Kasih Ibu

Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca, sekadar coretan empati bukan untuk meraih simpati dan mengaibkan sesiapa.

Aku lepasan spm dan kini menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Aku merupakan anak sulung dari 5 beradik di mana 2 lelaki dan 3 perempuan termasuk aku.

Ayah hanya kerja biasa dan ibu suri rumah. Cukuplah gaji ayah untuk menyara kami sekeluarga dan menghantar aku ke universti ini

Di sini, kami boleh balik tiap hujung minggu tapi disebabkan duit poket yang ada ini maka aku tak pulang. Pada tarikh confession ini dihantar, genap 2 bulan aku tak pulang ke rumah.

Jujur aku katakan aku homesick kerana tak pernah jauh dari keluarga. Tapi aku belajar berdikari. Tiap2 minggu aku video call dengan adik2 dan ibu sebab nak hilang rasa rindu.

Jujur, aku rindu masakan ibu. Dari kecil, ibu cuba tunaikan keinginan kami 5 beradik untuk makan apa saja. Walaupun ibu tak reti, ibu belajar. Dulu ibu tak pandai masak kek, ibu minta tolong jiran ajarkan.

Ibu beli oven sendiri walaupun ditegah ayah kerana membazir tapi ibu kata, ‘tak apa, anak2 nak makan apa salahnya.’ Ibu tak reti guna youtube, tapi ibu gigih buka buku resepi belajar buat kek.

Mungkin terfikir, kenapa tak beli kek je? Maaf, kami keluarga sederhana. Kek bukan keperluan walaupun keinginan.

Bila kami dah meningkat remaja, kami ajar ibu guna facebook sebab ibu rajin cari resipi makanan untuk cuba. Kami nak western semua ibu masak. Buka facebook, cari resipi, tengok tv cara masak.

Ibu belajar semua sendiri. Kepuasan ibu bila dapat tengok kami 5 beradik makan dengan puas. Kadang2 ibu masak tapi ibu sendiri tak makan sebab ibu seronok tengok kami makan.

Sekarang bila berjauhan, jujur aku rindu masakan ibu. Bila pergi cafe tengok lauk itu ini, teringat lauk ibu masak di rumah. Air tangan ibu tak akan sama dengan orang lain.

Semalam aku seperti biasa akan call ibu untuk bertanya khabar dan berkongsi kisah aku di uni. Kerana rindu masakan ibu, aku saja bertanya ibu masak apa harini, ibu pun jawab gulai ayam saja.

Aku pelik, selalu ibu akan masak lauk gulai ayam digandingkan dengan sambal kentang atau sayuran lain. Aku tanya itu jeke? Ibu pun mengeluh.

‘Along, ibu masak banyak2 kat sini pun mana ada orang nak makan, ada pun ayah dengan si busu (adik bongsu) dari masak banyak2 baik masa sikit je.’

‘Mana pergi adik2 yang lain?’

‘Dorang mana makan dekat rumah dah, sibuk makan dekat luar. Tak makan luar mesti tapau. Baik ibu tak payah masak.’

Aku terkesima. Ibu kecil hati dengan sikap adik2 yang tak makan masakan dia sedangkan dulu ibu lah yang masak segalanya.

Kadang2 lauk tak habis pun dipanas kembali sampai ada yang basi sebab tak dimakan.

Aku terfikir, aku disini merindui masakan ibu tapi mereka di sana biarkan ibu menunggu di meja untuk makan bersama.

Ibu rindu kami yang dulu. Semua ada di rumah makan bersama2. Gurau dan gelak ketawa kami.

Kalian, ni sekadar luahan, ibu cuba beri yang terbaik untuk kita walaupun tak sempurna. Hargai ibu selagi ada, kerana ibu segala galanya.

– Yaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *