Rindu seorang anak

Assalammualaikum.
Andainya luahan aku ini disiarkan, terima kasih admin.

Selamat Hari Ibu buat ibu2 yg membaca luahan hati aku ini. Tahun ini, merupakan tahun ke 10 mak aku meninggalkan kami sekeluarga kerana derita kanser rahim. Namun bagi aku, ia nya bagaikan semalam berlaku.

Sepuluh tahun yang lalu…

Ketika aku form 3, aku mula sedari mak yg selalu sakit. Puas berubat ke sana sini. Mak yg septutnya telah monopouse, secara tiba-tiba mengeluarkan darah lagi. Bagi orang kampung, dikatakan mak diikuti pelesit. Maka berubat lagi lah mak. Kadangkala mak akan pulih. Tapi bukan sepenuhnya. Makin hari aku lihat makin teruk sakitnya. Tapi mak masih gigihkan diri membuat kerja-kerja rumah dan memasak. Tak pernah aku lihat mak meninggalkan kerjanya walaupun sakit demi anak-anak. Hinggalah aku form5. Kesihatan mak merosot. Mak tidak dapat lagi mengawal pembuangan air kencingnya lagi. Setiap kali mak bangun berdiri, secara tidak sedar, air kencing mak akan mengalir. Mak malu. Namun aku cakap, tak mengapa, chik akan cuci. Puas aku nasihati mak untuk pergi ke klinik. Mak berdegil. Katanya siapa yg akan menjaga makan minum ayah dan adik-adik sekiranya mak ditahan di wad. Oleh sebab aku bakal hadapi SPM, aku diamkan sahaja.

Ketika menghadapi exam SPM, setiap malam mak akan mengeluh sakit. Ayah pula gemar lepak di kedai kopi pada waktu malam. Maka,aku lah yg akan memicit badan mak sambil membaca buku. Kadangkala picit dulu then baru study hingga ke lewat malam. Kerja-kerja rumah juga aku lakukan sambil membaca buku. Setelah tamat exam, aku pujuk mak utk ke hospital. Akhirnya mak ditahan di hospital dan doktor mendapati kanser mak telah merebak hampir ke seluruh badan. Baru lah aku tahu, sebenarnya mak telah sedari dia hidapi penyakit bahaya ini. Namun demi anak-anak, mak sembunyikan dari kami.

Mula dari itu, mak semakin sakit teruk. Setiap malam mak akan jerit kesakitan. Luluh hati ini mendengar jeritan kesakitan mak. Mak juga tidak mampu bergerak bebas kerana sakit. Maka, aku lah yg membantu mak mandi, basuh n tolong buangkan air besar n kecil beliau. Kadangkala aku terlalu letih, aku terlelap tidur sambil duduk di kerusi di hospital. Pabila terjaga, aku lihat, mak merenungku. Hingga kini aku tak pasti kenapa mak kerap merenung wajahku.

Hari-hari akhir mak, mak selalu berkata, kamu jaga adik-adik dan rumah elok-elok yea. Nanti mak dah takde. Kamu kena kuat. Kuatnya aku hingga aku tidak mengalirkan airmata. Walaupun pada hari pengkebumian mak. Setelah bergelumang dengan kanser selama hampir 3tahun, mak meninggal dunia.

Ketika mak masih hidup dahulu, mak selalu marah ayah sebab mak tidak suka warna kereta yg ayah beli. Aku lah dgn bangga berkata, "Takpa mak, chik bsaq nanti, chik belajaq btul2, dan bagi mak pilih warna keta apa ja yg mak suka". Ayat aku inilah yg buat hati mak aku berbunga-bunga selama bertahun-tahun.
Setelah akak aku yg sulung bekerja, barulah mak berasa senang sikit dan kami mula menyambut hari ibu. Pada tahun pertama, kami kumpul duit beli perfume jenama Avon. Hanya itu yg mampu. Mak sgt gembira. Tahun kemudiannya, mak requested, mak mau set periuk. Kami adik-beradik simpan duit bersungguh-sungguh. Akhirnya kami berjaya hadiahkan set periuk yg murah je. Tapi mak paling gembira. Disimpannya set periuk itu. Jika ditanya kenapa tak digunakan, jawapannya, "ini je lah harta yg aku ada".

Kini aku telah berkerjaya. Masih lagi tidak bekereta. Aku masih ingat kata-kata aku pada mak dahulu. Alangkah bahagianya orang yg masih punya ibu.

Aku kini, rindu. Rindu akan bebelan mak. Rindu akan masakan mak. Rindu nak berebut tv dgn mak. Rindu nak dengar mak kejut bangun pagi-pagi. Rindu nak celebrate hari ibu bersama mak. Setiap kali hari ibu, aku pasti akan excited , bertanya kpd rakan-rakan. Apa yg korang hadiahkan pada ibu? Ataupun, cantiknya jubah ni, xbelikan ke pada mak? Selalunya jwapan mereka, "alaaa..xperlulah. Ayah sy ada. Biarlah ayah yg belikan". Atau pun jawpan, "buat apa sambut hari ibu. Nie semua haram".
Sedih aku yg mendengar. Seksanya tidak beribu ini lain. Sementara dia masih hidup, korang ambil remeh jer.

Aku luahkan ini, kerana aku rindukan mak. Benarlah kata orang, makin lama mak meninggalkan korang, rindu itu makin menebal. Andai korang tanya siapa yg aku harap dapat berjumpa dan berbual jika aku diberi peluang, mestilah jawpan aku "MAK".

Nie lah rasanya sepi dan rindunya seorang anak.

– Anak

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

17 Comments

  1. Hari tu mak sy keluar darah macam period. Kami desak mak pergi hospital tapi mak taknak. Kami takut tapi apakan daya kami jauh. Sy dan akak dua2 di Sabah.. Jujurnya takut kehilangan mak sebab arwah ayah dah lama meninggal. Mak je harta kami. Tiap hari doa, Allah cabut setiap kesakitan jika mak ada sakit.. Beri kesembuhan pada mak.. Baca luahan ni, makin bertambah sayu hati..

  2. saya pun rindukan arwah mak…kadang2 saya saja call nombor emak…even saya tau takda dlm talian…arwah mak ibu tunggal pun sakit…sblum pergi…saya selalu denied hari ibu…hari lahir saya…hari2 penting…sbb saya rasa dah takde tmpat nak share pun…al fatihah utk ibu2…

  3. kesian kat mak awak. kesian kat awak juga. orang perempuan ni dia suka barang2. kalau dia sayang dia tak guna pun barang tu sebab….ni lah saja harta yg aku ada kata nya. semoga Allah beri dia berbagai kenikmatan yg lebih baik dari yg dalam dunia ini. Allah ambil dia sebab Allah sayang dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *