Nak tanyalah akak2 dan abg2 IIUM sekalian.. Situasinya macam ni..
"Seorang wanita meluahkan ketidakpuas hatiannya terhadap seorang sahabatnya kerana sahabatnya melayan beberapa orang lelaki dengan mesra di Wasap tetapi dengan cara memaki hamun dan carutan..dan yang paling membuak2 kan kemarahannya.. Sahabatnya itu bertudung labuh.."
Bila ditegur kata tak semua orang bertudung labuh ni 100% perfect.. mereka jugak buat dosa.. dijawab pulak dia suka yang bertudung labuh yang baik.. tapi yang dia tak suka adalah yg bertudung labuh tetapi perangai macam tak berapa baik..
Persoalan saya..
1.Layakkah si tudung labuh dimaki penuh carutan sebab dia membuat dosa?Layakkah tudung labuh beliau dipersoalkan kerana beliau berbuat dosa?
Apa pendapat akk2 dan abg2 sekalian?
– Akak Konpius
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Setiap insan ada side buruk dan baik. Side baik si penasihat, rasa nak kawan dia berubah, jadi baik. Side buruknya, method nasihat yang digunakan adalah salah dan tidak bertepatan. Mungkin kaedah nasihatnya perlu dipelajari dan dimantapkan lagi.
Kadang kita memang nak orang tu berubah jadi baik. So kita nasihat la dia kasar kasar. Dalam pemikiran kita ,itu cara nasihat yang bagus sebab kita terbiasa dengan cara macam tu. Tapi si penerima nasihat pula tak boleh terima cara nasihat macam tu. Jadi perlahan lahan kita perlu pelajari cara menasihatkan seseorang dalam pelbagai kaedah. Ada yang nak dinasihati cara lembut, ada yang kena main psikologi, dan lain lain.
Mudah mudahan si penasihat dan penerima nasihat dapat berdamai antara satu sama lain dan berusaha memahami antara satu sama lain.
Tang soalan confessor tu. Tudung labuh bukan jaminan dia berilmu, bukan jaminan dia tu maksum. Samalah juga macam tudung biasa biasa. Bukan jaminan dia ahli neraka. Waima yang takpakai tudung pon. Biarlah Allah menilai.
Tapi tak semua ada pemahaman macam ni. Biasanya orang label, kalau tudung labuh ni tak boleh buat salah. Sebab jadi ikon pada muslimah yang lain.
Itulah dugaan buat si pemakai tudung labuh. Menguji keikhlasannya. Jadi kita kena belajar sa-do-kan iman. Benda ni bukan mudah. Tapi kita berusahalah. Moga dipermudah.
WallahuA’lam.
nasihat penuh hikmah, bukan bermaksud kena lembut setiap masa. ada kala kena perlukan ketegasan dan kekerasan jika kelembutan dah tak boleh nak berkesan… :(