Penyibuk

Hai semua. Aku nak bercerita, tapi tak tahu nak menulis sangat atau nak meluah pada siapa. 

Aku perempuan, baru berkahwin, jadi lepas kahwin aku ikut la suami. Suami aku ni kerja di tempat kelahiran dia. Jadi kami dapat la duduk rumah syarikat bagi.

Tapi cerita ini bukan pasal rumah, syarikat atau jiran. 

Ini pasal mentua, aku dulu baca kisah kenapa banyak menantu perempuan tak suka mentua, terutamanya mak mentua, padahal kita pun perempuan.

Insyaallah suatu hari nanti akan terima anak orang jadi menantu kita atau anak kita pulak jadi menantu orang. 

Mak mentua aku ni ada anak lelaki sorang, tu la lelaki yang aku pilih jadi suami aku. Ada anak perempuan seorang, masih sekolah rendah tahap 1.

Banyak benda aku tak berkenan dengan dua beranak ni. 

Perangai mak mentua aku, suka ikut kami kalau nak pergi mana, dia bodoh ke tak faham orang baru kahwin nak dating berdua la apa.

Nak beli barang dapur nak ikut, nak pergi pasar nak ikut. Menyampah..

Kalau ikut diam diam tak pe. Ni banyak bunyi. Orang beli barang banyak dikatanya, amboi beli barang macam nak berniaga. Dah dibawa ke mall ajak singgah merata. 

Kisah anak kecik dia pulak, aku rasa budak tu biadap, bila laki aku balik kampung aku, asyik ganggu call, video call la suruh balik cepat.

Lepas buat perangai sial merajuk sebab kami tak beli buah tangan dekat dia. 

Tahun ni dah raya kampung suami, hari raya kedua nak balik kampung aku dan2 la mentua buat drama,

Urmmm baru nak ajak kesana, kesini, dah nak balik sana pulak.

Selesai hal raya, kami dah bincang, raya haji nak balik kampung aku, ada korban,

Mula orang tua tu buat drama, nak tumpang hantar kan dia kesana nak duduk rumah sepupu konon satu jalan. 

Mak mentua aku ni ada suami ye, boleh dia nak tinggal suami dia semata mata nak menyibuk hal kami laki bini nak berjalan. 

Kenapa mentua boleh tahu kami nak kesana sini sebab kami pinjam kereta arwah suami lama dia.

Doa la suami aku murahkan rezeki dapat beli kereta sebab aku dah tak tahan dengan penyibuk tu. 

Jangan kecam, sebab yang faham akan faham situasi ni. Aku cuma rimas dan tak selesa ada mentua penyibuk..

– Menantu hantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Hi confessor !

    Sebenarnya kau tak perlu pon keluarkan kata kata kesat pada ibu mertua kau. Kau tahu kan pangkat ibu mertua sama je dengan ibu kita sendiri. Kau kahwin dengan anak dia, kau kena terima keluarga dia jugak. Suatu hari bila kau jadi ibu, kau akan faham kenapa ibu mertua kau macam tak boleh berenggang dengan anak dia. Hidup ni sekali je, kau just tolerate je. Kalau dia nak ikot kau pergi jalan, just bawak je. Bukan kau kena pikul dia pon. Aku tak faham jugak dengan menantu menantu zaman sekarang ni, kau tahu kan ibu mertua kau tu syurga suami kau. Kau nak suami kau masuk neraka ke? ish nak maroh pulak rasa

    • Kau kena esok baru tahu langit tunggi ke rendah. Belum kena belum tahu dik. Takat nak sembang bolehla.

  2. the moment hg sialkan anak tiri hang (ikut pemahaman aku), hg deserve worse than what your experiencing right now. semoga Allah tak menjawab segala doa2 seorang ibu tiri yg cuba nak jauhkan seorang anak dari bapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *