10%.
Ada sesiapa ke dalam ni yang sudi bantu kami keluar dari kemelut RIBA ni..
P/s: RIBA ni banyak tapi ni je yan aku paham buat masa ni.
– Faedah @ Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit