Anak Sulung Kena Mengalah

Assalamualaikum semua.. Semoga semua pembaca yang dikasihi dalam sihat sejahtera dan sabar dalam membaca cerita aku.

Nama panggilan aku Wawa lahir di Johor tapi membesar di Perak. Aku berusia 25 tahun pada 2020 ni. Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik.

Aku dan seorang lagi adik aku dibesarkan oleh arwah atuk dan arwah nenek aku sejak aku berumur 6 bulan. Beza umur aku dengan adik aku ni 1 tahun je. So takde lah panggilan² manja ‘along, angah, alang’ dalam family, just aku kau jelah.

Menurut cerita dari arwah nenek, ibu dengan ayah aku tak mampu untuk sara aku dengan adik aku sebab ibu aku beranak rapat..

So ibu ayah aku hantarlah kami berdua ke kampung ayah aku di Perak (ibu ayah aku duduk di KL, Johor tu tempat tinggal masa ibu ayah baru kahwin kemudian diorang pindah ke KL). Ibu dengan ayah jaga adik² aku yang lain di KL.

Aku membesar tanpa kasih sayang ibu ayah sebab masa aku membesar dan baru masuk alam persekolahan, atuk dan nenek pun dah tak sihat sangat..

Apalah kasih sayang dan didikan yang aku dapat dalam keadaan atuk dan nenek sedang uzur?? Jawapannya TIADA.

Tiada kasih sayang dan tiada didikan yang sempurna. Aku membesar dengan diri aku sendiri. Aku belajar dengan keadaan sekiling. Kalau aku nampak yang buruk, maka buruklah perangai aku.

Aku dan adik aku dapat berjumpa ibu ayah setahun sekali sahaja diwaktu cuti sekolah hujung tahun. Ibu ayah ambil kami berdua di kampung dan bawa ke KL.. Itupun hati aku tak seronok sebab dari kecil aku tak pernah kenal siapa ibu ayah aku.

Walaupun aku berjumpa dengan ibu aku setahun sekali, itu cukup menyeksakan aku sebab ibu selalu pukul aku walaupun aku tak buat salah.

Ketika aku berumur 5 tahun ibu paksa aku basuh pinggan dan periuk belanga yang banyak. Bila ada pinggan yang pecah, teruk aku dipukul oleh ibu sehinggakan lebam² badan aku.

Setiap hari² aku dirumah ibu aku asyik menangis je teringatkan atuk dan nenek dikampung yang tak pernah memukul aku sampai begitu sekali. Ayah tahu ibu pukul aku tapi ayah biarkan sahaja.

Aku mendapat kemurungan sejak aku berumur 6 tahun dan pernah warded di hospital. Tapi ibu ayah buat acuh tak acuh. Hanya atuk dan nenek dari kampung je yang ulang alik datang hospital jaga aku.. Bermula dari situ aku dah ada perasan benci dengan ibu ayah.

Setiap hujung tahun, ibu aku akan pasak kan dalam kepala otak aku dengan ayat ‘kau anak sulung, kau kena mengalah’.. Sedangkan aku takde berebutkan apa² dari adik²..

Ibu ayah selalu lebihkan adik² aku yang diorang jaga sejak lahir. Aku hanya memandang dengan penuh rasa cemburu dan rasa useless…. Tu belum lagi cerita aku pernah kena r*ba dengan pakcik aku sendiri kat rumah ibu tapi aku tak mampu untuk mengadu kat sesiapa …

Ketika aku berumur 12 tahun, nenek aku meninggal sebab stroke dan itulah perkara yang menyedihkan dalam hidup aku. Aku kehilangan satu² tempat aku mengadu. Aku betul² rasa kehilangan yang teramat sangat.

Belum hilang sedih aku, ibu datang ambik aku dan bawa ke KL. Tukar sekolah ke sana. Tapi adik aku ditinggalkan di kampung untuk jaga atuk yang juga tengah uzur. Kiranya kami diperintahkan hanya untuk jaga atuk dan nenek sahaja.

Macam yang aku cakap tadi, aku benci ibu dan ayah sejak umur aku 6 tahun. Aku tak redha untuk tinggal dengan diorang.

Adik² aku yang lain pun tak rapat dengan aku macam mana aku rapat dengan adik aku dikampung. Walaupun adik beradik tapi kau hal kau, aku hal aku. Apa benda pun aku hanya PENDAM je.

Bila duduk kat Bandar ni faham² je lah sosialnya macam mana kan. Aku jarang ada kat rumah. Ibu ayah pun tak peduli pasal aku.

Tapi setiap hari aku pergi sekolah. Pergi sekolah dengan hanya berjalan kaki sejauh 2km. Sebab ayah tak bagi duit belanja sekolah dan tambang bas walaupun aku dah mintak. Benda yang paling aku tak boleh lupa bila cikgu minta duit yuran sekolah.

Berbulan-bulan aku minta duit kat ayah nak bayar yuran tapi ayah cakap nanti, nanti, nanti. Penyudahnya aku dimalukan kat sekolah sebab tak bayar yuran dan cikgu hari² tanya aku pasal yuran…(biasalah budak² sekolah, apa benda pun mesti mau ejek)

Kalini aku betul² down.. aku ikhtiar cari duit sendiri nak bayar yuran. Aku kerja kedai makan 2 hari, cukup untuk aku bayar yuran. Adik² aku??? Diorang orang senang. Tak mintak duit belanja sekolah pun ayah bagi, inikan pulak yuran.. Aku ni jenuh mintak hari², tu pun tak dapat..

Setiap hari aku berlapar kat sekolah sambil mengharapkan kawan² belanja makan ataupun balance makanan yang kawan² tak habis tu diorang bagi aku.. aku balun… Benda tengah lapar kan.. Kadang² aku curi makanan kat kantin.. laparrrr.. Balik rumah pun takde makanan..

Ibu dengan ayah makan kat luar siap² sebelum balik kerja.. Ayah tapau 2 bungkus nasi untuk adik² aku.. Bukan untuk aku.. So aku kena usaha cari makanan sendiri.. Anak sulung kena mengalah..

Pelajaran?? Sorry.. aku tak pandang langsung.. Datang sekolah pun sebab nak penuhkan buku kehadiran je, padahal masa aku kat kampung aku antara TOP 10 pelajar cemerlang kat sekolah..

Aku dah tawar hati dengan semua orang dan sekeliling aku.. Biarlah apa nak jadi pun, jadilah.. Aku hanya PENDAM sahaja.

Sepanjang aku duduk dengan ibu ayah aku memang teruk dan liar.. Bergaul dengan orang yang bukan².. Ibu dengan ayah pulak ada krisis rumahtangga disebabkan orang ketiga, so lagilah diorang abaikan aku.. Macam² benda jahat yang aku buat…

Pada umur aku 16 tahun aku bergaduh besar dengan ayah pasal duit. Ayah cakap aku curi duit ayah, sedangkan aku tak lekat langsung kat rumah.. Bila masa pulak aku curi duit.. Duit tu simpan kat mana pun aku tak tahu.

Masa tu lah aku buat keputusan untuk keluar dari rumah dan bawa diri jauh dari keluarga. (Bukan lari rumah ye, sebelum keluar rumah aku dah bincang dengan ibu ayah dan diorang izinkan).

Niat aku hanya la nak ‘Me Time’ dengan diri aku sendiri. Aku nak kenal diri aku. Aku nak tahu apa yang diri aku nak sebenarnya dalam hidup ni sebab selama ni takde sesiapa yang pernah tanya apa yang aku nak.. Aku dah taknak fikir pasal orang lain.

Aku bawa diri jauh ke utara tanah air. Masa tu takde telefon. So takde sesiapa yang dapat contact aku…

Setahun berlalu, aku tak pernah balik jumpa ibu ayah sebab aku rasa diri aku belum cukup bersedia, dengan kisah silam yang masih menghantui hidup aku.. Aku cuma doakan semoga ibu ayah sentiasa dibawah lindungan Allah ….

Sepanjang duduk di negeri orang aku belajar banyak benda yang positif dan negatif.. Macam² kerja aku buat. Dari kerja cuci pinggan di restoran sehingga kerja dibutik. Macam² musibah dan macam² hikmah yang aku dapat.

Pada umur aku 19 tahun ibu dengan ayah bercerai. Aku masih belum balik jumpa ibu dengan ayah.

Aku tahu korang akan fikir aku jahat, pinggirkan ibu ayah bagai.. Tapi korang tak tahu perasaan aku yang masih lagi mencuba untuk move on dari perkara yang berlaku sejak umur aku 6 tahun. Korang tak faham.. Penderaan mental yang aku terima bukan biasa²..

Tak lama lepas ibu dan ayah berpisah, ibu nak kahwin lain dengan orang agak berada, mempunyai 4 buah rumah sendiri dan 2 buah kereta mewah..

Pada masa tulah aku contact ibu sebab nak tanya hal kahwin ibu dan ibu mintak maaf tentang apa yang pernah terjadi dulu… Aku pun rasa senang hati dengan perkataan ‘MAAF’ dari ibu.. Ibu berjanji akan tolong kami adik beradik bila ibu dah kahwin dengan orang tu..

Tapi lain yang jadi… Lepas ibu kahwin dengan lelaki tu, ibu terus lupa janji² ibu.. Ibu sibuk dengan kemewahan. Aku dengan adik aku ibu tak pernah ambik tahu tapi adik² yang ibu jaga sejak lahir tu ibu tatang bagai minyak yang penuh. Segala kehendak diorang ibu bagi …

Aku macam biasa lah.. Buat hal aku sendiri … Walaupun perasaan ibu memang pilih kasih dan cemburu tu membuak² kembali… Takpe, aku cuba cool down..

Sehinggalah kami adik beradik semua dah besar panjang sekarang… Aku pun dah mula rapat dengan keluarga aku.. Selalu video call dengan ayah, ibu dan adik beradik… Seronoknya tu rasa macam baru dapat keluarga..

Tapi ada jugak adik² aku perli aku.. Yelahhh.. Diorang mana reti hormat aku.. Padahal masa kecik aku yang basuh berak diorang, suap diorang makan tumpah² sampai aku kena pukul teruk dengan ibu.. Lantaklahhh ….

Aku bergurau dengan ibu, aku cakap aku nak kahwin (padahal calon pun takde). Aku mintak ibu sponsor nikah aku..

Aku cakap nak buat kecik² je.. Just pelamin diy untuk bergambar dan makan² dalam 20 orang sedara mara, takde hantaran bagai.. Aku tak suka… Leceh.. Mula dari tu la ibu desak² aku suruh kahwin…

Tapi lagi sekali aku terpaksa PENDAM bila ibu cakap ‘takda duit’ sedangkan ibu baru je keluar kereta baru yang mewah, lepastu ibu start cerita tentang adik bongsu aku yang berumur 12 tahun kemurungan lah bagai disebabkan ibu ayah berpisah..

Aku speechless… Masa aku kemurungan takde sesiapa yang nak jaga hati aku, takde sesiapa yang nak ambil tahu pasal aku.. AKU JAGA DIRI AKU SENDIRI tanpa ada nasihat atau dorongan dari sesiapa… Aku yang tentukan hidup aku sendiri.

Aku tengok adik aku tu elok je… Lagi pandai bergaya dari aku bertiktok bagai.. Segala apa yang dia mintak ibu bagi. Siap dapat iphone 11 pro lagi tu.. Celah mana kemurungannya tu.. Aku yang kerja sendiri ni pun pakai Honor versi 2016, elok lagi sampai sekarang…

Aku tak tahu aku ni kena psycho ke apa sekarang ni… Aku tak tahu kenapa takde orang yang nak faham aku, nak jaga hati aku.. Aku tak pernah dapat kasih sayang ibu ayah..

Bila aku dah mula terima semuanya… Akhirnya aku yang kena balik… Aku cuma bergurau tentang sponsor tu.. Tapi belum apa² ibu dah cakap macamtu.. Sekurang²nya bagi la aku ruang untuk dapat kasih sayang ibu..

Terlalu mahal kasih ibu tu sampai aku tak mampu untuk mendapatkannya.. Aku tak pernah tuntut hak aku sebagai anak yang masih bawah tanggungan ibu dan ayah dulu… Aku tahu ibu mampu dan terlebih mampu kalau nak kahwinkan aku tapi ibu tetap lebihkan adik² aku.

Aku tak tahu kenapa aku yang kena lahir kat dunia ni. Aku tak tahu kenapa aku perlu jadi ANAK SULUNG YANG TERPAKSA MENGALAH DALAM SEMUA HAL sampaikan aku tak perlu jaga hati aku sendiri dan jaga hati dan perasaan orang lain sampai aku mati.

Aku takde duit nak kahwin… Aku cuba kumpul sikit² tapi disebabkan PKP dan aku jobless.. Habis duit simpanan aku bayar maintainance rumah dan transport… Dan kali ni betul aku mintak kat ibu.. Tu pun sebab ibu desak aku suruh kahwin.. Aku takde SPM..

Kerja apa sangat yang boleh buat aku kaya?? Takde… Gaji aku paling banyak aku dapat RM1100.. Jadi aku mintak tolong ibu..

Sepanjang aku hidup, ni la baru first time aku mintak duit kat ibu, nak merasa macam mana adik² aku rasa sebab aku masih rasa cemburu tapi hmmmm …

Waktu sekolah pun aku mintak duit kat ayah sekali je, kalau ayah tak bagi aku tak mintak dah.. Aku cari sendiri..

Aku bukan getik sangat nak kahwin.. aku tak kesah pun kalau aku tak kahwin sampai mati.. Ibu suruh aku kahwin, aku takde duit.. aku suruh ibu sponsor, ibu cakap adik kemurungan…

Sampai bila aku harus mengalah???

Sampai bila aku harus jaga hati dan perasaan orang lain???

Sampai bila aku aku harus tunggu untuk dapat kasih ibu???

Korang rasa apa yang tengah terjadi sebenarnya ni???

Aku selaku anak sulung, 19 tahun aku PENDAM semua ni seorang diri..

Disinilah tempat pertama sekali aku meluah segala apa yang ada dalam hati aku..

Dan korang pun orang pertama yang aku ceritakan masalah aku..

Maaf luahan aku panjang giler.. Aku harap korang dapat bantu aku.. Semoga korang semua sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.

Yang ikhlas,

– Azwa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *