Ampunkan Aku Ya Allah

Aku seorang anak, seorang ibu, juga seorang isteri. Aku seorang anak yang dibesarkan dalam keluarga yang baik namun toksik.

Siapa yang toksik? Ibu aku yang sangat aku hormati.

Aku anak yang taat, tidak pernah menengking, apatah lagi memarahi, apatah lagi mencaci, kerana bagi kami, ibu itu syurga kami walaupun kami sudah berumah tangga.

Namun, kenapa toksik? Di sini luahanku…

Aku anak bongsu dan aku satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu dan ayah aku, memandangkan adik-beradik yang lain menetap dengan keluarga kecil mereka.

Tapi aku? Aku tak mampu keluar daripada rumah, nescaya aku anak bongsu, tambahan pula aku dan suami LDR. Aku pula memang kerja di kawasan tempat sendiri.

Aku anak yang beruntung, anak-anak aku juga beruntung kerana ibu dan ayah aku masih ada, dan aku dapat jalankan harian aku dengan tenang. Tapi aku masih anak yang berdosa.

Ibu aku toksik kerana ibu aku melebihkan perasaan orang lain berbanding kami anak-anak.

Ibu aku lebih menjaga hati orang luar berbanding kami anak-anak. Ibu aku lebih mendengar pendapat orang lain berbanding kami anak-anak.

Sudah lama aku bertahan, bahkan mungkin adik-beradik yang lain juga turut bertahan, namun mereka beruntung kerana tidak berdosa kerana mereka tidak tinggal sebumbung dengan ibu aku.

Aku anak yang berdosa kerana setiap kali cemuhan dan rungutan ibu aku, aku akan serap.

Aku serap namun aku kerap juga makan hati dengan tabiat ibu aku yang selalu ingin difahami namun tidak cuba untuk memahami situasi anak-anak. Ditengking, didiamkan berjam-jam, malah berhari-hari bila ada benda yang ibu kecil hati dengan kami anak-anak.

Hal kecil namun diperbesarkan, alasan, “Aku ibu kamu…” Betul atau tidak, diam. Allahu Akbar. Sampai tahap kami tidak mampu untuk mengulas untuk memberi fahaman.

Ego ibu terlalu tinggi. Keras hati ibu terlalu tebal. Aku menjadi stres, aku menjadi depressed.

Sampai suatu tahap aku pernah bertanya dalam hati, “Sampai bila usia ibu?”

Ampunkan aku Ya Allah… Aku tahu ini ujian-Mu buat aku sebagai anak… Tapi aku cukup bertahan lama.

Aku sampai tahap nak buat EG tukar ke kawasan luar bandar atau setidaknya aku tidak berada di kawasan tempat ibu aku tinggal.

Aku ingin pergi, melangkah jauh dari ibu aku. Namun aku sayang mereka berdua.

– Anak yang berdosa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Teruskan niat awak untuk mohon tukar ke kawasan lain. Demi kesihatan mental dan kesejahteraan keluarga rasanya lebih baik pindah keluar dari rumah tu. duduk asing dan lebih baik luar kawasan. Semoga awak dan adik beradik terus sabar dgn kerenah ibu awak

    • betul.. kena jaga juga mental health sendiri, sayang diri sendiri jugak.

  2. Sepatutnya awak dah kahwin kena usaha duduk asing berdikari.Dah tau perangai ego keras pedal mak awak tapi masih memilih untuk duduk bersama.
    Lepas tu meroyan.

    Mak jenis degil macam tu memang tak makan saman.Awak tak salah pun jika sakit hati dengan dia.Doa Aje lah dia mati cepat agar dosa dengan anak tak menimbun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *