Reply to ‘Celakalah kamu wahai lelaki’

Assalammualaikum admin,harap disiarkanlah….

Aku sebenarnya agree dengan confessor utk beberapa perkara dan aku ada juga membaca beberapa reply mengenai ini dari confessor lain.Kebanyakannya meluahkan pasal alam perkahwinan mereka.Dari penelitian aku,kebanyakkan confessor cuba menyampaikan yang sebenarnya their FIL and MIL or SIL and BIL ni tak faham macam mana susahnya diorang nak cari duit and bla bla bla…

Tapi korang kena tahu juga your husband's parents juga pernah kahwin and rasa apa yang you all rasa.Rasa macam mana susahnya nak besarkan anak dengan duit yang tidak cukup and so on…So wajarlah mereka mengharapkan balasan dari anak2 diorang setelah berbelas malah berpuluh tahun setelah berjaya membesarkan anak mereka. Even kau sendiri nak balasan baik dari orang lain,bila kau buat baik dengan orang.

Ya,nafkah isteri wajib diberi tapi bahagian ibu bapa juga harus diberi.Tapi sesetangah lelaki ada yang mengabaikan tanggungjawab diorang ni.So kepada lelaki2 sekalian sebelum nak kahwin tu belajar sedikit ilmu rumah tangga dan agama supaya tak terlepas pandang kewajipan anda.

Kepada perempuan pula pun sama je aku nak pesan.Tapi aku dah banyak kali baca story pasal menantu perempuan and in law ni…rata2 nya meluahkan rasa tidak kepuasan hati mereka.Sejujurnya you all kena la sedar yang you all tu baru jadi menantu utk beberapa tahun yang parents in law nak memahami anda seperti anak kandung dan your in law juga bukan your BFF yang senang nak rapat,dalam hal ni menantu kena banyak sabar dan main peranan.Kepada yang PEMALAS pula cepat2 lah sedar sebelum terjadinya seperti kes sebelum ni,kena CERAI.

Aku faham perasaan confessor ni pasal abang dia,sebab aku sendiri dah rasa…kadang2 dalam ramai2 adik beradik kita mesti ada salah seorang anak yang rapat dengan parents dia.So dekat dia jugalah mak ataupun ayah akan luahkan perasaan diorang.Adik beradik lain tak tahu diorang just nampak baiknya secara zahir,tapi dalam hati diorang hanya Allah saja yang tahu.

Kepada isteri2 di luar sana,kalau suami ingin berbuat baik kepada parents dia jangan dihalang.Kerana redha seorang suami ataupun anak lelaki sentiasa ada ada kpd kedua ibu bapanya.

Tak tahu nak story macam mana..harap2 korang faham la.

– MAMA MIA

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Yang perempuan tu tak payah lah dok control suami supaya tak bagi duit dekat mak bapak dia. Nanti insyaallah korang pulak dapat anak lelaki yang bertanggungjwb dekat ibunya. kalau dah hari kau halang suami kau dari bagi duit dekat ibu bapanya, nanti agak agak kau dapat tak anak lelaki yang akan bertanggungjwb ke atas kau masa kau tua nanti? fikir fikirkan.

  2. Yang isteri tolong ingatkan suami dan jangan halang suami supaya tak bagi duit dekat mak bapak dia. Nanti insyaallah korang pulak dapat anak lelaki yang bertanggungjwb dekat ibunya. kalau dah hari kau halang suami kau dari bagi duit dekat ibu bapanya, nanti agak agak kau dapat tak anak lelaki yang akan bertanggungjwb ke atas kau masa kau tua nanti? fikir fikirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *