Celakalah kamu wahai anak lelaki

Aku ada seorang abang. Abang yg menjadi anak kesayangan ibu satu masa dulu. Abang yg menjadi kebanggaan ibu. Menjadi harapan ibu. Memang aku sndri akui abang ak baik orangnya, rajin tolong ibu, dengar cakap ibu. Tapi semua tu berubah bila abang aku kahwin. Abang aku sangat melebihkan bini dan mertua dia. Dari segi semua aspek. Sampaikan aku sendiri pelik sapa yg lahirkan dia, sapa yg support dan bagi duit kt abang aku selama ni, sapa yg bagi duit hantaran berbelas ribu kt dia utk kawin. Semua ibu yg bagi. Abang aku kerja bagus. Pegawai IT beb! Tapi selama dia kerja, satu sen pon x pernah bg kat ibu aku. Sampai dia sendiri mengaku kt ibu, 'abang x mampu bg ibu duit tiap-tiap bulan'. Aku sendiri dengar pedih!! Aku x taw perasaan ibu aku. Bila ibu aku tanya setiap bulan bagi berapa kt bini n mertua. Bini dia boleh bg 300, mertua dia boleh bg 200 sebulan… Ibu?! Satu sen x mampu bagi. Bila kereta rosak, ibu yg hulur duit. Bila hujung bulan, ibu yg bg. Abang kerja bagus, tp aku boleh nmpk hidup dia xda keberkatan. Serius.. Semua Business yg pernah dia buat semua x jadi,muflis.Da lama kahwin masih x dikurniakan zuriat. Wife pula dpt yg pemalas gila. Pukul 11 pg baru bangun. Bangun n duduk makan saja kt rumah ibu. Sekarang sibuk nak pergi haji nak doa dpt zuriat n murah rezeki. Aku sengih je bila dengar. Bagi aku, cukuplah ka gembira kan ibu, dptkn keberkatan dr ibu. InsyaAllah memang dipermudahkan. Sekarang ni, ibu da lama pendam perasaan dan sikap abang aku makin teruk melebih2 kan bini dan mertua dia. Ibu nak minta tolong memang payah smpaikn Ibu byk kali terlepas cakap yg abang tu x guna. Aku sedih, sebab aku tahu ibu terlepas cakap tapi itu semua doa. Sebab itu aku aku cakap,

Celakalah wahai anak lelaki yg x hormat ibu sendiri.
Celakalah wahai anak lelaki yg melebih2 kan isteri
Celakalah wahai anak lelaki yg buat hati ibu terguris.

Sebab apa, sebab hidup ka x akan berkat. Doa ibu itu sangat penting.

– Anak ibu

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

140 Comments

  1. Aku xtau suasana sebenar..sbg adik, lebih baik bro/sis tegur baik2 kat abg bro/sis tu..gunakan bahasa yg berhemah..ajk dia jln2 kat luar, pastu terangkan perkara yg berlaku..mgkin itu lebih baik daripada bro/sis doakan perkara yg kurang baik.. :)

    • Elok jika si abg terima teguran,masuk ke dlm otak.,menyerap ke sanubari yg tk berapa nak suci..al maklomlah.ada org yg lbih dewasa ni anggap diorg xleh ditegur.diorg rasa diri diorg je betul ??. thats occur on my situation…

    • Jgn risau bro/sis..ramai org hadapi masalah mcm ni..kita xdpt nk ubah org, tp kita dpt sampaikan peringatan..selebihnya serahkan pd Allah..sbb Dia yg pegang hati hati manusia.. :)

  2. Tak baik tau doakan benda yang tak baik untuk abang awak :)

    Macamana sekalipun dia, dia tetap abang awak. Salah dia, dekat mak awak dan bukan awak.

    Doakan.
    Itu lebih baik daripada mencelakakan.

  3. ak nk pesan kt mne2 laki . klo xmampu jga ibu sndri jgn gatal nk kahwin. tggungjwb yg ada pikul dlu. dh mampu bru fikir next step cri istri.

    • Itulaa.. ini sibuk nak kahwin, tp duit kenduri, duit hantaran, duit maskahwin, duit cincin gelang semua pow duit mak ayah. Ms bahagia dgn isteri jgn hrp nk nmpk muka kt kmpg. Bila ada mslh duit ke brmslh dgn isteri brulah muncul cari mak ayah mengadu nasib minta duit. Aku xtau la spesis apa ni.. byk spesis camni makin membiak kt negara lain la.. kt msia ni semua baik2.. huhu. minta jauhlah drp zuriat keturunan jenis anak lelaki mcm ni.. nauzubillah.

    • Faham.. anak lelaki yg dah berkahwin ada tggungjwb pd anak isteri. Tp jgnlah smpai mengecilkan hati mak.. bila susah cari mak.. bila masalah cari mak.. tp bila bahagia kau lupakan mak kau. Call pn xnk.. Lepas tu kau tertanya2 knp hidup kau xtenang..

      Lagi 1.. ustaz azhar idrus ckp, utk isteri yg abaikan tggungjwb rmhtgga, xwajib dah bg duit belanja (mkn minum, pakaian, tmpt tggal tu still wajib sediakan). Ini isteri nusyuz pn bg ribu riban, konon duit nafkah (padahal xfhm konsep).. mak sendiri di kampung dilupakan..

      Pesan utk diri sendiri juga. Moga tak jd menantu jahat yg buat suami jd anak derhaka. Nauzubillah min zaliq. Astaghfirullah.

  4. ko da kawin lom dik…nafkah bini tetap no 1…pastu baru nk bg2 ke family lain…so bg kat bini die 300 tu ko jgn la persoalkan…tu bini die…nafkah tu wajib…ko da kawin nanti ko faham la..tp kalau bg kat mak mertua tp x bg kat mak…tu ko bole rasa marah…

    • Mmg dy ptt bg nfkah kt istri dy. Tu x ksh la. Tp mslh nye ble kreta rosak jgn la mntk mak dy. Hjg bln x de duit jgn la mntk mak dy. X bg mak dy duit. Tp mntk duit

    • lol pandai baca x semua ni…kan aku ckp tuk bini tu die x bole komplen…tapi tuk mak mertua tu die bole komplen…aku pun x puas hati die bole bg kat mak mertua…tp mk sendiri x bg…yg mak die pun sape suh bg duit tuk repair kete..pastu ungkit2 lak…xyh la bagi lain kali… Alip Hamid you should read again..and tell me

    • As a wife. Kalau laki aku bagi duit kat aku, tp kat mak dy, dy xbagi, aku sniri xnak amek duit tu. As lelaki, kena pandai2 lah manage duit. Mana nak bagi kat mak, mana nak bagi kat bini. Nie untunglah dpt mak xmeminta minta. Kalau dpt yg jenis meminta lagi sakit kepala. Itu pun xdapat nak bagi. Mmg memalukan.

    • Awan Nano bini die x tau kot…xpun bini die pun x keje…300 tu sikit kalo tuk bini x keje…selalu nafkah tu termasuk duit dapo…aku gi tesco sekali dah 150 …tuk seminggu je pun…

    • Act kan.. nafkah kepada isteri memg wajib.. tapi tak wajib memberi duit.. cukup sekadar si suami menjaga makn pakai si isteri dan memberi kepada isteri minimum 2 helai pakaian setahun kepada isteri.. selebihnya atas ihsan si suami buat isteri.. tapi kalau dah smpaii ibu sndiri terbiar.. si suami la patt fikir sndri.. sbb itu tanggungjawb dia.. bab ibu dia memngungkit.. iaitu pemberian se0rang ibu ke atas anak.. itu dibenarkan dalm islam.. untuk anak tu ingat balik jasa si ibu ke atasnya.. senang kata.. kalau si anak tu faham di mana tempat dia.. bnda nii takkn terjadi.. hal pemberian dia kepada keluarga mentua.. itu pn saya tak kisah.. sbb ibu bapa mentua.. adalh tanggungjawb dia jugk.. sbb smpaii mati mak ayh mentua adalah mahram si menantu.. dia kena jaga seperti mana dia jaga ibu bapanya sndri.. k0nklusinya.. kalau dia tahu hukum.. bnda nii takkan terjadi.. jadi sama2lah kita y membaca kisah tersebut ambil iktibar sem0ga tak terjadi ke atas kita sendiri..

    • Mana2 mak pun akan terasa kalau anak lelaki dia lebihkan mak mertua dari mak sendiri. Lain lah perempuan, mmg kena ikut suami. Itupun still takbole buat mak sendiri kecik hati at the same time.

    • Kim Hakimah tahla aku pun pelik…nape die bg kat mertua…200 lak tu..byk tu…ekceli keje abg die byk sgt ke duit…haha

    • Sab Andenrion terima kasih sebab terangkan maksud aku..aku nak taip malas.harap Pinky Lofa baca yg sab tulis Tu smpai habis.Tu yg aku nak smpaikan.point die nafkah Tu x semestinya duit je.paham.memg la nafkah isteri wajib tp x semestinya duit shja.sekian terima kasih.

    • Habis rumah api air yg bini die pakai? Makan pakai semua Tu xkira nafkah ke. Klau bg duit je x bagi keperluaj lain pun salah jugak. Confessor ni berhak utk komplen nafkah duit kt bini n mak mertua abg die Tu.

    • Dia senanya you said the right thing, tapi sebab cara cakap bahasa tu motif dia nak bash confessor, point dia tak sampai. Orang jadi marah ?

    • M0ga terbuka semua.. menerima ilmu baru.. sbenarnya.. nafkah kepada isteri tak hanya terarah kepada duit semata2.. tempt tinggal, makan, pakai, kasih sayg dan sebagainya.. itu juga termask dalm nafkh..

    • betul Sab Andenrion … tp die bg 300 mungkin ade sebab tertentu…tapi bagusla die bg nafkah kat bini dr x bg…tapi yg bg kat mak mertua tu pasaipa

    • Kalau isteri sayang dekat suami, dia kena tolong suami dia jaga ibu suami tersebut. Habis cerita. Tak payah duk fikir nak bagi isteri ke ibu sendiri. Ibu tu tanggungjawab suami. Tak ingat ke kisah zaman Nabi yang takleh mengucap sebab dahulukan isteri? Jangan simply copy paste tanpa pemahaman yang betul.

    • Isteri boleh cari. Ibu satu tu je kat dunia ni. Ibu yang mula2 jaga kita start dari alam rahim lagi, takkan dah besar panjang, dah jadi kacang lupakan kulit sebab dah ada isteri? Use common sense also. Jangan sebab tak faham, suami dahulukan isteri dari ibu. Agama dah pesan syurga bawah telapak kaki ibu. Anak lelaki pegang tanggungjawab jaga ibu sampai ke mati. Isteri of coz dia kena jaga tapi isteri kena faham suami dia tu lelaki. Si isteri kena juga jaga ibu suami tersebut.

    • Haha lawak baca komen2 korang. Sab Andenrion punya komen paling reasonable. Mana2 mak pun akan terasa kalau anak2 dia x bg duit. Xkira la mak mertua ka mak sendiri ka. Bab confessor kat atas ni kita xtahu sebab abgg dia buat mcm tu. Kita dapat info pun dr secondhand opinion. Who are we to judge.

    • mmg la ibu tu yg lahirkan kite aku pun xsuke die bg kat mak mertua tp x bg kay mak sendiri…tp kalo ko da kawin ko x bole nafikan nafkah tuk bini…ade aku ckp die xyh bg kat mak die?? ade?? tak kawin lg senang la ko ckp…kawin dulu dik…tgk ko buat x semua tu

    • Tu kewajipan semua lelaki. Jangan gopoh nak kahwin kalau kewajipan lain tak setel. Tu je pesan dekat adik2 abang kat luar sana.

    • Zodinho Pernambucano aku rase die dok umh mak die …so beras mk die pun die pau…so die bg 300 tu duit banje la tu kot…tp sian kat mak die la beb…

    • kalau dh kawin , isteri dulu, anak, kalau isteri n anak dah cukup baru mak bapak sendiri n mertua. baru adik beradik ke ipar ke sedara mara ke jiran ke sedekah ke .
      orang yg dh kawin patut tahu .
      memng nafkah bukan duit , kot2 abg konpeser ni tak beli baju ke apa ke so dia bg bini dia duit utk beli baju keperluan peribadi ke . adik tak patut masuk campur . kalau abg kau tk bg nafkah kt akak ipar baru kau masuk campur. gituuu~
      pasal dia lebihkan mertua, mak kau kena bincang ngn abg kau .
      kot2 mertua tu dh takde suami, so takde sape nk tanggung, abg kau hulur lah sikit, kot2 abg kau dh beli barang rumah tu yg dia tk bg utk mak , tu yg susah bila duduk ngan mertua or mak sendiri , better duduk asing pastu asing tiap2 bulan untuk mak n mertua . kau ingat mak mertua abg kau tk kecik ati ke anak dia duduk ngn mertua tk duduk ngan dia . well . banyak persoalan dan jawapan aku kot2 je sbb tak tahu kejadian sebenar . tak pasal2 abg kau kena bash .

      aku tak arif benda gini . solution yg terbaik kau bincang ngn abg, ipar , mak , cara yg terbaik . sebab cerita kau , kau je yg tau , yg kau cerita kt sini tak full . orang banyak salah faham nanti .
      btw jangan kecam aku ye . peace yow! ✌

    • yg cakap takyah bg duit tu aku nak tengok kalau kau dh kawin laki kau tak bg duit belanja , cukup dh bg makan tmpt tinggal, baju semua kan. tak tepu kepala kau nk beli itu ini takde duit . lain lah laki kau kaya nak mampos , kalau kau nak apa tinggal mintak , duit sentiasa ada dlm poket .ini bg 300 , hujung bulan kang kat bini jugak dia mintak . asam garam rumahtangga . semua pun pernah melalui

    • Ahlia Fakhri yang ckp xyh bg duit tu lom kawin lg…die pun x tau alam rumahtangga die nanti mcmana ….. bile aku ckp lebih2 ade yg ckp aku kejar like…hahahahaha

    • hahaha . biasa lah tu . kita nak bg faham, tp diorang still nak pilih yg salah fahaman jugak . takpe lah . doa je semoga orang faham apa yg kita nak sampaikan . patutnya sebelum kawin kena study pasal nafkah , apa itu nafkah zahir , apa itu nafkah batin . baru takde masalah . adik beradik yg nak dapat ipar pun kena tau , baru lah takde persoalan mcm ni timbul .

    • sbnarnya bila amati sya xrsa si confesser ni nk ptikai bg duit kt kak ipar dia tu..tp dia cuba nk mgmbarkn kemampuan abg dia…yg mna pada isteri mampu bg…malah pd mak mtua pun mampu..knpa pda mak sndiri x…rsanya cmtu…rsa best solution is…bincg ngn abg..suh bg mil 100 mak 100 hbis cita…mil pun bila dh kwin mak kita juga..bila dh kwin suami dia perlu utamakn Allah,nabi,ibu bapa, ibu bapa mertua bru isteri..skrg..sbnarnya sbgai adik..xperlu msuk cmpur hal duit rgt umh tgga abg..cuma nsihat abg..jgn mrh tp bgthu..mak awak tu bkcil hati…ksian mak…sudah..nasihat dgar xdgar hak dia..awak pun pujuk la mak supaya blpang dada dgn abg..jgn jd api..bia la cmne buruk pun abg xkn kita nk abg kita masuk neraka..cr solution utk dia

    • Nurul Nadirah betui la tu…die x bole campoq urusan rumah tangga…bini die lagi kenal abg die… confessor ni kene mengadap abg dia..bkn nk luah perasaan kat sini je…ape pun x dpt .

  5. Nasihat la abg ko.. Ko post kat sini bukan dia tau pun.. Yg ko just sengih time dia cakap nak cari keberkatan tu apsal.. Tegur la dia betul2.. Kadang2 kita mmg xnampak kesalahan kita sendiri.. Ko nak abg ko masuk neraka ke? Pffftt

  6. Hurm kadang aku rasa konfesor nak ckp dia bengang dia minta duit kat mak x dapat.. n the confesion is gona be like i had useless ungratefull brother..

  7. Nafkah dia bg kt bini kau xbole nk pertikaikan. Sbb ramai jgk lelaki yg abaikan nafkah anak dan isteri.
    Kalau kau mmg nk betulkan keadaan, kau sendiri bgtau abang kau.

    • Hello dik ingat senang nak tegur abang?…ko ade abang mcm diye ni ke?..ko Takde takyah dok Ckp Byk…ego abang ni sama tinggi dengan langit…

  8. NAFKAH ISTERI DAN IBU-BAPA , MANA YANG
    DIDAHULUKAN?

    ➡Soalan;
    1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah
    anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? –
    Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki
    tunggal.
    2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah
    meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal
    anak lelakinya jg perlu bertanggungjawa-b pada anak
    isteri? – Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami
    masalah kewangan.
    Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

    ➡Jawapan;
    1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah
    mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain
    (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti
    berikut;
    a) Diri sendiri
    b) Isteri
    c) Anak
    d) Bapa
    e) Ibu
    f) Cucu
    g) Datuk
    h) Saudara
    i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.
    Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w.
    yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu,
    bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka
    untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli
    keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini
    dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di
    kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-
    Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no.
    46). Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di
    antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah
    pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang
    tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7,
    Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi
    Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).
    Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri
    wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan
    berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya
    kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia
    dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika
    isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri.
    Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas
    kegagalan suaminya memberi nafkah.

    Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak
    wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;
    a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak
    mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka
    mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan
    sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun
    digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka
    untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
    b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung
    mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan
    sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi
    kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan
    (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia
    wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

  9. Aku nk kena pergi kelas balik bab bab cemni. Baca komen komen je kang, ada yg btol, ada yg slh. Tp kes mcm gini memg dah banyak pon. Sedar lah pangkat yg besar dn gaji yg tinggi tu juga merupkan ujian dr Allah. Antara sedar atau x je. Hmm.

  10. Bab duit ni noo..tu la kata..tktau lah nk kata cmna sbb kondisi tu kamu yg lbih phm sbb kmu duk dlm situasi tu.

    Apa2 pun zmn la ni..ompompuan bkn masa nya lagi duk tggu kaki tiang umah…kena ghetiaq cari duit. Bila mai bab duit ni mula la ada yg tak puas aty.

    Mak lelaki rase seolah2 anaknya dirampas, klo belah pihak istri plk rase seolah2 suaminya dikawal keluarga sndri, kalau belah pihak keluarga pempuan plk rase seolah2 anak nya telah dipisahkann dr mereka dan d bawak pergi.

    Kalau istri kerja so ada la jugak punca duit sumber pendapatanya sndri. Tak perlu dah nk amek semua duit laki. Tak perlu hadap duit laki nk bg parents dia, tak perlu hadap duit laki nk beli apa2. Tak perlu hadap duit laki bila kereta rosak kena bt maintenance.

    Haihh…duittt…duittt. Kenapa kau punca segalaaa nya ha? Kalau tak kerana duit idok lerr najib sanggup bermuka tebal kulit biawakk pegang pemerintahan negara walaupun dimencikk seluruh negara.

  11. Wahai suami dan anak2 lelaki, ibu mu adalah syurgamu. Tjwb kpd ibu anda smpai mati. Ibu-mu keutamaan no 1 baru la tjwb kpd isteri dan abak2. Ini perintah Allah. Klau ketepikan ibu dan dia brdoa rmhtangga anda porak peranda, jgn hrp ada bahagia. Doa ibu utk anak2 nya sgt mustajab

  12. aku pnh baca statement dri ustaz Azhar Idrus,klu isteri xmenjalankn tanggungjwb sbagai seorg isteri cth,xmenjaga mkn pki suami dn xmenjaga kebajikan suami xptt dpt nafkah 2,ada spe2 imam kat cni blh bagi pencerahan???tentang tanggungjawab sbgai ank seorg ibu tetap tanggunjawab sorg llki xkira ibu mertua/ibu sendiri,jadi bagaimana klu dia mengabaikn ibu dia sendiri??tlg imam2 bagi pencerahan??

  13. Mn la confessor ni x bengang..time susah pandai pulak cr mak dia… nk berkat bkn kena bg jumlah yg byk,kena usaha gak bg sikit pn xpe,biasakan bg dulu,lama2 jd amalan..

  14. Nafkah isteri tetap no 1. Lps tu baru lah ibu dan keluarga yg lain. Tp jgn lebihkan isteri sampai lupa ibu dan jangan lebihkan ibu sampai lupa tanggungjawab pd isteri & anak2.

  15. Ye…lelaki masih bertanggungjwb pd ibu…bagi la sebulan sekali ikut kemampuan…atau kalau dah takde sapa2…amik mak bela…yg jadi mak pun….agak2 la nak mintak…kalau sekali mintak rm200…tapi dlm sebulan 5x mintak…penin la anak menantu…silap hari bulan…menantu yg korek duit sendiri bg mentua…tu menyusahkan namanya…

  16. Kadang2 bukan kite xphm tanggungjawab si abg.. tapi syurga lelaki bawah tapak kaki ibu.. kenapa si ibu yg perlu merayu2 untk si anak balik ke pangkuan.. bayangkan dulu waktu susah.. pnjam duit dkt ibu.. bila dpt gaji bagi duit kat ibu.. tapi mnggu dpan mntk balik.. bila keje dapat bonus.. semuanya kongsi kat mertua.. pergi genting highland.. ibu kat rumah ni trpakse mniaga.. dh lnjut usia pn mniaga.. hri2 org perli.. anak aku keje gaji **** bole bagi aku 500…walaupn aku xnk dia bgi jgk. .tpi ibu.. dia mmpu diam je. .last2 Allah dtgkn bala. .si ibu dtg jaga abg yg sakit.. tapi smua dia cri isteri.. smpaikn satu hri ni ibu dtg nk jmpe anak dia.. tpi abg ckp wktu mlawat kn dh hbis ibu xbole masukkn… pdahal disebelah dia ade ibu mertua.. dh dpt musibah pn msih nk halau ibu.. bkn cri ibu.. bru2 ni pulak dtg rmh ibu marah2.. kononya ibu buka aib dia ade hutang dgn ibu.. duit tu sebenarnya ibu pnjam kat bank.. kononnya nk besarkn kedai.. tapi sebenarnya nk bgi kat abg.. masa dia balik tu ibu tgah angkat pasir lebihan org buat rmh sbb ibu nk buatkn tandas duduk untk abg.. yela abg sakit ibu tau abg mesti nk dduk rmh ibu.. tapi dia skit pn xtgur ibu.. salam pn tak.. terus marah ibu kenape ibu bagitau org pasal hutang dia kat ibu.. padahal ibu tak ckp pn.. dia cmpak duit sme dgn jmlah hutang dia kat ibu.. menangis ibu.. sikit pn ibu tak amik.. tu bkn duit abg tapi duit sedekah org bgi sbb abg sakit.. jdi ibu tknk.. abg marah ibu.. tengking ibu.. kecewa hati ibu.. malam tu abg balik rmh mertua dgn isteri.. kluar hspital pn ibu xtahu.. sampai hati abg.. ape yg buat aku paling sedih adalah kenangan.. dulu kmi rapat..sgt rpt.. slalu brmnje dgn abg.. skrang bila abg balik.. nk beborak pn xbole.. ckp skit dia mrh.. alasan dia penat.. ibu pulak.. xpenah putus asa ckp abg akan balik.. sedabgkan dh hmpir sebulan abg xbalik.. sampai hati abg.. rindu sangat abg yg dulu..

  17. Tanggungjawab terhadap ibu bg lelaki jgn sekali diabaikan.dulukan ibu.namun demikian jgn pula diketepikan tggungjwb terhadap anak dan iateri.pandai2lah mengambil hati kedua2 sekali ibu dan isteri.isteri pula jgn mengongkong suami.itu hak dia menjaga ibu.fikirkan nanti bila kita menjadi ibu warga emas.apa yg kita lakukan pd ibu mertua maka itu akn berlaku pd kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *