Siapakah diri ini yg sebenar?

Saya tulis ni pukul 5 pagi sebab tk blh nak tido dan sy takut pun nak tido. Setiap kali sy tido sy akan mimpi macam2 benda terutamanya tsunami,ombak besar dan sewaktu denganya. Sy tak tahu sy ni sebenarnya depresion or sy yg melayan perasaan lebih. Untuk pengetahuan,sy tk bercinta pun atau pun putus cinta nak sedih lebih2. Cuma yg sy psti setiap malam st nangis. Semua benda buat sy rasa nak marah.tapi sy bukanlah seorang yg blh lepaskan marah atau reti lpskan marah. Sy suka Cakap sorang2. Tapi sy tk tahu apa punca sy nangis gelak semuanya. Sebab sy nangis gelak tanpa ad sebab. Rasa nak nngis nangis. Rasa nak gelak sy gelak. Selalu pikir nk bunuh diri je.but sy fikir sy msih ad iman. Tk nak sia2 mati masuk neraka. Hmm. Depan semua org sy happy go lucky, pemberi kata2 smngt kpda org yg memrlukan dan sy tk suka bila org pndng sy ni alim sedngkan sy thu diri sy macam mana. Tak dinafikan sy bawak usrah semua. Bercakap itu ini. Kasi semangat. Smpikan dakwah. But kalau setiap malam sy menangis tanpa sebab, bercakap sorang2, rasa nak bunuh diri. Sy suka duduk kurng dalam bilik air smpi menggigil rasa nak pitam. Tp sy akan sedar apa sy buat slh. Then sy smbung nngis sbb knpe sy jdi cmni. Sy tidk pernah bercrite dgn fmily apa2 mslh sbb fmily sgt yakin sy seorang yg blh jge diri, kiranya bertnggungjwb dan alim. But the reality sy je tahu. Sy rasa hidup ni terlalu kosong bila sy kemurungan. Tak ada guna untuk hidup. Tp nnti sy akan sedar balik tanggungjwab hidup di bumi ini. Ntah la. Kdng2 sy rasa adkh sy ni berpura2? Tp sy yakin tidak, sbb sy lakukan ini kerana itu yg sy cari. Sy cerita sini sbb sy terkesan dgn komen yg diberikan oleh sorang akk ni dlm stu post psl kemurungan ni. Harap blh tlg sy pulak.

– Linda

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

16 Comments

  1. Stay strong Linda.

    dari cerita Linda, tak boleh tidur, nightmare, irritate, isolating, depress mood almost everyday, rendah diri, suicide thought, dan rasa kosong tu kemungkinan tanda2 kemurungan.

    dapatkan proper diagnose dan rawatan dengan pakar psikiatri ye sebelum makin parah.
    tak semua depression perlukan sebab. takde sebab pun boleh depress, sebab depression itself is an illness, bukan pilihan kan.

    teruskan jaga mutabaah ibadah, jadikan mutarabbi tu antara sumber kekuatan :)

    • Kan.. Kalau kita rasa diri kita “xsihat” ada sign simptom negatif mcm tu sila lah rujuk ke hosp, kaunselor terus. Bila da start rasa nk bunuh diri, mula start pk cara nk bunuh diri.. Rawat la selagi mampu. Ada org igt depress tu hnya bpunca pd diri sendiri. Tapi dorang xtahu yg depress tu adalah penyakit.. Bila berlaku ketidak seimbangan kimia dalam otak boleh menyebabkan depress jga.

    • setuju Kakcik. kadang ada confessor tak tahu apa perlu buat. cuma bila cerita dekat sini risikonya akan ada yang kecam dan tanya soalan yang agak2 offended macam tak solat ke dan lain2 tu. kesian confessor.

      ada juga yang komen supaya be positive dan jangan terlalu ikutkan perasaan. sedangkan mereka pun tak nak memilih untuk negative dan mengikut perasaan.

      tak kurang juga ada yang minta jauhkan daripada ubat untuk elak kesan sampingan.

      moga masyarakat kita lebih peka dengan sakit mental dan buang jauh stigma masyarakat tentang mental illness :)

    • Betul sgt… Kecam mngecam ni mmg xblh lari lg dah. Kondem bagai tu. Benda yg kita x lalui sendiri ni sila laa berhati2 bila nk komen. Jgn tambah lagi tekanan pd dorang.
      InshaAllah, harap mcm tu la.?

  2. Hubungn dgn tuhan jaga x..? Hubungn dgn org lain jga x..? Hubungn dgn kluarga jaga x?? Ada simpan dendam dgn org lain x?? Hidup ini pilihan. Kita bolh memilih utk bhgia, atau derita. Bersihkan kolam jiwa. Mustahil la, org yg smpaikan usrah, bolh jd begini. Ptt org yg smpikn usrah , nmpk alim lbih bhgia sbb share ilmu dgn org sekeliling. Sy rsa.. Ada something yg awk buat, yg buat awk jd begini….apa yg kita fikir, rsa, dan kata semua adalah doa. Think positive.

  3. Belajar kenal diri sendiri. Cari balik apa tujuan hidup. Tujuan hidup untuk berdakwah? Betul ke itu tujuan kita hidup di dunia? Or tujuan kita hidup sebenarnya untuk mati? Tapi nak mati yg macamana? Huhu. K bai

  4. banyakkan bergaul dengan orang ramai , kurangkan duduk sorang2 . kalau duduk sorang2 mudahlah syaitan nak kacau , sebab minda kosong , kalau banyak bergaul , kadang2 kita dapat elak daripada berfikir yang bukan2 sebab sibuk dengan urusan

  5. Saya dulu pun pernah juga rasa camni tapi dalam tempoh masa yg sgt singkat je. Nak tau cara dia? Bykkan bersyukur. Mungkin kdg2 kita ni kurang bsyukur tu yg jadi camni. Bila saya diberi peluang mgajar dan mendekati murid2 pend. Khas deaf, dan autism ,hyper ,sindrom, saya xde masa nk layan rasa atau feeling useless bagai tu. Kawan2 saya pun ada yg buta, oku dan deaf.Tgok sekeliling awak, awk diberi kesihatan yg baik, org lain ada yg ada kanser, deaf sebab accident, hari2 nangis fight utk hidup, kena gi hospital selalu, buta sampai hari2 langgar tiang, org yg duit pun x cukup nk mkan biaya keluarga, so bykkanlah bsyukur. Tgok org bawah kite, jgnlah tgok org atas drpd kita, tu yg buat down je. Sebab tu Allah suh kita bersyukur atas nikmatnya.

  6. Pernah hadapi benda ni , serious memang takot sangat . Saya pergi kaunseling tapi tak berkesan pun. Just nak cakap jangan duduk sendiri and jangan layan perasan sangat . Bila rasa macam emo sikit cube pergi bercakap dengan orang lain. Kalau boleh penuhkan aktiviti seharian and jangan terperap dalam bilik .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *