Assalammualaikum, tq admin.
Aku tak tahu nak mula macam mana, sebab hati aku tengah resah gelisah, entah la erti kata lain aku rasa macam cacing kepanasan. Sebab apa? Sebab gambar aku sepupu aku masuk kan dalam facebook.
Korang mesti rasa bnde ni kecik je kan? Tapi bagi aku besar sgt. Sebab aku jenis bukan suka "tayang gambar" suka tunjuk gambar atau masuk kan gambar aku kat media sosial. Serius! Aku tak tenang.
Aku pelik orang yang selalu 'tayang gambar' yang paling aku pelik Bila perempuan. Kadang satu dua tu ok la kan. Ni tak! Sekali upload 26+, bila tengok gambar yang sama je. Yela sbb selfie kan. Lepastu part muka je. Sungguh wei aku pelik.
Tu belum masuk part tak tutup aurat! Alhamdulillah, gambar yang sepupu aku masuk kan tu. Just nampak muka aku je. Tapi tetap aku benci tengok gambar aku tu tengah jalan2 kat fecebook! Walaupun aku dah tutup aurat, gambar aku sikit pun xnmpak bentuk badan dan aurat aku tetap xselesa. Alaaa korang tahu je la mata lelaki. Ko tutup mcm mana pun tetap mata diaorang bole tembus! Nak2 korang tayang kat facebook tu.
Aku malu, aku xnak gambar aku tersebar. Aku bukan orang yang baik. Bukan solehah mukminah bagai2 tu. Bukan! Aku pun banyak dosa. Tapi sungguh! Aku xtenang gambar aku berjalan jalan kat media sosial tu.
Bila aku tak nak selfie dengan kawan2 sepupu semua, nty org judge aq sombong, xmesra. Tapi alasan aku 1 je. Nty lepas ambik gambar mesti diaorang upload.
Aku nk tegur, tapi banyak benda aku fikir. Mesti sepupu aku cakap, aku ni bajet baik la nk sorok2 muka. Sorok2 gambar. Konon xnk bagi laki tengok! Tapi serius aku terseksa!
Perempuan kan, biasa la lumrah suka bergambar, aku pun suka selfie! Penuh hp aku muka selfie aku je. Tapi mcm tu la. Aku simpan je dalam hp. Bila bosan selak2 tengok muka sendiri huhu. Aku pun nak jugak gambar2 dgn sepupu dan kawan2 utk kenangan dan simpanan aku. Aku penah ckp ngn kawan aku yang diaorang xbole sebarkan gambar aku. Tapi lepas tu diaorang mcm xselesa. Rasa mcm leceh! Yela setiap gmbr ade muka aku. Hehe. Diaorang nk jugk upload. Aq xbagi pun. Diaorg upload jugk. Sepupu aku siap hide kan kat wechat apa yg dia post, sbb salu je ade muka aku dia upload kat wechat. Padahal dia tahu yg aku bukn jenis sebar gambar. Sendiri bolehh tahu, bila dia tag. Aku remove tag. Dan bole tengok kat facebook aku, memang tak ada gambar. Tak kan tu pun tak faham? Dah cakap xfaham, dah bagi hint pun tak faham. Arghhhh stresss aku!
Korang ade tak rasa mcm aku? Bole bagi cadangan mcm mana nk tegur sepupu atau kawan aku jangan masuk kan gambar aku. Dgn cara berhemah? Tak nak guris hati dieorang?
Maaf kan aku, kalau confress aku ni Buat korang pening baca, sebab aku tahu ayat aku berterabur. Dan maaf kan aku andai ade yang terasa. Aku bukan org baik, cuma aku cuba untuk jadi baik. Aku nak jadi wanita yang tak dipandang dan memandang. Maaf kan aku T.T
Terima kasih.
– si mata hazel
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Alhamdulillah passkan bio baitul muslim kat parents boleh tak
Saudari, kat facebook tu ada je kan setting untuk hide gambar awak yg di-tag oleh orang lain dari pandangan public/kawan2 fb awak.
Pegi je check kat setting tu. So nanti awk je yg dapat view. At least ada jgk kenangan kan.
Btw kalau tau dorg nak upload, jgn join masuk dalam gambar yg ambik guna kamera dorg. Kalau nak ada muka awk jgk, guna kamera awak sendiri. Okay?
Susahlah kalau nak control semua takleh upload gambar ada muka awak semua tu. Xpun kalau group photo tu duk je kat belakang2 skit kalau malu sgt nak tunjuk muka/badan tu. At least takde lah menyerlah sangat kan.
Orang lain pun takde nye lah nak tilik muka sorang2 semangat sgt bila dah group photo camtu. Dorang pun tengok sekali imbas je biasanya. Unless awak ni comel mcm mira filzah lah. Duk kat belakang sekali muka nampak kecik mcm semut pun orang still boleh notice hahahaha ok, gurau2
Suruh la edit buh sticker kat muka awak sorang
Bagus punya personaliti begini. I loikeee.
I feel you sis..
Rare…..mana nk jmpa pompuan cmni skrg
Nanti kalau dorg ajak awk bergambar lg awk pakai topeng atau pon bergmbar acah2 hipstur dua2 tgn tutup muke. Hehehe
Alhamdulillah bagus la.. saya yg berniqob ada juga upload gambar saya dgn suami n anak2. Konon supaya org aware yg saya da jd bini org n mak kpd ramai anak hehe. Tapi paling penting nak habaq kt org suami saya tu dah beristeri dan ada ramai anak. Hihi
Maybe awak blh suruh depa boh sticker ke. Tp saya selalunya bila nampak ada kawan2/sedara nak wefie cpt2 saya p jauh2. Or buat2 sibuk. Sbb saya pun xsuka org sesuka hati upload pic saya. Nak2 yg focus kat muka. Huhu
Just nak sharing pd yg rasa remeh benda ni. Saya sndr ada pengalaman kawan2 duk upload gambar saya (time tu xpakai niqob lg). Dan ada org konon nak kt saya hanya berdasarkan gambar. Dan paling teruk lelaki tu putus tunang disbbkan sekeping gambar yg ntah2 di alam realiti xlawo pun. Rasa kawan saya tu edit2 sikit. Bayangkan..mujur tunang je. Bukan laki org. Kalau laki org saya lg pening dan stress la time tu.
Dan pernah juga ada entah lelaki memana simpan berbakul2 gambar saya (pun sblm berniqob) yg juga kawan2 juga upload n tag. Saya memang time bujang susah nak upload gambar. Bayangkan apa perasaan korg bila ada org xdikenali simpan gambar korang, ckp da jatuh cinta etc. Huwarrghh tkt kan? Siap kenal pasti siapa kawan2 yg rajin upload gambar. Time tu xtahu setting utk hide tag tu lg. Huhu
Ada yg siap tlg edit, bg lawa2 gambar kite. Siap crop muka org lain dlm pic tu. Huhu banyak la kejadian pasal gambar2 ni yg menyeramkan.
Betul apa confessor ni cakap. Kita taktahu apa nasib gambar kita yg tengah berlegar2 di media sosial.
Utk confessor, saya pun xtahu mcm mana nak tegur org yg upload gambar tanpa izin. Melainkan awak ada suami awak blh cakap suami tak izinkan. Sbb selalunya itu lah ayat saya bila org ajak bergambar. Saya ckp boleh tp tak boleh upload di fb, hanya utk simpanan dan share kt group whatsapp shj. Mula2 org mcm xselesa tp lama2 ok la. Org akan jemu nak pujuk kalau kita asyik beralasan.
Faham sngt perasaan Ni!
Sy kira sepupu atau kwn awk tak tau apa yg awk “rasa”.pilih waktu yg sesuai,b’terus terang….bgtau la suatu p’nyeksaan bagi diri awk apabila gambar awk ditayang dilaman sosial.bicara dari hati ke hati…kalau boleh mase cakap tu biar sampai nangis2,bagi dieorang fhm btl2 perasaan awk…lebih kurang b’kongsi perasaan dgn dieorang bukan m’nyatakan pendirian awk,tkt2 dieorang rasa leceh dgn rasa kurang sng awk tu.kalau tak b’jaya jgk,awk gunakan kage bunshin no jutsu(teknik klon).belasah je dieorang.hmmm doa la byk2 dkt tuhan.tiada selain tuhan yg lebih memahami masalah awk.
fb ada mcm² setting untuk security, sila godek sndiri..
wechat pulak, rasanya klu dia mention awak & frens dia xde kena mengena dgn awak, diorang xkn tau tu awak..
lg 1, jauhkan diri dari diorang bila diorang nk bergambar guna phone diorang
Bila bosan selak2 tgk muka sendiri..nape cm sedih ja ayt tu haha… next time bole amik gmbr nature, ne tau minat photography bole bcmbah?
Si mata hazel weh AN-nUr Iz Zaty :D
?
Awk ye sis ?huhu
Nk follow boleh?
Ha?
Bole ?
Cakap terus terang settle masalah. Cakap je kat sepupu tak suka gambar ada dalam social media kalau nak org lain nak upload gak suh dia letak sticker banyak2 kat muka awak. Huhu.
Pastu lain kali kalau ada ajak bergambar, guna fon camera awak, or awak takyah join dorang bergambar sekali.
Suh kwn/sepupu awk edit gambar awak kat foto r’us pakai sticker
aku pun x suke gak org haplod gambar aku …pastu setting public…semua bole tgk…i dont like…tp kalau x setting public …aku ok je…
Sayapun selalu menjauhkan diri daripada orang yang pegang kamera dalam majlis keramaian. Sukar untuk dielakkan, maklumlah jurugambar terlalu ramai sekarang.
Kut diajak berfoto sbg kenangan dgn saudara mara atau sahabat/rakan, kita bersedia dengan gaya sopan serta raut wajah manis bagi saya “redha”kan sajalah. Malangnya kalau “candid” punya, kita tengah nganga nak suap makanan atau tengah ketawa berdekah atau tengah sinsing kain sebab depan ada lopak air atau tengah bertinggung kutip sesuatu atas lantai. Tengok-tengok dlm Facebook kawan sudah upload gambar yang memalukan ini. Bukan satu Facebook, siap share dgn oranglain lagi.
Aku rasa apa kau rasa.
Tips aku.
Mengelak ja dari org yg suka ajak bergambar. Ketepikan cakap2 belakang tu .. kita ada pendirian kan? Tetap teguh dgn pndirian kita.. jgn lemah.. haha..
Sekurangnya kita dah cuba mengelak takmau upload di fesbuk..
Allah tau niat kita weh .. doa banyak2 moga jauh dari segala fitnah…
Aku xrisau sgt bab gmbar skrg ni, sbb fren skrg smuanya fmily ja.. kihkih..
Btw , Buatla mcm aku . Fren dgn yg penting sahaja. Kbye.
*dulu2 aku pon kali upload, lama2 pikir baikburuk, aku stop. Buat fb baru . Tenang fikiran.
Ahaha..i feel you sis,,,smpi saya uninstall wc ig sbb mnyampah tgk muka sndri klu ade org tag…