Supervisor vs Panel: Pre Viva PhD

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Penulisan hari ni adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman yang saya lalui berkenaan sesi penilaian pre-viva yang saya lalui.

Untuk info pre-viva adalah proses penilaian akademik formal yang dijalankan sebelum sesi viva. Selepas lulus viva tu kira dah boleh kata 90% setel PhD.

Dalam sesi pre-viva tu agak teruk saya kena maki, ada perkataan yang bagi saya langsung tidak profesional dikeluarkan oleh panel penilai tapi saya ambil pendekatan berdamai dan senyum.

Bukan apa kerana saya adalah full time pelajar dan full time pekerja swasta, mungkin sebab tu daya tahan saya up level berbanding masa fresh grad dulu.

Saya sangat memandang tinggi nilai yang ada pada insan berpelajaran tinggi lebih lagi bertittle Dr. Namun expectation saya sedikit menurun terhadap penilai tersebut apabila melihat tahap kematangannya melontarkan kata – kata.

Bagi saya makian dan kata-kata tak professional tu saya layankan aje, bukan kata boleh terima 100% cuma pengalaman selama hampir 10 tahun di dalam industri mungkin mematangkan saya.

Esok nya awal pagi supervisor saya call kata dia tak boleh tidur semalam fikir pasal saya, pelik gak sebab saya tido lena je dah setel one big step dalam journey PhD kan haha.

Rupanya supervisor saya kurang senang dengan komen penilai tersebut kerana tugas penilai adalah membaiki dan bantu pelajar, bukanlah memperlekehkan kajian yang pelajar usahakan separuh mati.

Pernah dengar terms kajian yang “remain on shelf” tak? Means hasil kajian tersebut tak digunakan selepas selesai PhD dan thesis jadi perhiasan di rak sahaja.

Tapi kajian yang saya usahakan ini walaupun belum level lulus PhD tapi saya telah mampu meningkatkan 10% productivity pekerja, jika ditukar dalam bentuk duit hampir 1 Juta setahun penjimatan. Telah digunakan secara menyeluruh.

Saya akui secara technical writing ada banyak kelemahan dalam penulisan thesis saya kerana seorang jurutera ni memang jenis follow SOP so untuk buat writing ayat cantik tu tak up to standard tapi saya sedia ditegur untuk kebaikan.

Berbalik kepada supervisor saya tadi, rupanya dia kurang senang dengan apa yang berlaku dalam sesi pre-viva yang berlangsung hampir 3 jam tersebut.

Katanya ini bukan kali pertama penilai bersikap tidak professional dalam membantu pelajar, dah banyak kali tapi tiada laporan di buat.

Supervisor insist untuk saya buat laporan kepada pihak tertentu, saya serba salah kerana saya risau perkara akan dipanjangkan dan mungkin ganggu momentum perjalanan PhD saya.

Setakat yang saya kenal supervisor saya dia sangat baik dan tak pernah memaksa saya untuk membuat sesuatu, semua saya buat atas kerelaan sendiri dengan guide daripada supervisor sehingga ke tahap ini.

Cuma untuk kes ni saya tengok supervisor saya betul2 insist untuk saya buat laporan tersebut. Katanya perkara ini akan terus berlaku kepada pelajar lain jika tiada pelajar yang take action.

Sy fikir masak-masak dan lihat situasi. Sy mendaftar PhD dengan usahakan sendiri matching grant antara university dan industry bagi mendapatkan dana.

Sy mempunyai pekerjaan tetap sepanjang bergelar pelajar, jika sesuatu berlaku kepada perjalanan PhD saya masih ada pekerjaan.

Mungkin pelajar lain yang mengalami apa yang saya alami sebelum ini hidup mati mereka adalah pada status pelajar sahaja jika something wrong somewhere life will be miserable, sebab tu mereka hanya diam.

Dengan niat untuk menambahbaik SOP sesi akademik sedia ada dan supaya ia tidak berlaku kepada pelajar lain di masa hadapan email bertajuk “Cadangan Penambahbaikan SOP” di hantar menggunakan gaya bahasa selembut yang mungkin.

Perkara ini bagi saya tinggi risiko buat perjalanan PhD tapi takpe la demi menambah baik saya ambil risiko tersebut.

Saya hanya memikirkan jika perkara tersebut berlaku kepada adik-adik yang masih “fresh” dan mereka hilang keyakinan diri dan give up, satu kehilangan yang besar buat dunia akademik.

Kadang-kadang saya pelik, penilai tersebut marah betul dengan kesalahan technical writing thesis saya tapi langsung tiada di tanya berkenaan penghasilan nilai kajian tersebut, in terms of financial dan impact kepada kos operasi kilang.

Sebenarnya nak lahirkan pelajar yang hebat tulis thesis atau ingin menyiapkan pelajar terjun ke dunia nyata professional?

Apa pendapat kalian? Mungkin boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Thanks admin approve perkongsian saya.

– Mr Zek (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *