Hai… Sejak belakangan ni banyak juga cerita pasal rumah tangga baik mak mertua dan suami.
Untuk menantu jaga kata-kata, atau cuba asingkan tempat tinggal dari mertua.
Kalau suami paksa.. Cakap dia.. Boleh.. 2 minggu rumah mak saya.. 2 minggu rumah mak awak.
Hahaha. Main – main. Bincang elok-elok. Atau anak dara sebelum kawin bincang dulu dengan pasangan taknak tinggal campur.
Boleh juga kumpul aset dari berniaga online…
Tepuk dada nak ke tak nak.. Sanggup tak..
Yang suami.. Jadilah suami bertimbang rasa.. Kalau suami tak jaga solat..
Isi dalam rumah nak ikut contoh siapa ya… Nanti kat akhirat kena soal tau…
Semoga kalian jumpa persefahaman.
Untuk mertua pula..
Mertua, Baik yang kita bagi… Baik lah yang kita dapat..
Kadang anak laki kita mengadu isteri buat macam-macam..
Tapi 100 ke anak akui apa yang dia buat kat isteri sampai isteri jadi tak hormat dan tak positif.
Mungkin kita kenal anak kita..
Tapi isteri lebih kenal suami dia.
Jadilah ibu yang menyenangkan.. Insya Allah dengan contoh yang baik.. Semua akan ikut…
Mungkin kita tak dapat sayang menantu perempuan..
Sebab itu ialah bukan darah daging kita….
Dan rasa kasih sayang bukan benda yang boleh dipaksa..
Tapi cuba pejamkan mata..
Kerana, harini anak lelaki mengadu pasal isteri,
Tapi percayalah selang 30 minit atau esok lusa..
Mereka berbaik dan berbahagia semula selepas dapat menyelesaikan hal salah paham..
Tapi kita sebagai ibu/ keluarga akan teringat ingat sikap menantu.. Sedangkan menantu/ anak dah lupa kisah semalam (hal salah paham) mereka.
Menantu..
Jadilah menantu yang baik ya…
Syurga itu tidak mudah..
Banyakkan yang positif..
Kalau rasa ipar duai tak paham..
Tak payah bagi folow ig atau media sosial…
Kehidupan kita.. Kita tak perlu explain kat keluarga sana sangat..
Contoh.
Update gambar trowback, disangka petang tadi keluar berjalan.. Asyik berjalan sahaja.
Tak simpan duit..
Percayalah semakin orang tahu berkenaan kita..
Semakin banyak cerita tentang kita yang boleh dikarang.
Semakin sedikit cerita tentang kita.. Orang lain pun tak ada idea nak gosipp pasal kita…
Lagi satu. Kalau orang tak positif pasal kita..
Tak payah pening kepala, makan hati..
Buka telefon, buka perakam, rakam je apa yang dia cakap.
Kalau dia selalu buli-buli atau mengadu domba..
Rakam sahaja.
Ini ubat untuk pertahankan diri kita…
Dan bukti beri pada orang tertentu.
Dan jangan bergaul dengan orang tak positif..
Bila kita tak bahagia sebab orang tak positif dikeliling kita..
Kita yang sakit dan dapat macam-macam sakit.
Kita juga yang kena beli ubat…
Saya pun pernah mengalami macam-macam dugaan rumah tangga.
Tapi saya ambil inisiatif, belajar buat biskut ke make up ke, bisnes online..
Untuk benteng diri akan datang.
Dan ubah diri jadi lebih baik.
Saya takkan paksa sesiapa stay untuk saya kalau dia taknak.
Dan kalau pasangan buat hal… Saya pesan pada hati… Buat apa mempertahankan orang yang tak bagus.
Tak perlu direbut kan..
Mak bapak kita bagi makan cukup-cukup,,, membesarkan.. Sekolahkan.. Takkan kita nak merana sebab satu orang (suami) jika dia buat hal?
Hargai diri sendiri.. Sayang diri sendiri.. Hormat diri sendiri..
Layan orang lain baik baik,
Yang hadir pada kita akan baik baik.
– Hide nama saya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit