Nampak alim tapi gedik nak kahwin

" Dia nampak alim, aurat jaga, pergaulan jaga, maruah jaga tapi asyik cakap pasal kahwin. Asyik post pasal kahwin, pasal lelaki idaman. Tengok lelaki ala-ala Zayn Malik meluat, tengok lelaki ala-ala ustaz Don menggedik sakan. Meluat aku orang macam ni, acah-acah alim. " kata mereka.

Selalu jugak aku dengar benda-benda macam ni. Mulanya aku agak bersetuju tapi aku rasa macam tak adil, aku cuba untuk faham kedua2 pihak. At least aku ada jawapan untuk soalan2 macam ni.

Ya, salah bila depan lelaki kononnya acah-acah malu tapi sebenarnya tengah main mata, tengah lembutkan nada, manjakan suara sehalus2nya. Daripada perangai macam princess Anna yang kasaq terus jadi Cinderella. Semut pun kawan dia.

Salah bila jaga aurat tapi post gambar merata. Salah bila berdepan dengan lelaki tak cakap tapi dalam whatsapp group bukan main lagi. Ya salah, tapi jangan la kita nampak yang salah ja.

Dia menangis tengah malam solat, taubat dengan dosa2 dia, kita tak nampak. Dia baca al-mulk tiap2 malam tak Kira betapa letihnya dia, kita tak nampak. Kita tak nampak betapa susahnya hati dia nak istiqamah, orang lain pakai shawl belit sana sini, dia pun nak. Orang lain mekap hari ni Barbie doll, esok smokey eyes. Dia pun nak, dia pun perempuan. Dia nak cantik jugak, kadang2 nafsu dia teringin tapi hati dia tahan.

At least dia cuba, jaga maruah, jaga diri, jaga agama. At least dia sedar apa yang patut dia buat, apa yang tak. Dia tahu batas dia, dia tahu limit dia. Ingat senang? Ingat macam sarung selipar?

Dia juga manusia biasa. Orang lain couple dia pun nak. Orang lain ada org ambil berat, ada org sayang. Dia pun nak tapi hati dikuatkan, iman jadi benteng.

Satu, sebab diorang ni tak pernah betul2 deal dengan lelaki, so diorang tak faham sangat, dok rasa watak ala-ala suamiku ustaz tu wujud. Husnuzon ja memanjang. Bila tak bercampur lansung dengan lelaki, lelaki yang approach dia semua dia rasa syok kat dia. Ada yang mengaku sebab tu aku cakap. Dua, bagi aku la, sebab trend, sebab mudah terikut. Faham agama, masuk dalam hati tapi kadang2 kalah dengan nafsu, biasalah manusia. Nak2 lagi sekarang trend kawen muda, lagilah.

Tapi maaf ni nak tegur, tak salah nak ada lelaki idaman cuma tak payah canang satu dunia. Simpan sorang2, takpun dengan kawan rapat yang sejantina. Tak payah post dengan harapan bakal suami tengok, kalau jadi tak pa, kalau tak jadi, naya ja.

Jangan post ayat bijaksana, memanipulasikan dalil untuk menguatkan hujah, menghalalkan yang tak sepatutnya. Buat salah mengaku salah, contohnya couple haram tak payah nak ubah jadi couple Islamik untuk halalkannya. jangan gunakan agama untuk tutup salah kita. Boleh jadi ada silent reader yang minat tulisan kita, percaya apa yang kita tulis, Lepas tu dia ikut sekali. Dah jadi lain dah. Dalam diam kita pun tak tahu kita dah sesatkan orang lain.

Terima kasih untuk golongan macam ni sebab anda mencuba untuk jadi baik, menjaga agama, maruah dan hati. Sumpah, aku faham tak mudah. Aku faham macam mana susahnya nak tahan rasa hati. Tapi check balik mana kita patut buat, mana tak. Semoga dipermudahkan Allah segala perubahan yang kita nak buat.

Hang pun, yang kawan2 kepada sahabt2 yang berperangai macam ni. dah nama pun kawan. Tegoq ja la, tak berani cakap depan2, tulis nota selit Kat dalam pencil case Ka, beg Ka. Meja Ka, bawah bantal ka. Mesej pon boleh. Kias2 sikit. Banyak ni cadangan aku bagi. Cakap ja, habis kurang dia nak terasa sebulan daripada hang mengadap perangai yang sama bertahun2. Tolong dia ubah. Kadang2 dia pun tak perasan perangai dia macam tu.

Kepada yang menunding jari, berfikir sebelum bercakap. Instead of blaming them, help them to make a change, who knows, we will too.

Kepada yang dituduh, jangan cepat melatah. Kalau kena tegur, cuba terima dengan hati terbuka.

Sama2 berubah ke arah lebih baik. Kan nak lepak Kat syurga sekali. Bak kata orang melayu, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

– Kak ton

Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit

64 Comments

  1. Kalau ikut pandangan emosi memang kita akan sentiasa cuba back up yang cuba nak berubah. Tapi bagaimana pula dia yang dah terdidik baik tiba tiba berubah? Nak salahkan budaya ke kalau dia berubah. Sedangkan yang boleh berubah jangka pendek tu diri sendiri.

  2. Nak tanya zayn malik nih siapa?
    Hebat penulis…klu awak baca komen saya nih..jom kite berukhwah nak?…
    Alhamdulillah… sama2 berlapang dada…yg menegur dan yg ditegur…
    Muslimah ku syg…pandai2 jaga diri..
    Kite nih pembawa fitnah…stp kali kite keluar rumah je…mula fitnah mgekori kite…yg bertutup ke yg xbertutup ke…sama je…Allah…moga Allah pelihara kite….kite memakai pakaian yg melambangkan seorg muslimah..pelihara la…sbb kite membawa imej islam bersama kite….
    Moga Allah mudahkan jalan3 kite…Insyaallah

  3. kepada confessor, saya banyak kali dah detect penulisan awak even awak pakai nama lain. I’m your roommate, come on, i know who are you. teruskan menulis, teruskan sebar kebaikan. semoga allah memberkati.

  4. lately ni ramai y utarakn ayt don’t be judgemntl..jgn mnghukum..jgn jd tuhan utk menilai org..sebenarnya kte xfaham ap y dimksudkn dgn akhlak yg baik..ya mmg skrg ramai je y seksi tp buat baik dkt org lain,bg anjing yg haus minum air lah..so jgn nk judge org seksi ni jahat sgt sbb dyorg pom buat baik jgk..ya dyorg buat baik tp xbrmksd dyorg berakhlak baik..akhlak baik terzahir dr hati y baik..klo ad org ckp yg org y xsolat tu jgn judge dyorg jahat sbb still ada perasaan baik hati sbb fitrah manusia yg sukakn kebaikan..hati yg ada nilai kebaikan akn mencerminkn diri kte yg penuh dgn akhlak dn sahsiah yg baik..xsalah utk menilai org sbb dgn penilaian yg kte buat melatih diri kte utk bersosial dgn org ramai.Jgn mnghukum org dgn sbb ingin jauhkn dy dari syurga Allah tp hukum lah dy dgn sbb utk jauhkn dy dari neraka Allah.

  5. That y aku xberapa suka bkwn org mcmni, hanya lelaki yang kenal kwn dia mcmana. nasihat aku perempuan kalau nampak yg baik2 ala2 ustz don seperti penyata diatas tu jangan kau sangka dia terlalu baik.

  6. Kalau kite berpakaian yg di mata manusia baik..bersedialah jdi baik…Kita mmbwa maruah diri kita dn silap2 maruah islam..jdi klau nk trgedik ke ap..biarlah sesma mreka yg ‘sekepala’ dgn kita…jgn dgn yg ‘x sekepala’…nnt kte yg mrunthkan maruah kita….ya benarrr..Allah x melihat pd pakaian tpi manusia melihat pd pakaian dan kita jgk disuruh elakkan diri kite jd punca fitnah..

    andai trsilap mengakulah..x prlu nak perbetulkan dgn hujah krn pd ketika itu anda sdg membodohkan dirimu…org x marah kalau kte pkai pkaian sopan tpi prgai truk..krn boleh fham yg kte jga dlm proses berubh..tpi org marah bila kte tegkkan yg kte buat tu x slah…

    Wallahualam

  7. Sentiasa niat..berubah nak jadi baik kerana mencari REDHA ALLAH.
    Bukan nak jadi terbaik.
    Berubah jadi lebih baik.
    Hari ini lebih baik dari semalam.
    Esok lebih baik dari hari ini.
    You can’t change your past…
    but you can change your future.
    In Syaa Allah.Aamiin.

  8. kawen kn sunnah.haha.. bercita cita nk kawen muda pe salahnye. dah jodoh awl.biarlahhhh.nk kawen awl bkn gedik.tp menunjuk gedik sgt nak kawen tu nyampah gak. k bhai.

  9. Tapi kalau sudah waktunya, sudah cukup umurnya, tak salahkan bersifat gedik * oh gadis jadilah seperti burung merpati, nampak jinak tapi sukar nak ditangkap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *