Assalamualaikum semua, harini aku nak share kisah seorang anak yang Tak Sah Ta***.
Ibu dia adalah adik beradik sesusu aku, tapi dia dijaga oleh makcik aku. Sebab makcik aku ni dah bertahun kawin masih belum ada rezeki. So dia ambil anak angkat.
Ibunya bernama Hana, Hana ni kalau ikutkan budak pandai, budak sekolah agama. Result memang baik, straight A, Sambung belajar di Perak, dapat dekan.
Tengok gaya macam tak mungkin dia buat benda tu. Tapi Entah macam mana silap langkah si Hana ni, maka terlanjurlah dia. Aku taknak ulas pasal khilaf dia, aku pun perempuan. Aku takut nak ulas..
So dia berkahwin dengan si bapa Eqal. Bapa Eqal ni pun sama macam Hana, Ibu Bapanya tinggi ilmu agamanya, dan bapa Eqal pun memang baik.
Long story short, masa Eqal umur 4 tahun, Hana berpisah. Sebabnya, bapa dia jenis baran.
Beberapa bulan selepas itu, dapat berita yang dia dah kawin lain. Memang 100% Hana yang jaga Eqal, Hana yang cari duit besarkan Eqal, bapa dia? Lepaskan tanggungjawab, tanya khabar pun tidak.
So tahun ni, Eqal umur 14 tahun. Awal tahun ni, atuknya meninggal. Yang menjadi tumpuan aku ialah, macam mana dia sangat bertanggungjawab menguruskan jenazah atuk dia.
Oh ya, makcik aku ni ambil 2 orang anak angkat, Hana dan Hairul. Tapi Hairul ni dalam lokap. Memang harapkan Eqal je yang menjadi pelindung dalam keluarga tu.
Dari A sampai Z dia masuk campur uruskan, Mandikan jenazah, lepastu kafankan, and then solat.
Dialah yang menyambut jenazah dalam lubang kubur, Dan paling mengejut, awal-awal dia jumpa ustaz. Katanya dia nak bacakan talkin untuk atuknya.
Walaupun masa atuknya ada, dia selalu kena marah. Macam tak ngam laa. Tapi dia still jalankan tanggungjawab sebagai cucu.
Masa tu family lain tumpukan perhatian dekat Eqal. Rasa macam tak percaya, ya.. Dia yang dipandang hina kerana statusnya, tapi bukan lah salah dia..
Aku boleh cakap, dia ni berbeza dengan budak yang seusia dengan dia. Rasanya budak sekarang umur 12 tahun pun dah ada fon kan, Eqal tak..
Pernah tanya dia, “Eqal tak nak ada fon ke?” Dia cakap “taknak laa, takde masa pun nak tengok fon”.
Yelah Pergi sekolah, lepastu rehat kejap. Pergi kerja, tolong orang niaga Roti John. Upah sehari RM30, balik kerja terus bagi ibu dia RM10. Lagi RM20 tu dia simpan tabung.
Haritu cukup RM200, dia keluarkan, belikan kerusi roda untuk nenek dia.
Hari sabtu ahad, dia buat 2 kerja. Pagi tolong kat pasar, lepastu petang niaga roti john. Hari hari tak pernah miss bagi duit dekat ibu dia.
Siapa yang paksa dia? Takde siapa paksa, ibu dia larang dia kerja pasal kesian, bukan ibunya tak bekerja. Tapi dia sendiri yang nak cari duit hasil dia.
Tengok, Betapa bagusnya didikan ibunya, mungkin dia tersilap langkah. Tapi siapa kita nak judge, kita pun tak tahu apa akan jadi nanti kan?
Jangan pandang hina pada dia, sebab mungkin pengakhirannya lebih baik dari kita.
Aku pun pernah dengar dia mengaji, masyaAllah sedapnyaa alunan dia.. Pasal dia ni pernah masuk Tahfiz. Tapi dia taknak teruskan, pasal asik kena buli dengan kawan.
Aku bukan nak banggakan dia, tapi aku cuma kagum dengan cara didikan ibu dia.
Itu jelah aku nak kongsikan, jangan judge orang berdasarkan kisah silam dia ataupun latar belakang family dia. Sebab kita juga Pendosa.
Terima Kasih.
– Erin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit