Assalamualaikum semua. Saya seorang perempuan, tahun ni umur dah masuk mid 30an. Masih belum berkahwin.
Saya start rasa bersungguh2 untuk kahwin sejak tahun ni, maksudnya rasa tu sangat2 kuat especially sejak bulan 8. Susah untuk saya tulis kan perasaan tu, Allah je tahu.
Hakikatnya, saya memang takda kekasih atau special person dalam hidup saya. Arwah ayah saya nak sangat tengok saya, kakak, dan adik perempuan saya berkahwin sebelum dia meninggal.
Tapi masa arwah cakap dulu, saya tak pernah ambil serius, saya just sibuk bekerja, weekend pun masih lagi kerja tanpa pikir umur semakin bertambah.
Hinggalah ayah saya pergi menghadap Illahi dalam keadaan saya tidak bersedia menerima pemergiannya. Terasa hidup saya kosong selepas itu, terasa dah takda lelaki yang akan protect saya sebaik arwah ayah.
Namun, saya masih ada ibu yang sentiasa sayang dan ingatkan saya semua perkara. Ibu sangat risau kan kami masih belum berkahwin.
Actually, kakak saya berumur 38 tahun, dan dia pun belum kahwin dan akak saya ni bekerja yang bagus, aktif bersukan dan kiranya tiada yang kurang lah kalau dilihat. Cuma mungkin pintu hati dia sebelum ni belum terbuka untuk bernikah.
Dalam beberapa tahun ni, ibu saya telah cuba untuk menjodohkan saya dengan anak kenalan nya yang mana kenalan ibu saya tu rupanya saudara jauh kami (sangat jauh). Saya gelarkannya sebagai Aunty Za.
Dia sangat berkenan untuk menantu kan saya, dan Aunty Za pernah beberapa kali luahkan hasratnya terus melalui saya dan dia sekeluarga pernah datang ke rumah ibu saya masa hari raya, tujuan untuk berkenalan dan rapat kan hubungan.
Tapi entahla, saya selalu melenting bila ibu saya buka mulut pasal hal ni.
Pada saya, kalau saya setuju sekalipun, saya tak akan bahagia sebab Aunty Za dan ibu saya saja bersungguh2 sedang kan anak Aunty Za dan saya tidak pernah kenal dan tak ada usaha pun untuk tunaikan hasrat ibu ibu kami ni.
Dan dalam waktu yang sama, saya mempunyai seorang kawan lelaki yang sangat rapat, saya gelarkan dia sebagai Y. Sebenarnya dia dan saya belajar di Matrikulasi yang sama, kemudian universiti yang sama, course yang sama, umur kami sebaya.
Cumanya, waktu study dulu saya memang tak pernah berkawan atau bertegur sapa pun dengan dia. Sebab masa study, saya dalam dunia saya.
(Buat pengetahuan semua, semua adik beradik perempuan saya, makayah kawal ketat batas hubungan dengan lelaki), jadi saya memang takada ramai kawan lelaki pun.
Hanya masa tu saya ade BF dimana BF saya tu pun telah diapproved oleh ibu saya, ibu saya dah jumpa sebelum kami berkenalan lebih rapat, tapi jodoh kami tak panjang, berpisah di final semester.
Sejak itu, saya susah untuk percaya lelaki dan tidak bersedia pikir kan hal cinta lagi. Nak disingkatkan cerita, memang saya tak kenal sangat pun Y, hanya terserempak sesekali waktu attend class.
Hinggalah pada 2010,kami Grad dan start kerja. Satu hari tu, Y tiba tiba mesej saya dan mulakan conversation dengan ajak saya temankan dia untuk visit rumah sewa yang mana rumah sewa tu sama kawasan dengan rumah sewa saya.
Itu lah permulaan kami berkenalan. Tetapi kami masih kawan biasa je, tak rapat sangat dan sebab kesibukan kerja, kadang2 saja kontek.
Tahun berganti tahun, kami mula jadi lebih rapat pada tahun 2015, saya tak tahu kenapa masa tu saya pernah rasa kan dia adalah jodoh saya yang Allah hantar untuk saya tanpa saya pinta.
Saya pernah kirim kan doa petunjuk jodoh ni pada dua orang kawan saya yang pergi ke umrah. Sebab masa tu, jiwa saya keliru. Perasaan saya sangat kuat katakan Y itu jodoh saya.
Dan bila kawan2 saya pulang dari umrah, saya rasakan perasaan aneh saya tu dah hilang lalu saya dah tak pikirkan hal tu lagi dan anggap Allah dah ‘clear kan’ pada saya Y tu hanya lah kawan baik sahaja untuk saya, tapi bukan sebagai bakal suami.
Lalu, persahabatan kami berterusan macam biasa tahun ke tahun, tanpa saya sedar, dialah satu2nya kawan lelaki saya yang paling rapat dengan saya.
Satu persatu kawan2 saya kahwin Dan slowly saya rasakan kwn2 saya hilang, yang tinggal hanya Y. Segala kesedihan, hal gembira, aktiviti kerja saya, stress macam2 hal saya share dengan Y.
Saya rasa sangat comfort dan tenang dengan dia sebenarnya. Y bukan sorang kawan yang suka dominasi keadaan.
Tapi saya tahu antara kami tak mungkin akan ada lebih dari kawan sebab antara Y dengan saya ibarat langit dan bumi, pastinya Y looking for a someone yang cantik, moden, kurus macam model sedang kan saya memang biase2 je orang nya. Hehe.
Tentang hal Aunty Za tu masih die tak putus asa, selalu kirim kabar pada ibu saya minta saya sabar tunggu anaknya.
Sebenarnya, pada umur saya 33tahun,saya pernah nekad dan kata pada ibu saya, terima sahaja la pinangan Aunty Za sebab say dah tak sanggup dengar ibu saya membebel dan saya sedih tengok ibu saya yang terlalu nak kan anaknya ni berumah tangga.
Tapi entahla, hingga kini, lamaran masih belum ditunaikan. So, saya move on je dan anggap memang saya bukan lah jodoh terbaik untuk anak Aunty Za.
Pada bulan Julai tahun ni, adik perempuan saya bertunang. Masa tu, perasaan saya dah mula rasa sayu. Saya happy tengok adik saya akhir nya bakal berkahwin. Kalau arwah ayah saya ada, mesti dia orang yang paling gembira kan.
Pada Ogos 2020,adik saya bernikah. Masa tu, perasaan saya bertambah kuat, perasaan yang susah untuk saya tulis kan.
Dan kebetulan masa hari nikah tu, seorang kenalan rapat arwah ayah saya (saya kenalkan sebagai Uncle Li), dia telah jumpa Paklong saya, abang sulung saya dan ibu saya melahirkan hasratnya untuk masuk merisik saya untuk anak sulung lelaki nya.
Memang semua pun terkejut masa tu, apetahlagi saya, Uncle Li jumpa saya dan mintak keizinan saya. Dan perkara ni berlaku di dalam masjid selepas adik saya selamat bernikah.
Saya clueless, tapi jauh disudut hati saya menolak hakikat ni. saya berikan jawapan pada Uncle Li, saya perlu kan masa dan saya akan Inform pada ibu saya.
Sebagai Ibu (korang dah tahu kan, ibu saya memang nak sangat saya berkahwin), ibu saya happy dan mula sedikit mendesak saya untuk terima saja lamaran tu. Saya bingung, saya buntu, tapi dalam waktu sama hati saya kuat katakan lamaran tu bukan jodoh saya.
Lalu, saya berdoa dengan bersungguh2 pada Allah bukakanlah pintu hati saya pada jodoh saya yang memang telah Allah tetap kan untuk saya, pilihan yang mana sebenarnya, anak Aunty Za? Anak Uncle Li? Y? atau mungkin orang lain yang saya tak tahu.
Saya refer doa pada ustaz, setiap kali selepas solat dan sebelum tido saya baca kan doa tu.
Dan…. apa yang saya dapat adalah mimpi, dimana mimpi pertama saya, Y hadir.
Saya masih anggap itu mainan tidur. Saya teruskan berdoa lagi.. Dan, saya dapat mimpi kedua, masih Y.
Saya terus cerita kan pada ibu dan kakak saya. Ibu saya diam, mungkin dia rasakan sebelum ni, Y tak mungkin akan dapat terima anaknya ni, yelah, bertahun2 berkawan, tak ada apa2 pun kesudahan.
Tapi akhirnya ibu saya menasihati saya agar berterus terang saja hal ini dengan Y. Masalahnya, saya masih tak berani nak beritahu Y, sebab saya sayang kan die dan persahabatan kami.
Saya bimbang bila saya bagitahu Y, persahabatan kami akan renggang dan saya akan kehilangan orang yang saya betul betul perlukan selama ni. Saya buntu tapi saya masih berdoa moga Allah bagi saya kekuatan secepatnya untuk beritahu Y.
Hinggalah baru baru ini, kami berborak yang sangat lama berjam2 borak, belum sempat saya nak bagitahu Y tentang mimpi2 saya, Y dah pun beritahu yang dia sedang berkenalan dengan seorang gadis yang dikenalinya dalam apps mencari jodoh.
Perasaan saya masa tu agak sebak tapi saya lapangkan hati saya, saya yakin Allah akan selalu ada dengan saya.
Lalu, saya dengar saja cerita Y dan dia banyak tanya pendapat saya memandangkan dia belum pernah berjumpa dengan gadis tu.
Saya tenang sahaja, selepas tu saya solat dan dalam sujud saya yang terakhir saya hanya pohon Allah tolong la temukan saya dengan lelaki yang sudah DIA tulis kan nama saya & nama jodoh saya di pintu loh mahfudznya.
Sehingga hari ni sayaasih tiada kekuatan untuk berterus terang dengan Y. Saya takut die akan menjauhi saya, saya bimbang akan kehilangan dia sebab selama ni saya dah terlalu selesa dan serasi dengan Y.
Saya juga Cuba melupakan mimpi2 yang berkait dengan Y tu namun masih jua tak boleh. Saya mohon pandangan pembaca2 apa patut saya laku kan.
Yang benar,
Insan Dilemma
– Serikandi Cahaya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit