Bekas Guru Tadika

Assalammualaikum, terima kasih admin sekiranya confession saya ni disiarkan.

Baru2 ni saya ada terbaca confession dari Aurora tentang Gaji Guru Tadika, (https://iiumc.com/gaji-guru-tadika/).

Pertama2 sekali saya doakan agar saudari Aurora diluaskan pintu rezeki, dan dibalas segala kebaikan yang ditaburkan. Ameen

Mengenai Gaji Guru Tadika, saya juga adalah bekas guru tadika disalah sebuah tadika swasta di Shah Alam.

Background saya bukanlah dalam bidang early childhood, apatah lagi seorang pendidik.

Namun dek kerana saya dibesarkan dalam keluarga yang besar dan ramai dengan kanak2, hubungan saya dan budak2 begitu akrab.

Mereka selesa bila bermain bersama saya, saya juga rajin melayan kerenah mereka membuatkan saya sangat menyayangi kanak2.

Selepas tamat latihan industri, saya terus mencari kerja kosong di semua platform yang disediakan, segala jawatan saya mohon.

2 minggu kemudian, saya dihubungi oleh seorang majikan, sesi interview hanya di atas talian.

Dia menawarkan gaji basic sebanyak RM1400, elaun kenderaan sekiranya perlu travel.

(Oh lupa nak bagithu, tadika ni masa awal saya masuk, dia ade 3 branch, 2 branch di Shah Alam, 1 di Subang Jaya tapi sekarang tinggal 1 branch je, 2 lagi dah tutup).

Dan disediakan rumah untuk guru bujang, hanya bayar utilities (rumah teres 2 storey, fully furnished).

Selepas berbincang bersama keluarga, saya pon bersetuju untuk berkhidmat di tadika beliau, memandangkan saya masih fresh graduate, RM1400 is a big enough for me.

1st, 2nd day kerja everything okay, cuma masih blur dengan syllabus mengajar tapi that time pelik jugak bila saya tanya guru2 disitu, da lama ke kerja sini?

Mostly jawab, baru sebulan. Oh seriously baru sebulan? Dalam hati saya kata ‘mesti ada yang tak okay ni, sebab guru bertukar2.

Since saya baru tahu tadika tu dah 20 tahun lebih beroperasi, i wonder takkan la takde yang kekal? Alaa paling2 5 tahun takkan takde, my sister in law dah 21 tahun still di tadika yang sama taw.

But its okay, baru 2nd day. 3rd day saya dah mula rasa something not good bila saya sedang training, terdengar jeritan paling kuat, fuhhhh ade yang kene marah.

So masa tu saya agak, mungkin sebab ni kot diaorang tak tahan. Bos marah bukan sekadar marah, dia tengking dan mgunakan tenaga yang sangat banyak.

Saya assume itu cara dia untuk protes bila pekerja tak ikut arahan. Walhal boleh je cakap elok2

So, hari bertukar hari, bulan berganti bulan, rupanya saya dah bertahan di tadika tu hanya setahun setengah.

Selama setahun setengah tu, basic saya dah naik ke RM1600 + elaun minyak/ transit (RM550) , so monthly i got RM2k something, semakin tinggi you dapat, semakin banyak kerja yang you kene buat.

Tapi takpe, saya okay je buat apa yang disuruh (saya antara guru harapan, dan paling susah majikan nak marah sebab saya guru yang susah nak kata NO).

Well, I’m a fresh graduate, tak pernah rasa suasana bekerja yang sebenar macam mane, mase praktikal pon tak pernah ade meeting, fokus buat kerja yang diberi je.

Tapi bila saya dah bekerja di tadika ni (my first job), setiap bulan 2x sabtu adalah hari bekerja, biasanya bos buat meeting lah.

1st meeting start 8.30am to 3pm, me be like, seriously meeting lama macam ni? Kakak saya sampai whatsapp ‘meeting ape lama sangat?’, rupanya sabtu hari bekerja tu, ikut time kerja hari biasa jugak.

So meeting jelah sepanjang hari, kalau meeting sampai tengahari, petang buat la preparation untuk next week ke ape ke, yang penting bukan halfday.

Kadang2 hari biasa pon meeting jugak, ops sorry bukan kadang2, tapi selalu ! Time kerja kitaorang pukul 7 pagi smpai 6.30 petang, so kalau tetibe angin dia nak buat meeting, kitaorang akan drag sampai malam.

Pernah jugak balik rumah pukul 12.30 malam. Dah tak ingat buat ape tah masetu, tapi memang balik lewat malam.

Kami memang dah selalu balik malam sampaikan diri sendiri malu balik malam, risau pandangan jiran sekeliling, walhal kerja guru tadika je pon, bukannya engineer or doctors.

Anyway, bos pernah jugak cerita pasal anak perempuan dia yang bekerja sebagai apetah, tak ingat, selalu balik malam, pastu macam takde life (samalah macam kami ni), then, dia tanya anak dia ‘Do you want to live like this?’

Sebab dia kata anak dia selalu menangis sebab banyak kerja (samalah macam kami), lepastu dia nasihatkan anak dia suruh berhenti, sebab dia tak nak anak dia takde life, dan dibebani kerja yang banyak.

Kami bila dengar dia cerita macam tu, kenaap dia tak memahami kami macam dia buat kat anak dia? Kami pon selalu balik malam, kerja banyak sudah tentu, tapi dia macam terlalu obsess dengan bisnes dia sampaikan kami guru2 terpaksa korbankan waktu dan tenaga.

Kadang tu, bila dapat cuti, seronok sangat2 dapat rehat kat rumah, takde perasaan nak pergi keluar berseronok, dapat duduk rumah pon dah bsyukur, tapi waktu cuti pon dia kacau, dia called tanya itu ini, korang faham tak stress dia macam mane?

So nak dijadikan cerita kenapa saya nekad untuk berhenti, sebab bila permohonan cuti saya dipertikaikan.

Guys, selama setahun setengah saya kerja kat situ, saya boleh kire berapa kali cuti saya applied. Itupon sebab cuti nak pergi konvo.

Lepastu tak pernah ambik MC, tak pernah emergency leave ke ape. Sebab saya tahu, kalau saya ambik cuti, comfirm boss mengamuk sebab dia tak suka pekerja dia bercuti.

Pastu masetu cuti sekolah, budak2 takde taip guru2 perlu ke sekolah untuk siapkan preparation sebelum sekolah buka smula, tapi last preparation dah.

Pagi tu saya dikhabarkan oleh ahli keluarga mengenai pemergian ahli keluarga tdekat (al-fatihah), saya teresak2 menangis sebab someone yang paling rapat.

Pastu saya cerita dari A to Z kat supervisor cum PA bos, lepas dia bincang2 dengan bos, dia kata saya boleh balik, tapi esok kene balik sini semula.

(Ya Allah, saya faham, saya sendiri aware dan tahu tanggungjawab saya, tak perlu nak ingatkan, seolah-olah pihak dia sendiri tak ikhlas untuk benarkan saya balik untuk memberi penghormatan terakhir.)

Selesai urusan jenazah di kampung, saya pon balik semula untuk menyambung kembali tugas.

Sengaja saya tanya guru2 lain, ada @ tidak bos mengamuk bila saya balik kampung? Sebab saya memang faham sangat dengan perangai bos, dia memang pantang orang bercuti even emergency leave.

Pastu guru2 tu kata, ‘awak macam la tak kenal bos awak tu macam mane’

Saya memang dah dapat agak mende ni, then saya tanya lagi kat mereka, ape yang dia cakap, awalnya mereka berkeras tak nak bagitahu saya, sebab katanya nanti saya akan sakit hati, so lebih baik saya tak payah tahu.

Then saya pujuk pujuk pujuk, akhirnya mereka cakap juga, dan memang tak sangka ayat tu sangat melukan hati saya, even orang lain pon akan rasa benda yang sama seperti saya.

Allahuakbar, sungguh mendukacitakan, seorang majikan yang langsung takde sedikit ihsan sesama manusia, sanggup mengeluarkan kata2 sedemikian.

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk berhenti 24 jam. Sebenarnya panjang dan banyak lagi perkara hendak dikongsikan, tapi tidak mengapa, InshaAllah lain hari saya cuba kongsikan lagi.

Guys, disebabkan dia (majikan), saya jadi trauma untuk bekerja di mana2 institusi pendidikan, saya akan fikir 10x untuk mohon jawatan guru, sedangkan saya sangat2 rindukan anak2 syurga dan mengajar mereka.

Walaupun dah hampir setahun lebih perkara tu berlalu, sehingga kini rasa sakit hati tu masih ada.

Sekarang, alhamdulillah berkat doa mak ayah dan ahli keluarga, saya ditawarkan berkerja di salah sebuah company.

Walaupun gaji tidaklah besar mana, tapi saya sangat bersyukur dikurniakan majikan yang sangat supportive, understanding, dan baik sangat2.

Sebenarnya, gaji bukanlah pengukur kebahagiaan, tapi dapat environment yang baik dan positive pon dah rasa enjoy bila bekerja.

Jadi, itulah sedikit sebanyak yang saya nk kongsikan, terima kasih pada semua pembaca, saya doakan agar kita semua dikurniakan majikan yang baik, gaji yang berpatutan dengan kelayakan dan sentiasa dimurahkan rezeki, aamiin.

– Ms El (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *