Assalamualaikum u'ollsss..
firstly,aku bukan student uia..tapi,aku suka sangat2 menyibuk kat sini..suka nak mengomen2,tapi rasa segan tu menendang2 jiwa..so,xjadi komen..haha
selama aku mengadap cerita kat cnie,aku banyak sangat baca cerita pasal life yg maybe macam tak berapa nak indah.so,aku rasa nak share jugak tentang life aku.bukan nak raih simpati,like ke hape..tapi,mungkin boleh dijadikan sbagai penguat buat sahabat2 di luar sana.
dulu,aku juga bukanlah dikategorikn sebagai orang yang bernasib baik.aku pun tak pandai.aku pun tak cantik.jeles jugak dengan orang sekeliling yang berjaya dalam hidup,yang jadi tumpuan ramai.aku selalu terbayang bestnya kalau jadi pandai,cantik..mesti semua orang sayang.
tapi,rupanya Allah sengaja sembunyikan sesuatu sebab Allah nak aku usaha sungguh2.zaman belajar aku,aku hanya dapat tempat yang biasa2 je.bukan tempat standard macam orang lain.dari situ,aku kuatkan azam nak belajar sungguh2.sebab aku teringin nak masuk universiti.aku teringin nak grad pakai topi.betapa keanak2annya pemikiran aku..dan alhamdulillah sekarang,Allah kabulkan impian aku.aku dapat sambung master dan insyaAllah akan grad tak lama lagi.paling buat aku excited,sebab aku tak sabar nak pakai topi konvo. yesss,selepas gagal dalam pelajaran beberapa kali,kini Allah berikan hadiah yang paling indah buat aku. siapa kata budak yg xpandai,akan gagal selamanya.hakikatnya,kita kena buktikn yang kita pun boleh berjaya macam orang lain.kita tak bodoh.cuma,usaha tu je kita perlu letak lebih…
dan dulu,aku sangat2 tak cantik.semua orang pandang rendah kat aku.muka aku penuh jerawat.siap ada yang perli2 aku suruh buat laser laa apa..serius,masa tu down sangat..ada sekali tu,aku pernah luahkn kat kawan aku yang aku ada suka sorang budak laki ni.dia hensem sangat.tiba2 kawan aku cakap,'padan ke ko dengan dia?'.haha..sekali lagi,rasa down.memang rasa tak layak nak suka orang yang hensem2.tapi,bukan ke kita memang akan tertarik pada sesuatu yg indah? ecece..
tahun demi tahun,Allah beri aku solusi.perlahan2 muka aku juga berubah.ramai kawan2 aku yg terkejut dengan perubahan aku.tak pernah aku suntik botox ke apa.cuma,aku tanamkan rasa redha dengan apa yang Allah beri.aku yakin,Allah akan beri yang baik2 untuk aku.alhamdulillah,atas segala nikmat kurnianNya.memang,adakala kita rasa macam Allah tu tak adil.kenapa orang lain dapat yg best2,kenapa kita punya bahagian yg x best?
perlu kita tahu,Allah tu sweet sebenarnya.Allah tu sangat romantis.Allah nak kita sentiasa redha atas apa yg Dia beri.Allah nak kita tahu,bagaimana rasanya bila kita berda di takuk rendah.Allah nak kita belajar menghargai orang lain. bayangkan ye,kalau kita cantik..lepastu maybe kita akan perli and pandang rendah pada kawan kita yang 'belum cantik'.dan bayangkn juga,kalau dari tadika kita asyik dapat no.1 je..lalu bagaimana kita nak rasa berada di bawah? hidup ni sangat indah bila kita pandang semuanya dari Allah.Dia takkan pernah beri yang buruk2 untuk kita.
Semua yang Dia beri,adalah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.jadi,jom sama2 start harini..kita tanam rasa cinta pada Allah.kita semai rasa redha dengan hadiah dari Allah.kita rasa bahagia dengan apa yang Allah atur pada kita.insyaAllah,satu hari nanti kita pasti akan teruja dengan surprise dari Allah.insyaAllah..
– -Amanda-
Hantar confession anda di sini -> iiumc.com/submit
Terbaik…Allah itu datang pada sangkaan hambaNya…sentiasa bersangka baik dgn Allah…redha…pasti hadiah luar biasa akan datang pada kita…
Asma Alias
Terima kasih cik confessor. :)
Biasalah tu, muda2 hormon x stabil lagi. Org tua mana ada jerawat oooi..
awak ni sweet laa.. Hehehehe..