Dah Buat Kerja Yang Terbaik Tapi Macam Tak Dihargai

Aku ni jenis orang yang selalu lompat kerja. Tujuan aku selalunya lompat kerja ni bukan sebab aku tak boleh stay lama sebab perangai orang ke apa ke kan…

Go to hell lah dengan diorang nak bergosip ke apa ke.. Yang aku tahu aku buat kerja aku dengan baik.

Tapi malangnya setiap tempat kerja yang aku pergi selalu menawarkan skill kerja yang aku rasa sangatlah sedikit.

Aku pulak jenis orang yang suka nak mencuba and belajar skill baru yang aku tak pernah dapat pun sebelum ni. Mesti korang akan cakap, kenapa kerja situ kalau dah tahu tiada skill.

Untuk pengetahuan korang, aku tahu ramai yang dah tahu tapi aku cakap jelah ye.. Kebanyakan job posting tu, dia punya jadi bukanlah banyak,

Nampak macam banyak benda kita boleh buat kan but end up dengan task yang basic, tiada banyak skill tapi aku cuba jugaklah yang terbaik aku dekat syarikat tu sehingga aku berjaya jumpa syarikat yang lain. 

Masalahnya kat sini, rasis dah satu hal, satu lagi korang dahlah bagi kerja tak banyak kat aku, aku busy awal bulan and akhir bulan nak siapkan claim bos and report semua. Boleh dikatakan banyak jugak waktu senggang aku.

So bila aku tanya kerja, orang cakap tiada. Jadi aku cubalah sebaik mungkin dengan apa sahaja kerja yang aku ada setakat ni. 

Aku pun tak tahulah siapa yang busuk hati sangat dengan aku. Tiba2 aku dipanggil HR dan HR ingin memberhentikan aku. Katanya aku kena lebih letak effort dan be productive dalam kerja aku…

Aku pun tak tahulah kat mana dia cakap aku takde effort buat kerja and tak produktif. Kalau macam tu bagilah aku kerja, so aku boleh bagi kerja yang lebih produktif. 

Aku sebenarnya dah tak tahan pun nak bla dari sini, aku dah cuba yang terbaik aku, buat semua kerja yang diberi,

Tapi dari start first performance review sampai ke sudah 12 bulan aku kerja, aku tak dapat apa-apa surat pengesahan jawatan pun, dah lebih dari waktu probation aku bekerja. Apa yang aku buat semuanya salah dekat mata hr.

Sebenarnya, aku dah cukup penat, aku seolah rasa aku ni tak dihargai dan bermacam interview aku dah pergi tapi tiada syarikat yang hendak mengambil bekerja.

Tidak berbaloi sangat ke skill and experience yang aku ada sampai syarikat tengok aku tak layak ?

Aku memang dah plan nak resign tapi tanpa diduga, Allah kurniakan aku rezeki zuriat. Dah aku tak boleh kemana- mana dan kena bekerja di syarikat sekarang.

Aku akan cuba buat yang terbaik aku cuna perasaan sedih kecewa dengan apa yang HR cakap tu membuatkan aku rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri. Sampai asyik terfikir teruk sangat ke aku ni…. Huhuhu.. 

Maaflah andai apa yang aku tulis kat atas ni, carca merba je, aku bukan penulis yang baik tapi aku ingin berkongsi dan ingin meminta nasihat dari semua untuk bina balik keyakinan aku, 

Ianya sebagai penyuntik semangat pada aku untuk terus berusaha dan terima and redha dengan takdir aku.

Yang aku minta hanyalah nasihat dari orang-orang yang berpengalaman dan tolong jangan kecam aku kerna aku budak baru belajar. Terima kasih.

– Husna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. tempat kerja i pun sama.. i pun sama suka belajar benda n skill yg baru.. kalau bagi task mmg boleh perfom.. tapi….. skrg job x byk so i yg jadi stress sbb x dpt nak buat apa2 utk company.. so i faham sgt apa yg u rasa..

    U rasa tergugat bila HR cakap something yg trigger inner you.. hello, dia x kenal u, dia bukan dlm bidang u, dia xtau kecekapan kerja u, .. so, kalau bukan complaint drp immediate supervisor you, you abaikan je.. you know who you are, not them!

    awak relax2 je la dulu.. lepas habis pantang boleh consider nak lompat company lain.. sementara ni abaikan je HR tu, saja dengki dgn awak la tu.. All the best to you & take care!

  2. Kadang2 kalau nak tunggu kerja itu mengajar awak, lambat. Kadang2 awak perlu belajar sendiri di youtube.
    1. Saya kerja 5 tahun ( 3 tempat tukar)
    2. Ketiga3 tempat tidaklah memberi saya ilmu.
    3. Saya belajar sendiri pasal audit, computer skills bahkan leadership/ how to organise people effectively.
    4. Relate experience awak dan knowledge from utube, integrate and express time future interview.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *