Tak Berduit Hujung Sem?

Assalamualaikum wrbh

Thanks Admin kerna kau sanggup approved post aku "Punca Aku Dekat Dengan Tuhan" sebelum ni.

Aku belum dekat lagi dengan Allah, tapi aku rasa selamat bila aku fikirkan Allah. Jangan salah faham dengan tajuk aku.

Hari ni nak confess sikit pasal rezqi (rezeki).

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Aku mulakan confession aku dengan puji-pujian ke hadrat Allah SWT. Aku baru je lepas makan malam bila aku tulis ni. Aku makan nasi, telur, dan sayur — dan ini meal pertama aku untuk hari ni.

Aku seorang yang menjaga bab makan. Aku bukanlah orang yang susah, senang pun tak. Biasa-biasa je. Ada kala sempit, ada kala lapang duit. Sekarang…dah hujung bulan.

Minggu 12,13 rata-rata IPT program ijazah.

Aku tahu ramai tak berduit bila dah hujung sem

(oh sedap pulak keypad phone aku masa tulis confession ni–iklan)

Aku pun sama.. Tak ada duit hujung sem.. Aku tak sedar tiba-tiba duit tinggal RM50. Selalunya perniagaan aku berjaya tapi sem ni berjaya masa awal sem je, dah hujung sem aku dah sengkek , pinjam duit company aku (istilahnya mencuri duit company sendiri) dan akhirnya aku tak ada modal nak roll.. Tapi sem ni aku berjaya pertahankan wang pinjaman aku sehingga week 12. Allahuakbar. Tak sangka!

Selalunya week 10 dah habis.

Ada juga kawan aku seakan mengejek "ke mana duit berniaga kau"

Ada je, tapi aku guna untuk makan. Berjimat? Aku dah berjimat tahap gaban.. Hanya Allah je tahu tahap jimat aku..tapi pesan Ma dekat rumah..dia suruh aku jaga dua benda masa dekat tempat belajar..1) makan 2) barang belajar. Yang lain ketepikan.

Ya aku ketepikan.
Tudung aku pakai ni tak bertukar-tukar dah.. Pakaian aku siap berbulu lagi tau tak tukar..sejak sem 1..hmmm

Selagi masih okay aku pakai je. Ada juga yang berjahit..sebab butang tercabut..alhamdulillah.. Allah bagi aku kebolehan menjahit dengan kemas..ada hikmah aku belajar dulu, dapat juga jahit baju sendiri bila koyak

Bukan tak nak beli baju baru..

Tapi..hmmm itulah, jimat

Selain tu..aku jimat macam-macam dah. Malas nak cite panjang.. Korang bosan.

Cuma aku nak cite apa tujuan utama aku tulis.. Setiap kali aku sengkek, aku akan minta dekat Allah.. Aku risau minta dekat Ma aku.. Risau..

Aku istighfar hari-hari 100x ke atas, kadang tu terlupa juga..

Tiap kali hujan…akulah orang paling gembira sebab masa tu doa makbul tau.. Waktu hujan aku akan sungguh-sungguh minta Allah murahkan rezeki aku nak teruskan hidup atas muka bumi ni dengan bagi aku benda basic macam makanan, kesihatan, kefahaman nak belajar.. Alhamdulillah.. Esok hari je mesti ada ja rezeki aku masuk.. Tak tipu weh. Wallahi

Kalau aku teringin makan sedap sikit kan, ada je hamba Allah yang baik hati bagi aku makan benda yang aku teringin dari sedalam dalam hati aku..

Allah.. Tiap kali tu aku menangis bila aku dapat makan..

Malam ni aku makan nasi telur sayur tu pun sebab ada orang datang bagi..aku doakan dia berjaya dunia akhirat! (menangis)

Pernah aku ada duit RM1 dalam poket….

Aku doa kat Allah..
Allah.. Esok aku nak makan…aku tak ada duit..

Malam tu juga tiba-tiba ada orang bayar hutang…aku pun tak ingat dari mana dia bayar hutang…

Kadang-kadang jumpa duit dalam quran.. Mungkin sebab aku yang simpan dulu-dulu tapi aku lupa.. Aku jenis selit duit merata.. Huhu

Kenapa tak minta dekat Ma?

Sebab Ma sekarang pun tak senang, ada duit….ada.. Tak ada…tak ada lah..

Bila member ajak keluar gi makan aku akan elak..bila member ajak gi jalan mall ke, aku elak…sebab? Aku risau dorang gi makan tempat mahal..so end up aku tak de member…tapi tak pe aku ada Allah.. Allah sentiasa temankan aku…

Rasa sejuk je bila ingat kat Allah…

Hmmm esok aku akan puasa, bukan sebab nak berjimat la. Betulkan niat…kerana Allah…

Sambil tu berjimat..hehe

Kesimpulannya aku nak cakap kat sini..apa hal sekalipun dalam hidup kau…..time sengkek ke senang ke Allah tu adalah prioriti kau

Kau kena selalu cakap dalam hati…

"Allah redha tak dengan aku"
"Allah.. Aku nak belajar ni..aku mohon ampun, berikan aku kefahaman.."

"Allah… Duit aku dah habis ya Allah..berikan aku jalan untuk cari duit ni ya Allah"

Lepas tu baru kau usaha. Tu baru betul.. Ape jadi dalam hidup kau Allah yang atur..

Hmm lagi satu…

Aku sekarang tengah sakit. Sakit ni bagi aku teruk…jarang ada dekat orang..tapi famili aku tak tahu… Member aku sorang je tahu.. So jadi ape ape kat aku dia tahu..

Eh ini ujian je kat dunia
Tak pe.

Aku redha je. Janji aku sekarang happy..sebab ape? Sebab Allah ada.. Tak nampak..tapi dapat rasa…(sebak lagi..hmm)

Cuma kepada sesape yang rasa hidup dia susah.. Jangan risau K, kita susah sama-sama walaupun kau tak kenal aku, aku tak kenal kau..

Usaha je banyak-banyak

Antara usaha kau janganlah tinggalkan solat, taat kepada Allah, taat pada Mak Pak, taat pada Rasulullah, belajar rajin-rajin.. Selalu solat sunat nak topup kau punye solat wajib yang kita tak tahu sah ke tidak.. Banyakkan berkawan..tolong orang..

Haa..satu lagi..bila orang minta tolong kan.. Kau jangan fikir "siapa" yang mintak tolong atau ape sikap dia pernah buat kat kau.. Kau tanya diri kau, mampu tak kau tolong? Hati kau tak kan bohong..nafsu kau je berbohong..

Hehe.

Tolong je. Nanti bukan dia nak balas jasa kau. Allah yang nak balas. Tuhan kau Yang Satu.

Lepastu…zikir tu biase biasekanlahh.. Macam…istighfar (sebab tak tahu ape dosa kau siang tadi kau buat.. Ushar awek ke) atau tasbih, tahmid, apa je yang kau tau..

Dhuha..
Sedekah..
Dua benda penting. Kau pun tak de duit kan? Waktu ni la kau kena sedekah.. Tengoklah nanti apa Allah bagi.. Hmm aku pernah bagi RM10 je kat budak ni.. Tiba-tiba minggu depan ada ramai pelanggan nak beli..kuasa Allah…yg penting ikhlas..

Samada Dia bagi kau cash segedebuk atau Dia bagi kau rezqi yang tak putus (berterusan walau sikit).

Jangan putus asa…
Kau belajar je..
Kau taat je..

Itu je.. Hati kau tenang, baru ada aura +ve.

Hmmm

Tapi sesusah susah aku,susah lagi orang lain yang makan kangkung je tiap hari…susah lagi orang yang tak dapat sambung belajar,susah lagi orang yang tak de internet nak buat dropship,susah lagi orang yang tak de Mak pak yang nak bagi duit belanje makan, susah lagiiii orang lainn..

Aku senang sikit dari dorang..tapi darjat orang susah dari aku lagi tinggi dari aku jika dorang sabar.

Allah.
Cemburu……

Doakan aku tabah ye kawan-kawan..kalau hujan,banyakkan doa..merayu..merintih kat Allah..

Lama-lama air mata jatuh..tanpa kau sedar… :'(

Macam aku tengah taip ni.
Hmmm terimakasih baca..

– kudapan

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *