Big thanks to admin sekiranya mesage ini berjaya dipostkan.
Salam,
16 May sinonim dgan hari guru. Satu dunia meraikan. Terima kasih kepada semua yang berstatus Cikgu. Saya juga merupakan seorang pendidik, yang masih terkial-kial mencuba untuk memberikan selayaknya ilmu kepada yang memerlukan. Guru bukan sahaja gelaran kepada insan yang mengajar akademik, yang mengajar erti kehidupan juga layak dipanggil guru. Bagi saya, orang yang wajar menerima gelaran guru walaupun mereka tidak sekolah tinggi adalah orang yg paling banyak berjasa kepada saya..iaitu umi dan abah saya.
Saya adalah seorang anak perempuan bongsu yang dilahirkan dalam keluarga yang susah, Umi dan abah penoreh getah. Kehidupan sangat susah pada masa tu, pernah pergi sekolah bawak rm0.50 je n tak beli apa-apa sebab tak cukup duit. Kehidupan improved sikit masa harga getah mahal ( tak ingat tahun bila), dapatlah lebih sikit..masa tu cikgu sekolah pun buat part time toreh getah sbb seminggu boleh dapat sampai 2k. Haha. Perghh..sama macam gaji manager dah 8k sebulan. Tapi tu sekejap je, toreh getah bukan macam keje gomen nk dapat kenaikan gaji tiap-tiap tahun. Time nak masuk uia diorang sampai nk jual motor sbb xde duit nak bayar yuran permulaan masuk uia. Pergi uia bawak duit org bagi masa datang solat hajat. Duit rm1 dan rm5 dalam sampul surat putih. Nampak mata abah berkaca masa hulur sampul surat tu, mungkin terkilan tak dapat sediakan 'bekal' secukupnya. "Ambil lah, ni duit adik orang bagi.. buat belanja, guna elok2.". Saat merenung muka tua abah, luruh air mata masa tu, kalah dengan emosi sendiri.
Dah masuk uia cabaran paling besar xcukup duit.. tapi tak tergamak nak minta duit selalu..buku2 fotostat je, tak pun copy nota kawan (mybe sbb byk sgt tulis, tulisan jadi cantik..hihihi.) Ada beberapa lecturers yang cakap "please buy an original copy, i dont want you to photocopy it." Allah, mana nk cari duit rm90 nk beli buku grammar ni, makan pun sesimple mingkin sehari-haro sebab xde duit..letak nasi banyak2, ambik lauk telur goreng sebijik campur bawang banyak-banyak and try survive sampai malam.(biasanya saya akan makan lewat tengah hari sbb nk tahan smpai malam.) Hari ini, saya bekerja sebagai seorang pensyarah, saya tak pernah sekali2 meletakkan rules untuk student saya membeli original copy kerana tahu peritnya nak keluarkan duit bagi students yang senasib dengan saya. Kalau mereka mampu, saya galakkan kalau tak mampu nk fotostat saya tak menghalang. Cuti sem saya kerja kilang cari duit unt sem depan. Masuk sem, hujung minggu tak pernah kosong, saya kerja part time banquet kat hotel dari pkul 8-2 pagi, pernah tido kl sentral sbb ngantuk sangat nk tggu 1st train pagi nk balik uia Nilai. Asyik mkan nasi dengan telur, bila tengok signboard ayam kfc tu rasa sedap sangat. Sekarang tiap2 hari mkan kfc qada yg zaman dulu punya. Haha.
Part sedih lagi (asyik sedih je, jap eh kat bwah nnti ade jgak prt happy dia) bila tgok mak ayah org lain dtg jemput setiap hujung mggu..untung sape2 yg parents datang jenguk kat uia, umi abah tak berpeluang jenguk saya kat uia, semua bnda saya buat sndri..dari hal pindah mahallah, angkut barang nk balik rumah naik bas. Tapi sekarang sedar, benda-benda mcam tu buatkan saya lebih berdikari..lebih kuat, fizikal dan mental. Yeah.
Sampai hari grad uia umi abah datang uia, tu first time diorang datang konvo sbb sebelum tu xde sape pun dalam adik beradik yang masuk universiti, semua kandas sampai form 5. Bukan sebab tak pandai, tapi sebab parents tak ada duit. Masa nyanyi lagu uia nanges2 teresak-esak.. org sebelah pun pelik apelah syahdu sangat lagu 'lets lead the way' tu..act saya nanges sebab terlalu happy dah berjaya tunaikan impian nk grad uni.
Alhamdulillah, survived uia walaupun dalam sejuta kepayahan. Walaupun pointer bukan 4.0 tapi syukur lps dua mggu grad terus dapat kerja. Rezeki Allah nak bagi sebab dah lama diuji dengan kepayahan. Kepada yg terlahir senang, syukurlah, kerana anda harungi hari-hari anda dengan berfikir esok nak MAKAN KAT MANA, sedang kami lelah berfikir esok nak MAKAN APA. Kepada yang dipilih untuk berada dalam keluarga susah jangan pernah kesali. Hikmah itu hanya Dia yang tahu dan pasti bersebab. Merungut adalah untuk oulrang yang lemah. Redha dgan aturannya. Yakinlah.
-adik-
– Adik.
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Cekal betul, adik ni! Budak BENL ya?
Abang bagi dua jempol!
Moga kehidupan adik diberkati Allah dengan limpahan rahmat.
Getah naik masa tu zmn pemerintahan mahadir n jepun kena tsunami attack. So jepun perlukan getah byk utk build up tapak bagunan yg kukuh. Igt lg masa tu org2 kg yg tk keja menoreh pakat2 cari kebun merebut2 toreh getah.
But now….hmm..najikkkk2. Dasar pelahap hak org. Duit utk upah penoreh getah tu sbnrnya disimpan oleh kerajaan utk guna sbg dedak pd pru nt. Sebab tu depa sekat sekilo singgit lebih ja. Kejam tak kejam kepala botak bbir pink tu.
Syud Kori