Aku takut dengan LELAKI

Mohon admin approve. Tq in advance.

Aku final year student. Insyaallah grad sem dpn. Aku nk kongsi perasaan aku terhadap lelaki dan aku harap korang bole advice aku sbb aku rasa prob aku ni agak kritikal.

Aku sgt susah nak percaya lelaki. Smpai skrg aku x prnah couple. Sbb pertama mmg la sbb aku nk jaga diri.. Lama2 bila aku scan diri aku aku dpt rasakan aku ni bkn hanya nak jaga diri tp aku hilang percaya dgn lelaki. Ramai yg approach aku tp aku tak layan. Lama2 diaorang stop tp bg aku kalu diorang betul2 nak diorang akan buat sampai aku yakin ngn diorang. Sorry la aku mmg ssh nk layan. Aku bkn jenis yg gedik2 manja balas mcg. Kalu aku rasa dia over mcg, kejap2 mcg, aku rimas then aku tak layan dah sbb bg aku dia bkn lg laki aku kenapa aku nak layan soalan2 tak penting lansung. Belum jadi laki dah control2 aku nanti dah jadi laki?? ya. aku mmg selalu sangka buruk kat lelaki.

Mak aku dah risau. Selalu tanya ade calon tak.. Haha sian mak aku mesti dia takut aku tak laku.. Dia tau aku susah ngn lelaki. Takpe mak kalu org tak kawen org duk la ngn mak k. Kalu main kaut je mak nanti perangai tak elok lagi mak tak tenang.

Tipu la kalu tak de rase nk kawin.. Member aku ramai dah kawin.. Ramai dah ada anak dah pun. Diaorang duk ckp lepas ni aku tp diorang x tau hakikatnye aku susah nak pecaya lelaki. Yelaa ko nak duduk ngn dia sampai ko masuk kubur. Huh!

Alkisahnyaa.. Ramai org keliling aku yg rumah tangga x bahagia. Kakak aku dah gugur banyak kali sebab kene tendang ngn pukul dgn suami dia. Sekarang dah cerai. Kawan baik aku sendiri dh janda laki dia buat hal. Time bercinta pijak semut tak mati.. Ayat cintan, hadiah, blanje makan.. Semua indah! Dah kawin, dia buat macam kain buruk.. Baru kawin 4,5 tahun sepak terajang dia bagi. Cane aku nak caya lelaki?????? Woiii korg igt…korg tu apa ha??! Dah buat org mengandung, dah buat org tu macam kuli semua nak sedia itu ini lasly korg bg penampar and penendang. Korg tinggal gitu je tak hirau makan pakai tempat tinggal kalu dah ada anak yg pompuan la duk hurung anak korg tu ke hulu ke hilir carik makan.

…….Aku takut…. Takut sangat….sbb tu aku jadi suuzzon ngn lelaki. Dapat yg panas baran, kaki pukul, tak setia.. Aku takut muda2 jadi janda. Nanti kalu dapat anak. Anak aku kecik2 takde kasih sayang ayah. Kalau laki nak rapat ngn aku je, bende ni mst terbayang.. Aku tak tau cane aku nak terima lelaki atau suami dalam hidup aku.

Ayah aku baik..sangat baik…aku nak cari macam ayah aku tp aku pernah bca org kata kita x leh banding dgn ayah kita…Aku risau je aku ni tak kawin sampai tua..

Kepada lelaki yg baca mcg aku ni.. Hargailah isteri korang nanti. buat baiklah kat diaorg. Ikut teladan rasulullah melayani isteri2nya. Jgn kasari diorang. Aku tak kata semua lelaki jahat tapi sebab perangai sebahagian yang lain buat perempuan macam aku ni takut nak kawin. Aku tak nak lebih, aku nak orang yang dapat terima aku seadanya bukan jadikan badan aku mcm punching bag waktu takde mood atau geram.

kakak aku pernah pesan "tak yah la bercinta lama2 dik..sebab selama mana pun bercinta tak kan kenal ngn dia sampai la duduk sebumbung, tido sebantal, makan sepinggan ngn dia". So korg x yah la becinta lama2.. Hilang manis dia.. Korg doakan aku dapat jodoh yg baik.. aku cuma nak bahagia dgn dia dunia akhirat..tu je. Amin..

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

23 Comments

  1. Tak semua lelaki macam tu. Bunyi macam klise, tapi itulah faktanya.
    Dan selalunya, kaki pukul ni ada perangai yang semua boleh tangkap kalau betul-betul peka.
    Kalau mulut manis, pandai jaga hati mak bapa, dan pandai memujuk, itu tanda-tanda yang kena berhati-hati. Kalau cemburu buta, bila marah jenis hilang telinga, tumbuk dinding, baling barang, lagilah kena berhati-hati.
    Moga Allah beri awak lelaki yang berbaloi untuk awak cintai.

    • Apa maksud “kalau mulut manis, pandai jaga hati mak bapa dan pandai memujuk, itu tanda-tanda yg kena berhati-hati?” Saya kurang faham. Boleh explain?

  2. Abg2 sila komen. Pasti rmi yg rasa tercabar kan. Nak aje aku ajar si mawar ni akan gila nya cintaku tapi masing2 terikat dgn gf bini memasing dh kan. Kah3 ak tahu..tapi takpe buktikan iltizam yg suci murni tu dekat spouse korang. Insyallah berkat rumahtangga. Aminnn

  3. awk takut dgan lelaki…saya cepat menyampah dgan lelaki..haha..kdg2, dgar joke dorg pun boleh buat sy rse rimas.. and klau nampak lelaki rmai sgt,kdg2 sy jadi mcm serabut and kenapa lah kena ada lelaki kat u sy ni..kritikal la jugak prob sy..tp,sy boleh je ckap mcm biasa ngn dorg..

  4. Before this, saya pon pernah ada this kind of thoughts. Dislike guys for the stories that I’ve heard from broken marriage, include what I’ve seen from real married couple in front of my eyes. Doa ye banyak banyak, minta Allah temukan jodoh yang baik. Bersangka baik pada Allah ye. Moga ditemukan jodoh yang baik. Before plan nak kahwin, risik risik lah perangai lelaki through his parent, friends, etc. Jangan bercinta sebelum nikah. Like seriously. Sebab perangai before nikah and after marriage taksama. Taktau nak describe macam mana. But this is based on true experience. Huhu. Wish you all the best ^^

  5. Kalau susah sgt, mintak familu yg carikan..in shaa Allah, kalau famili yg cari, kebiasaannya akan baik2..tp kalau berlaku yg sebaliknya, elakkan menyalahkan sesiapa, tp lihat pd diri dl.. :)

  6. Sekadar tips , kalau awak nak tgk lelaki tu baik dan bagus atau tidak ek , awak cuba tengok macam mana dia layan adik perempuan dan kakak dia , tgk jugak hubungan dia dengan ibu dia , baik dengan mereka , InshaAllah baiklah dengan bakal si isteri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *