Hidup Tanpa Gadget

Heyy followers semua, aku Lolly, seorang suri rumah tangga dan mempunyai tiga orang anak remaja. 

Sekarang aku di rumah kawan, dia nak buat curry puff, dia minta tolong aku pasangkan mesin untuk nipiskan dough. 

Dah siap semua aku pinjam handphone dia scroll FB. 

Tiba-tiba aku sebak, kat reels aku tengok influencer/youtuber (maaf aku tak ingat nama dia) dia tengah bagi-bagi iphone kepada orang awam.

Aku tarik nafas.. Ahh mudahnya rezeki orang tu kalaulah aku yang dapat..

Ehmm aku terpikir macam mana mau dapat, sedangkan aku tak pernah pergi shopping,

Aku tengok jam anak dah nak balik dari sekolah aku laju² type apa yang terlintas kat kepala, aku nak minta diri balik nak masak, jadi maaflah ayat pun tak tersusun dengan baik. 

Semenjak area Johor tak dapat terima siaran tv Singapore aku tak pernah tengok tv, Mytv decoder yang kerajaan bagi suamiku tak mau install. 

Handphone pula aku tiada, dulu suami pernah bagi yang bekas dia pakai, dia akan tukar handphone 5 tahun sekali, bila aku pakai ada je masalah, bateri cepat kong dan charger/kabel rusak.

Minta repair pasti gaduh, suami cakap ‘I pakai okey je napa u pake rosak haaa’. 

Selepas setahun aku kumpul duit baki beli sayur, aku mampu beli handphone baru RM599 tapi cuma 2gb je.

Dari situ anak bongsu asyik kacau je nak main phone, aku nak tengok youtube masak-masak pun susah.

Satu hari suami balik nampak anak main phone, suami tanya homework dah siap ke, anak jawab belum.

Suami terus rampas phone pastu ambik hammer dan suruh anak hancurkan phone. Kat dapur aku berjurai airmata sebab tak mampu beli lagi. 

Setiap kali aku nak chat ibu/kawan pinjam phone anak sulung selalu kena tengking, dah belum, dah belum mama.. Lama sangatlah borak apa hhaa.. Nak pinjam laptop anak no 2 pulak jangan harap dia bagi, ehmm level kedekutnya.. 

Hingga hari ni dah 7 tahun aku hidup tanpa gadget dan tak kenal Tiktok. 

Siap kerja rumah aku masuk bilik hadap dinding pandang siling, ada berita apa kat dunia ni aku tak tau.

Gitulah kisahku yang tak berduit dan takde siapa bagi duit, maaf jangan nasihat aku pergi kerja ye. 

Terima kasih admin, pembaca dan sesiapa yang sudi bagi pendapat. 

– Lolly (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. nak ubah perangai suami mungkin dah tak boleh. puan kena ubah anak tu. perangai kedekut dengan ibu kenapa. tu baru kecil lagi

  2. to be on positive side, sis tak rugi apa pun tatau hal2 ‘dunia’ dlm FB tu. menambah sakit jiwa ada lah. berita2 penting adalah 0.1%, yg lain2 konten2 bod*h, hal rumah tangga artis, hal2 politik bang*ng, betina menari2, laki terpaling alpha, eh…pendek kata, tak tgk lagi lah bagus. sis cari lah hobi ke mender….join kelas masak anjuran mana2 ke yg percuma tu, join lah persatuan mak2 mana ke. masak siap2 untuk family…mintak izin suami…haaa, desup pegi bergaul. anak2 lantak la, tau la diorang cari makan sendiri sis dh masak, dah kedekut dgn mak sendiri, gitu jer nak ajar. biar lama2 diorang plak yg cari sis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *